**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

224- Nota Si Pengambil Order 12 [Tamat]

“Lutut akak dah lembik ni chik, macam mana? Nak menyorok dalam kabinet boleh tak?” keluh Kak Yam.

“Pelanggan kat meja tu nak bayar ke chik? Haaa, suruhlah diorang kira sendiri,” Kak Uda pula mula malas bertindak.

“Aaaa, kenapa ada orang masuk kedai lagi? Bagitau diorang, air dah habis ye,” giliran Hafiz mencari idea untuk berehat.

Kak Ani, Kak Ain, Kak Yati, Abang, dan Abang Hafiz juga berperangai sedikit pelik malam ini. Ada-ada sahaja idea masing-masing untuk mengelak daripada bekerja lebih.

Read the rest of this entry »

Advertisements
2 Comments »

221- Nota Si Pengambil Order 11

Nisah; kami kan tetap di sisi, tabah dan kuat ya!~

“Sedapnya makanan ni, lawanya air tu, manis tak dik?” kata seorang ayah.

“Haaa? Waktu berbuka karang rasa lah pakcik, heh” saya tersenyum sambil terus meletakkan makanan dan minuman yang lain di atas meja, tahu sengaja diusik.

*****

08 Ramadhan atau 08 Ogos yang lalu merupakan hari lahir Shahira, juga merupakan hari pertama restoran abang dibuka semula selepas seminggu bercuti untuk Ramadhan dan proses renovation.

Nama baru, Restoran Hafiz Tom Yam dan Catering!~

Read the rest of this entry »

2 Comments »

214- Nota Si Pengambil Order 10

~Jom renung-renungkan dan selamat beramal~

Jam menunjukkan tepat 12  tengah malam. Pelanggan mula sedikit lengang lantas kami mengambil kesempatan untuk berehat sebentar bagi melepaskan lelah.

Kami memilih untuk duduk beramai-ramai di meja berlabel C1 yang berbumbungkan langit serta berlantaikan tanah. Angin malam berhembus lembut seraya menambahkan damai di hati.

*****

“Chik, apa pendapat Achik tentang beberapa orang Ustazah yang berda’wah tapi dalam masa yang sama, pakaian mereka sendiri tidak menepati syariat?” tiba-tiba Kaktam mengajukan soalan sekaligus membuka topik perbincangan baru pada malam itu.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

213- Nota Si Pengambil Order 9

~Terima Kasih Tuhan Kerna Menganugerahkan Kami Ramadhan~

“Yea, yea, dah sampai, dah sampai,” seorang kanak-kanak menjerit riang.

“Apa yang dah sampai tu dik?” soal ibu dan ayahnya serentak.

“ABCDEFGH adik dah sampai, hehe,” kanak-kanak soleh itu menjawab senang dan bersahaja sambil melemparkan senyuman ke arah saya  yang sedang meletakkan satu persatu minuman yang dipesan mereka sebentar tadi di atas meja yang disediakan. Ada jus tembikai, teh tarik kurang manis, dan ABC si kecil itu.

“ABC Special pun boleh jadi ABCDEFGH kat budak ni, kreatif betul,” respon saya senyap-senyap di dalam hati, huu~

*****

Terus-terang, sepanjang saya membantu di restoran milik abang sulung kami, lebih banyak pahit daripada manis. Atau mungkin boleh saya kata 50-50. Namun, ada sedikit penawar yang mampu mengubati kepahitan itu.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

212- Nota Si Pengambil Order 8

~erti hidup pada memberi~

Hari ini 20kg ayam mentah menanti di restoran untuk saya dan Ain siapkan. Basuh dan potong siap-siap supaya mudah dan cepat untuk dimasak nanti.

*****

Setiap hari, kerja-kerja kami akan ditemani oleh 2, 3 ekor kucing. ‘Mereka’ bukan membantu pun tapi sekadar ingin cari makan daripada kerja-kerja kami sahaja. Sekejap mengiau meminta ayam, kemudian melompat mencapai ikan, seterusnya ke hulu ke hilir pula mencari udang dan sotong. Alahai kucing~

Read the rest of this entry »

Leave a comment »