**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

251- Romantika Dua Hati

on April 22, 2014

Ehem, jangan salah faham. Ini bukan kisah romantika Ibu Abi, haha.

Kelmarin, Ibu curi-curi masa untuk buat urusan kendiri. Tinggalkan ‘Afifi dan Adham di ruang tamu dengan aktiviti masing-masing.

Adham duduk dalam walker merah, tepi pintu rumah supaya dapat rasa tiupan angin mesra sambil pegang telefon mainan.

‘Afifi duduk atas kerusi tepi meja makan, tengah bergendang sambil berselawat dan fikir, zikir apa lagi nak reka.

Urusan kendiri diselesaikan laju-laju kerna bimbang kondisi mereka berdua jika ditinggal lama. Perlahan-lahan Ibu jenguk si Abang dan si Adik.

Kedudukan sudah berubah tapi keadaan masih tenang seperti tadi. Tiba-tiba Ibu perasan telefon mainan Adham ada di tangan ‘Afifi. Menjadi kemusykilan teramat sebab Adham langsung tak menangis mahupun merengek.

“Abang ambil mainan Adik ye?” Ibu bertanya. ‘Afifi tersengih mengiakan.
“Abang bagi ganti apa kat Adik, dia tak menangis pun?” siasat Ibu lagi.
“Abang bagi KASIH,” jawab ‘Afifi beria-ia.
“Haaaa? Romantiknya Abang bagi adik KASIH?” Ibu tertawa kuat.

Bukan sengaja tapi teruja. Membayangkan sayang betul ‘Afifi kat Adham.

Mungkin tidak berpuas hati melihat Ibu tertawa, ‘Afifi segera menghampiri Adham untuk meyakinkan Ibu.

“Adik, terima kasih!” sebut ‘Afifi berulang-kali.

Haha, rupanya Ibu yang salah faham. Sebenarnya ‘Afifi ambil barang Adham sambil ucap terima kasih. Bukan gantikan dengan kasih sayang.

Ibu ni pun, heish.

*Ibu dan Abi cuba untuk selalu menggantikan apa-apa di tangan Abang dan Adik dengan sesuatu yang lain andaikata barangan tersebut kelihatan membahayakan sesiapa ataupun bukan barangan milik mereka. Diiringi dengan penjelasan ringkas kenapa mengapa sebabnya.

*Satu, mereka tahu bahawa mereka disayangi.

*Dua, mereka tidak berasa yang barangan mereka dirampas kerana kita memberi alternatif lain. Insha allah masalah mereka mengambil barangan orang lain dengan keras kita dapat hindarkan sedikit.

Bukan 100%. Usaha lagi tu 🙂

20140423-015459.jpg

20140423-015730.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: