**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

247- Masa; Kasihani Kami

Salji sangatttttt tebal, haih~

Salji sangatttttt tebal, haih~

Malam tadi, Ateh tiba-tiba post kan gambar ni. Belek-belek gambar lama katanya. Pejam celik, pejam celik, hampir 4 bulan kami telah meninggalkan bumi Mu’tah, Jordan.

Tiada lagi makam Zaid B Harithah, Abdullah B Rowahah, Jaafar Attoyyar. Hilang sudah suara pensyarah-pensyarah hebat kami. Kurang sudah ‘sakit’ berurusan dengan Arab. 4 musim juga tidak akan dirasai kembali. PERMATA pun turut kami kenangkan.

Ya, rindu sudah mula mahu bertamu.

Kini ‘Ammar ‘Afifi sudah berumur setahun setengah. Berlari ke sana sini. Berjalan turun naik tangga. Semakin banyak kalimah yang dituturkan. Tersenyum dan menangis macam selalu. Ketak-ketak tangan pun tak hilang lagi, eheh. Membesar dengan baik dan sihat alhamdulillah.

Oh tak lupa juga, ‘Afifi sekarang dah 2 bulan jadi abang buat si soleh Abraham Adham.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.”

Surah Al-‘Asr ayat 1-2.

Semoga Ibu dan Abi dapat memperbaiki apa yang patut, agar ‘Afifi dan Adham terus membesar menjadi hambaNya yang soleh dan musleh.

Selalu sangat Ibu mohon orang lain do’akan agar kami bermanfaat buat ummah. Maka pastinya harus bermula dengan membina keluarga. Membina keluarga pula bermula dengan membina diri sendiri. Sifir maratib amal.

Sering, selalu, dan sentiasa untuk saling mendo’akan yok!~

2 Comments »

246- Ibrah Dari Kisah Fatimah

946420_161221310715706_1236490605_n

Semester kedua terakhir ini agak mencabar buat saya. Terkejar-kejar ke kelas itu perkara biasa. Masuk ke kelas lambat pun terpaksa buat selamba. Setakat nak mengharap bantuan dan sokongan insan sekeliling takkan pernah cukup. Kerna takkan pernah ada yang faham dengan empati. Hanya simpati yang ramai. Orang sekeliling menilai secara zahir. Semuanya nampak baik-baik sahaja di mata mereka.

“Apa rahsia Achik ye? Ada tips tak?” beberapa orang bertanya.

Sedangkan sebenarnya kerap kali saya mengeluh dan menangis sendirian. Makan hati. Kadang-kadang, rasa macam diri saya yang paling susah dan banyak kerja. Padahal, setiap orang memiliki kisah dan ujian masing-masing, huhu. Allah kan adil?

Nah, ini antara remedy buat saya. Nukilan seorang Ukhti.

*****

Surirumahtangga… Ada masa bahagia, ada masa duka, ada masa serabut, ada masa letih. Di situ terbeban berbagai tanggungjawab, terpikul berbagai amanah dalam usaha menggapai jannah.

Bila waktu bahagia, alangkah indah dunia ini terasa, maka perbanyakkanlah tahmid kepada yang mengurniakan cinta.

Namun apabila datang ujian dan dugaan, penuhkanlah relung jiwa kita dengan redha dan sabar. Mudah-mudahan Allah akan mengurniakan kekuatan dalam menempuh perjuangan.

Ketika diulit keletihan menguruskan segala urusan rumahtangga yang tidak akan pernah lekang hingga ke hujung usia, ingatlah kita kepada Saidatina Fatimah anakanda Rasulullah tercinta yang meminta pembantu daripada Ayahanda bagi mengurangkan beban yang dirasa.

Kasihnya Rasulullah kepada puteri tercinta tidak mampu kita mendustainya, tetapi jawapan kepada Fatimah hanyalah saranan untuk berzikir dengan Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 33 kali.

Saya jadi terpana memikirkannya.  Kenapa Rasulullah menyuruh Fatimah, puteri yang paling dikasihinya untuk bertasbih, bertahmid dan bertakbir untuk meringankan bebanan mengurus rumahtangga?

Dahulu pernah saya terfikir, adakah dengan berzikir, makanan akan masak dengan sendiri? Atau rumah akan menjadi kemas sekelip mata? Atau ada malaikat yang akan membantu membuat itu dan ini? Adakah dengan berzikir akan berlaku berbagai perkara magis?

Rupa-rupanya dangkal sungguh pemikiran saya itu. Seharusnya saya mentertawakan diri sendiri atas ketidakmatangan saya dahulu.

Semalam saya tiba-tiba merasai hikmahnya, tatkala rumah bagaikan tongkang pecah, anak-anak tidak mampu lagi dikawal, dengan tubuh badan yang sudah hampir kehilangan tenaga. Akhirnya, ketika saya berhadapan situasi itu, Allah mengingatkan saya tentang kisah Saidatina Fatimah itu.

Lalu segera saya melaksanakan saranan Rasulullah itu, lantas seperti ada semangat dan kekuatan baru hadir ke dalam jiwa saya. Ketenangan meresap ke seluruh urat nadi. Masya Allah!

Sungguh, kepenatan dan kelelahan itu rupa-rupanya mampu sirna dengan banyaknya kita mengingati Allah. Bukankah kekuatan itu datangnya dari jiwa?

Jika jiwa kuat, tubuh badan akan bertenaga. Andainya dalaman kita sihat, tubuh yang sakit pun akan mampu bersilat.

Jiwa yang tenang dengan mengingati Allah akan membuatkan kita dapat menghadapi hari-hari sukar dengan lebih mudah.

*****

So true. Itulah yang saya rasai dan alami…~

Leave a comment »

245- Yakini Dia Yang Esa

“Dah dekat nak balik Malaysia ni, banyak nak pakai duit. Duit tiket, duit kargo, duit belanja, duit jubah konvo, blablabla….” saya meng0mel panjang.

“Duit boleh cari insha allah,” jawab Abi ringkas.

*****

“Boleh je kot nak jimat susu ‘Afifi tu. Botol besar yang letak 8 sudu tu kurangkan jadi 5 sudu. Botol kecik yang kita selalu letak 5 sudu tu kurangkan jadi 3 sudu.” saya mengusulkan cadangan mudah.

“Taknaklah, Abi tak sampai hati. Kita makan dan minum pun nak sedap-sedap. Takkan nak buat untuk ‘Afifi macam tu? Awak lupa janji Allah? Rezeki kita pun Dia yang bagi, inikan pulak rezeki anak.” komen Abi.

Ok, sentap. Kenapa sense keibubapaan Abi lagi tinggi dari saya?

*****

Beberapa hari lepas, ada orang beritahu dah menyediakan sedikit duit buat ‘Afifi kalau-kalau kami memerlukan.Sobs~

Haaa, kan Allah dah bagi bukti terus.

*****

Kadang-kadang bila selalu sangat risau s0al kewangan, terfikir-fikir ke mana hilang rasa redha dengan ketentuanNya, urgh.

Have faith!~ Al-Israa’ : 31

481735_161223204048850_37561224_n

Leave a comment »

244- Penat, Bukan Tenat

officially graduated, ahha~

officially graduated, ahha, mabruk~

“Achik, penat tak jaga budak?” spontan Cik Pa bertanya. Budak? Pastinya merujuk kepada si cilik, ‘Ammar ‘Afifi. “Penat,” jawab saya mudah. Kemudian diiringi penjelasan secukup rasa.

Eh, selamba sangat tak ye jawapan tu? Saya sendiri tak pasti kesan psikologi bahasa kepada orang sekeliling daripada jawapan sebegitu. Ya, ada sebahagian sahabat-sahabat saya, apabila ditanya ada masalah atau tidak, jawapannya tiada, walhal, kepala tengah serabut macam ribut. Sebahagian yang lain, apabila ditanya, sakit atau tidak jawapannya, tidakkkk, sedangkan, secara hakikat, tika itu sakit seperti menggigit-gigit.

Puncanya, samada ego, segan, ataupun mahu menjadi positif. Terpulang…

Saya senang untuk kita berterus-terang dengan apa-apa yang kita rasa dan alami. Positif, bukan bererti menafikan masalah sebagai masalah. Positif ialah menerima masalah dengan iman kepada qadha dan qadar Allah.

Susah, katakan susah. Sedih, akuilah sedih. Sukar, ungkapkan sukar. Peri pentingnya ialah penyelesaian selepas itu. Pergantungan kepada yang Maha Satu!~

Banyak masalah tak semestinya bermasalah. Asalkan jelas solusinya. Jangan di dunia tiada masalah, akhirat masalah bertimpa-timpa.

-Ustaz Hasrizal-

Leave a comment »

243- Redha Rahsia Gembira

Beberapa hari ini, fikiran dan tindakan seperti kurang stabil, memikirkan beberapa perkara, yang remeh, yang temeh, yang penting, dan yang genting. Seolah-olah tiada jalan keluar. Lain yang di target, lain yang dicapai. Lain yang dirancang, lain yang menjadi.

Buntu!~

Bila audit ilmu dan amal, saya perasan beberapa kelompongan dan kekosongan. Oh macam mana boleh terlupa, ini pun boleh jadi faktor jiwa kacau dan tak tenang kan? Hmm, padan muka.

Macam biasa, sekali-sekala, tanya pendapat adik-beradik untuk cetusan idea dalam mencari remedy, huuu.

“Insha allah semuanya baik-baik sahaja, sediakan hati untuk redha. Dua rahsia untuk hidup dengan gembira adalah sentiasa; “Hadir ya rabb! & Radhi ya rabb!” pesan Kakteh.

Gulp, allah, allah, allah~

mom's love; always and forever

mom’s love; always and forever

4 Comments »