**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

242- Yang Mana Satu?

on January 1, 2013
Kena 'buli' dengan pakcik-pakcik.

Kena ‘buli’ dengan pakcik-pakcik.

Sayonara jahiliyyah!~

Zaman sekolah rendah di Gemencheh, menumpang sementara menunggu keputusan UPSR keluar di Sikamat, bersekolah seketika di Sheikh Haji Mohd Redza, awal persekolahan menengah di SMKA SHAMS Seremban; semuanya membangkit memori silam. Saat-saat itu, macam-macam terjadi, maklumlah, inkuiri kan tinggi? Rasa bongkak, perasan bagus, langgar peraturan simple, berselisih pendapat dengan Emak Abah, ini aibkah?

Bukan, sekurang-kurangnya saya tahu saya juga pernah buat kesilapan. Kesilapan itu pengalaman. Kesilapan itu pengajaran. Kesilapan yang buat saya jadi lebih menghargai semua orang, tanpa memilih bulu. Kesilapan membantu saya ‘pandai-pandailah kau nak hidup’.

Terima kasih Tuhan serta insan-insan di sekeliling saya yang sudi membantu saya berubah ke arah lebih baik, syukur.

Muqadimah pentarbiyyahan yang diterima menjadikan saya sedikit tertutup. Tegas dengan diri sendiri dan orang lain, tak tentu pasal. Rasa macam nak beribadah sahaja 24 jam. Solat fardhu, solat sunat, Al-Quran, Al-Ma’thurat, dan lain-lain, semua mahu dibuat sekaligus, memang macam bagus. Terbawa-bawa sikap begitu sampai ke rumah.

Akhirnya, Kakteh perasan ada something wrong somewhere pada perbuatan-perbuatan saya. Sesi tegur-menegur mengambil alih.

Hujung-hujung bicara, Kakteh kata,”Antara nak solat sunat banyak-banyak, dengan tolong mak masak kat dapur menjelang makan tengah hari, mana lagi besar di sisi Allah? You decide!”

Triple duh!

Sekarang saya sudah memiliki keluarga sendiri; macamlah dah tua sangat, baru 23 tahun, kan?

Being a mom, being a wife, being a friend, semua-semua lah senang.

Suatu hari, saya berbincang beberapa perkara dengan Abi. Lalu Abi memberi tazkirah ringkas yang membuatkan saya menyingkap semula zaman jahiliyyah dahulu kala.

“Antara awak nak solat dhuha, dengan ‘Afifi tengah menangis-nangis panggil awak, agaknya mana satu yang lebih tinggi Allah nak pandang? Pilihlah!”

Arrgghh, rasa macam nak tundukkan muka sampai bila-bila.

p/s : Islam is the way of life. Setiap perbuatan kita ada nilai ibadah dan dipandang Allah bila kita niat Lillahita’ala dan menepati kesukaanNya. Itu yang membezakan kita dengan kebaikan-kebaikan yang orang kafir lakukan. We have faith in Him. Oh my Iman!~

Ahlan wasahlan 2013/1434H 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: