**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

225- Penghujung Lebaran

Selamat tinggal Ramadhan yang mendamaikan,
Ahlan wasahlan Syawal yang menenangkan,
M0ga ijazah taqwa akademi Ramadhan milik kita,
Supaya ganjaran Syawal selayaknya buat semua,
Allah, Allah, Allah,
Ameen~ ♥

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

216- Ia Indah Namun Tidak Mudah

Renungi petikan pesanan Mustafa Masyhur dari buku Jalan Da’wah karya beliau :

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagai Islam dan seorang Muslim yang benar akidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga Muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami Muslim yang memikul tanggungjawab terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa Muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka pada setiap peringkat hidup mereka. Kita mahu melihat isteri Muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.

Read the rest of this entry »

1 Comment »

209- Sanjungan Buat Uwan

~Sanah Helwah Uwan; 16 Mei~

Uwan adalah panggilan saya buat ibu kepada Emak. Orang lain mungkin ada yang memanggil nenek, atuk, opah, nyai, grandma, dan lain-lain. Ikut keselesaan atau kebiasaan rasanya.

Uwan yang saya kenal adalah seorang yang garang. Tetapi garang Uwan penuh sayang. Uwan garang apabila kami; tidak mahu mengaji Al-Quran, bermain di waktu tengah hari yang panas terik, duduk menghadap TV hingga larut malam atau lama-lama sehingga lewat solat, lupa buat kerja rumah dan kerja sekolah, serta banyak lagi perkara yang merupakan kesilapan kami sendiri. Kesimpulannya, Uwan garang bertempat dan bersebab.

Namun, Uwan tidak cepat tangan. Hanya mulut Uwan sahaja akan sedikit bising mengingatkan kami itu dan ini. Bersama Uwan, bukan jaminan kemewahan yang disediakan. Sebaliknya Uwan tegar mengingatkan kami untuk belajar dan belajar. Pada Uwan, hanya dengan pendidikan lah jaminan masa hadapan. Terutamanya belajar ilmu agama.

Read the rest of this entry »

4 Comments »

203- Untuk Terakhir Kali

~Pelbagai Ragam Supaya Semua Faham~

Sepanjang 3 tahun saya berada di Jordan, terlibat dengan banyak organisasi dan program sudah menjadi lumrah. Bergaul dengan pelbagai jenis manusia dan ragamnya sudah menjadi kebiasaan. Maka banyaklah perkara yang dapat dipelajari samada positif mahupun negatif.

Semua yang dipelajari membuatkan kita merenung tentang cara terbaik untuk menangani semua keadaan dengan berkesan. Silap langkah, kita pasti terjerumus kepada situasi yang lebih buruk dan teruk sedangkan masalah pokok tidak selesai.

Penyelesaian tuntas sebenarnya ada pada minda seorang pemimpin (da’ei). Minda yang bagaimana yang dapat menghasilkan natijah seperti ini?

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

202- Nilai Cinta

~Semuanya Untuk DIA~

Islam telah meletakkan dasar-dasar praktikal dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta dan kasih sayang. Andai dasar-dasar ini dipegang teguh oleh Muslim seluruhnya, maka persaudaraan yang kita istilahkan sebagai ‘ukhuwwah fillah abadan abada’ atau ‘ukhuwwah lestari selamanya’ itu akan terus mekar serta semakin kukuh.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »