**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

238- Double To Triple Final

#So Many Things To Learn, Where To Start?

Sengaja mahu meringkaskan kisah yang tak perlu dipanjang lebarkan. ‘Ammar ‘Afifi Bin Ahmad Amir Hafizi selamat saya lahirkan secara normal pada Sabtu, 02 June 2012, 13 Rejab 1433H, 03:49 am, dengan berat 3.04kg di Hospital Tuanku Ampuan Najihah [Kuala Pilah], whoaaa, details tak? 😀

Saya berada di dalam labour room hanya selama 45 minit. “Mudah dan cepat,” kata doktor yang menyambut kelahiran si cilik kami. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah atas nikmat ini ya Allah. Mungkin bukan do’a saya yang dimakbulkan, mungkin semua ini dipermudahkan kerana do’a mak abah, suami saya, mahupun kalian di luar sana, terima kasih!~

‘Ammar ‘Afifi ditahnikkan oleh Dr. Zulkifli AL-Bakry, mana tahu, ada keberkatan yang dapat anak kami warisi dari ulama’ sehebat Dr. Zul kan? Nama anak kami juga hasil ilham dari beliau. “Tenang sangat rasa hati ni lepas jumpa Dr. Zul,” bisik Abi sambil tersenyum senang.

Sepanjang tempoh saya berpantang, Bangah dan Kak Lin sangat banyak membantu. “Lepas ni mandi pakai ni, urut macam ni, mandikan ‘Afifi begini, pakai stokin tebal ni, duduk begitu, boleh makan makanan tu, tak boleh minum air sejuk ni,” kata mereka berdua, huhu, memang macam-macam.

Dalam satu-satu masa, terlalu banyak perkara yang saya perlu belajar, tahu, faham, dan praktikkan. Grrr, memang bukan mudah tapi tak susah, cuma memerlukan usaha yang lebih dan gigih. Saya sangat memerlukan sokongan moral supaya emosi sentiasa dalam keadaan stabil. Iman saya walau senipis kulit bawang, masih mampu membantu untuk menenangkan keadaan. Kalau tak, memang meroyan.

Insan sekeliling saya sentiasa memberikan inspirasi buat kami sekeluarga untuk kekal tabah dan sabar. Moga Abi, Ibu, dan ‘Afifi dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat, diampunkan dosa yang nyata mahupun tersembunyi.

Kami akan berada di Jordan selama setahun untuk menamatkan pengajian yang tertangguh, saling mendo’akan jom!~ 🙂

membesar dengan soleh dan sihat; insha allah~

membesar dengan soleh dan sihat; insha allah~

Advertisements
2 Comments »

236- Double To Triple 9

#Berfikir Dua Kali

Adakah saya akan berbangga memiliki diri saya sebagai seorang ibu?

Persoalan sebegini semakin kerap bermain di minda. Buat masa ini, jawapan saya sendiri ialah; “Tidak pasti!” atau “Hmm, mungkin tidak.” Bagaimana agaknya untuk saya mendapat jawapan; “Ya, saya yakin saya akan berbangga sekiranya memiliki seorang ibu seperti diri saya sendiri.”

Kalau dahulu apabila ingin melakukan sesuatu perkara, saya jarang melazimkan diri untuk berfikir dua kali kecuali untuk hal-hal tertentu yang saya rasa penting. Namun sejak kehadiran si cilik di dalam, hampir semua perkara akan membuatkan saya berfikir dua kali, bahkan mungkin berkali-kali. Dari sekecil-kecil hal, hinggalah sebesar-besar perkara akan saya perhitungkan, sesuai atau kurang sesuai, patut atau tidak patut, dosa atau pahala.

Sophia Loren; A mother always has to think twice, once for herself and once for her child.

“Achik jangan banyak sangat menangis tau, nanti affect perangai baby,” pesan Kakteh. Haaa, kalau dah perangai suka menangis pun baby boleh terikut, apatah lagi perkara-perkara lain.

Read the rest of this entry »

3 Comments »

235- Double To Triple 8

#Kumpul Kad Wangi

Ada satu hobi baru yang saya miliki sekarang. Mengumpul dan meneliti kad kahwin sahabat-sahabat, hehe. Rasa gembira pasti tercetus di hati walaupun hampir kesemua jemputan tidak dapat saya penuhi. Setakat ini, daripada banyak-banyak jemputan, hanya 1 yang dapat saya hadiri, walimah Kak Hajar Radzali. Itu pun bertemankan Emak dan Abah. Melihat mereka gembira, saya turut bahagia, sungguh!

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya sentuh berkaitan perkahwinan. Walaupun saya dan Abi belum sampai setahun menjadi suami isteri, mungkin tidak salah untuk saya berkongsi beberapa pendapat berkaitan isu kahwin dan cinta.

“Mula-mula ada forum Fenomena Kahwin Awal, lepas tu forum Ku Pinang Dikau Dengan Lafaz Bismillah, tak lama lepas tu Kafe Cinta….bla, bla, bla,” cerita Kaktam tentang perkembangan beberapa program di universiti. Ada lagi forum yang isinya sama, cuma tajuknya berbeza sehingga saya terlupa. “Macam mana lah Kak Kasum tak pening kepala layan budak-budak yang asyik berangan nak kahwin awal, huhu,” sambung Kaktam lagi.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

234- Double To Triple 7

#Graduasi dan Tarbiyah Diri

Semenjak hamil, saya jarang mendampingi telefon bimbit, komputer, televisyen, dan alat-alat elektronik lain melebihi satu jam kecuali apabila ada keperluan. Gelombang dari kesemua alat ini sangat pantas memberi kesan. Natijahnya, pening kepala yang teruk serta muntah-muntah yang berterusan. Jalan penyelesaian? Kurangkan penggunaan, heh.

Suatu hari, ketika masih di Jordan, saya membuka komputer untuk online sebentar. Wah, ada banyak gambar terbaru sahabat-sahabat dan keluarga terdekat. Sedikit teruja untuk melihat kesemuanya satu persatu. Ada sesuatu yang menarik perhatian dan hati saya.

Gambar-gambar graduasi!

Farhana, Faiz, dan adik-beradik batch saya yang lain baru sudah menghadiri Majlis Graduasi mereka semalam. Sepupu saya di Morocco, Along Nina dan sahabat-sahabat lain juga sama. Beberapa orang senior serta sahabat-sahabat di Malaysia dan beberapa tempat lain turut meraikan kegembiraan yang sebegitu; bergraduasi dengan hati bahagia.

Read the rest of this entry »

1 Comment »

233- Double To Triple 6

#Dari Si Kecil Untuk Si Bayi

“Assalamu’alaitum, makcik ooo makcik,” kedengaran suara halus pelat memberi salam dari luar. Siapa lagi kalau bukan gerangan si bijak pandai, Nur Alisha Qaisara Binti Abdul Hafiz. “Makcik tengah buat apa tu?” Alisha bertanya. “Takde buat apa-apa, tengah tengok laptop atuk je, kenapa?” saya membalas.

“Nah, untuk baby makcik,” tangan kanan Alisha menghulurkan sepasang kasut comel kotak-kotak berwarna merah sementara tangan kirinya menunjuk ke arah perut saya. “Erk, untuk baby makcik? Isha beli kat Melaka ke tadi?” saya bertanya semula, musykil.

“Haahlah, beli tat Toboi, meh Isha butak tan untuk makcik ea, nak letak dalam bakul baby kan?” petah mulut Alisha berbicara sambil tangannya sibuk mengoyakkan plastik dan kertas yang membungkus kasut bayi itu. Usai dibuka, kasut bayi disusun cantik di dalam bakul baby berwarna ungu. “Haaa, ok dah, nanti dah tuar pakai kasut tu ea, babai,” Alisha menepuk-nepuk perlahan perut saya sebelum berlalu keluar untuk menuju ke dapur. Saya tersenyum, hanya ekor mata memerhati langkah si comel itu pergi.

Rupa-rupanya :

“Alisha ternampak kasut-kasut baby kat kedai Cowboy tu. Dia terus amek 2 pasang. Bising-bising kata nak beli untuk baby makcik, nak beli untuk baby makcik. Akak kata, amek sepasang je lah. Dia pun letak satu then terus sibuk-sibuk nak bayar kat kaunter. Abang dengan akak nak beli barang kitorang pun tak sempat. Huhu,” cerita Kak Hajar [Mama Alisha] panjang lebar.

p/s : Alahai terharu rasanya, terima kasih Abang, Kak Hajar, dan Alisha.

Leave a comment »