**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

251- Romantika Dua Hati

Ehem, jangan salah faham. Ini bukan kisah romantika Ibu Abi, haha.

Kelmarin, Ibu curi-curi masa untuk buat urusan kendiri. Tinggalkan ‘Afifi dan Adham di ruang tamu dengan aktiviti masing-masing.

Adham duduk dalam walker merah, tepi pintu rumah supaya dapat rasa tiupan angin mesra sambil pegang telefon mainan.

‘Afifi duduk atas kerusi tepi meja makan, tengah bergendang sambil berselawat dan fikir, zikir apa lagi nak reka.

Urusan kendiri diselesaikan laju-laju kerna bimbang kondisi mereka berdua jika ditinggal lama. Perlahan-lahan Ibu jenguk si Abang dan si Adik.

Kedudukan sudah berubah tapi keadaan masih tenang seperti tadi. Tiba-tiba Ibu perasan telefon mainan Adham ada di tangan ‘Afifi. Menjadi kemusykilan teramat sebab Adham langsung tak menangis mahupun merengek.

“Abang ambil mainan Adik ye?” Ibu bertanya. ‘Afifi tersengih mengiakan.
“Abang bagi ganti apa kat Adik, dia tak menangis pun?” siasat Ibu lagi.
“Abang bagi KASIH,” jawab ‘Afifi beria-ia.
“Haaaa? Romantiknya Abang bagi adik KASIH?” Ibu tertawa kuat.

Bukan sengaja tapi teruja. Membayangkan sayang betul ‘Afifi kat Adham.

Mungkin tidak berpuas hati melihat Ibu tertawa, ‘Afifi segera menghampiri Adham untuk meyakinkan Ibu.

“Adik, terima kasih!” sebut ‘Afifi berulang-kali.

Haha, rupanya Ibu yang salah faham. Sebenarnya ‘Afifi ambil barang Adham sambil ucap terima kasih. Bukan gantikan dengan kasih sayang.

Ibu ni pun, heish.

*Ibu dan Abi cuba untuk selalu menggantikan apa-apa di tangan Abang dan Adik dengan sesuatu yang lain andaikata barangan tersebut kelihatan membahayakan sesiapa ataupun bukan barangan milik mereka. Diiringi dengan penjelasan ringkas kenapa mengapa sebabnya.

*Satu, mereka tahu bahawa mereka disayangi.

*Dua, mereka tidak berasa yang barangan mereka dirampas kerana kita memberi alternatif lain. Insha allah masalah mereka mengambil barangan orang lain dengan keras kita dapat hindarkan sedikit.

Bukan 100%. Usaha lagi tu 🙂

20140423-015459.jpg

20140423-015730.jpg

Leave a comment »

250- Sayang, Sayang Sayang Sayang?

 

Image

Kerana sibuk dengan rutin kehidupan seharian, kita tanpa sedar membiarkan identiti seorang suami dan seorang isteri tenggelam. Maklumlah dah bertiga, berempat, berlima, dan ber ber yang lain.

Dalam sebuah rumah tangga itu bukan hanya ada Abi dan Ibu, bukan hanya soal ‘Afifi dan Adham. Rumah tangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan seorang isteri.

Jangan lupa, tolong.

-Adaptasi pembacaan-

Leave a comment »

249- Cuti Muka Buku

Semalam saya cuti Muka Buku; Facebook. Cari diri. Cari penguat hati. Untuk membentuk anak dan famili mengikut acuan Ilahi, perbaikilah masa kebersamaan kita, agar semakin berkualiti.

Banyak benda berserabut dan berselirat. Penyelesaiannya, cek solat atau dalam erti kata lain, re-check hubungan dengan Tuhan dan juga insan.

Selalu tanya diri sendiri, “Apa yang aku dah buat hari ini untuk layakkan aku masuk syurga. Apa yang aku dah lakukan hari ini untuk layakkan aku diredhai suami, famili, dan penduduk langit bumi?”

Insha allah selepas ini cuba optimumkan semula kewujudan blog, Twitter, dan medium lain. Kerna lebih aman dari pujian. Lebih tenteram dari cacian dalam diam.

Salam.

20140417-125834.jpg

Leave a comment »