**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

237- Ramadhan vs Syawal; Menang Atau Kalah?

Ada beberapa entri lagi untuk saya habiskan siri Double To Triple. Namun saya tangguhkan sehingga kesihatan saya berada di tahap yang membanggakan selepas bersalin, huhu. Insha allah andai berkesempatan, saya akan tamatkan.

Apa-apa pun, selamat datang ke ‘dunia batu kaca’ buat permata hati Abi dan Ibu, si cilik ‘Ammar ‘Afifi. ‘Dunia batu kaca’ yang hanyalah ladang buat bercucuk tanam sebagai bekal di ‘dunia kekal selamanya’; akhirat.

Syawal 1433H ditetapkan pada esok hari, alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga kita layak meraikan hari kegembiraan ini. Namun ada beberapa jam lagi masa kecemasan Ramadhan buat kita untuk dimaksimumkan penggunaannya. Walau sibuk menunaikan tanggungjawab untuk menjahit, mengemas, membuat biskut, mengacau dodol dan sebagainya, jangan lupa diselitkan dengan zikir-zikir dan selawat-selawat. Solat sunat dan bacaan Quran masih boleh dilakukan andai berkesempatan. JanjiNya, semua amalan di bulan ini akan dilipatgandakan nilai ganjaran. Ayuh kita sama-sama capai. Betapa keampunanNya adalah ganjaran yang paling tidak ternilai.

Tapi…..

Read the rest of this entry »

Advertisements
Leave a comment »

226- Another New Year

Welcome to another new year,

1 Muharram 1433H.

Another chance,

Feel free to change,

To be grateful slave,

Doing more good deeds,

Leaving all bad habits.

Read the rest of this entry »

4 Comments »

225- Penghujung Lebaran

Selamat tinggal Ramadhan yang mendamaikan,
Ahlan wasahlan Syawal yang menenangkan,
M0ga ijazah taqwa akademi Ramadhan milik kita,
Supaya ganjaran Syawal selayaknya buat semua,
Allah, Allah, Allah,
Ameen~ ♥

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

223- Puasa Dahulu, Puasa Sekarang

ZAMAN DAHULU

Dia menundukkan muka, duduk diam di sofa tanpa suara. Hujung kaki sengaja digerak-gerakkan di atas permaidani yang tersedia. Simptom-simptom tidak senang nampaknya di situ.

“Alah takpe je, kali ni, Abang cuba puasa penuh tau, sehari, Ayah bagi RM1, ok?” si Ayah cuba memujuk anak kecil itu berpuasa di bulan Ramadhan. Solat si Abang sudah lengkap 5 kali sehari. Sebagai seorang ayah, selepas selesai dilatih dengan solat, puasa pula perlu ditekankan kepada seorang anak.

Mendengar kalimah RM1 sehari itu mengetuk minda si cilik. Segera kepala yang tidak mahu menghadap wajah sang Ayah tadi diangkat. “Betul ke Ayah? Janji ea sehari puasa dapat RM1?” soalnya penuh teruja, mahukan kepastian barangkali.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

220- Allahu Akram!

~Latihan Membuah Kejayaan~

Semua sedia maklum betapa hebatnya bulan Ramadhan yang dilimpahkan maghfirah [keampunan], rahmah [kecintaan], dan barakah [keberkatan] dari Allah. Ramai pula yang berlumba-lumba untuk beramal semaksima mungkin. Usaha yang dibuat sebelum menjelang Ramadhan sebagai latihan untuk mendepani Ramadhan yang sebenar-benarnya dengan baik harus dipuji. Mana mungkin stamina kita bertahan lama di atas padang sebelum ada warming up yang terbaik? Mudah-mudahan semua amal itu kekal berterusan walaupun Ramadhan telah berakhir nanti.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »