**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

241- Melayang 3 Dinar

Selepas hampir 4 bulan, barulah kami berpeluang ke Amman, ibu negara Jordan yang macam KL tu, eh. Itu pun sebab target nak uruskan kad bank saya yang dah tak berfungi tu dan cari barang-barang ‘Afifi. Mentang-mentang dah jadi Abi dan Ibu, semua benda asyik fikir anak je, fitrah manusiawi memang begitu kan?

Oh haaa, boleh jadi bila anak-anak buat masalah, masyarakat akan salahkan ibu bapa. Tapi tiada siapa boleh nafikan betapa ibu bapa teramat menyayangi anak-anak mereka. Bezanya cuma bagaimana kasih sayang tersebut diterjemahkan. Ada masa, caranya betul. Kadang-kadang, ada sedikit lompong dan kosong. Berusahalah!

Ok, dah lari topik. Sampai di Amman, bank tutup dengan megahnya, grrr. Gagal satu misi. Terus bergerak ke Balad untuk makan dan teman adik-adik Binafsha membeli-belah. Sambil jalan-jalan cuci mata, kami ternampak satu stroller dalam sebuah farmasi yang agak menarik untuk dimiliki, aiceceh.

Warna coklat terang, besar dan luas, sesuai untuk musim sejuk sebab tertutup, ada banyak ruang simpan barang, tayar pun besar, dan nampak kukuh. Bila ditanya, harga yang diletakkan ialah JD30. Kami terangguk-angguk tanda berpuas hati namun memutuskan untuk survey lagi di Carrefour, kalau-kalau ada banyak pilihan lain sebab dalam farmasi tersebut, hanya itu satu-satunya pilihan yang ada.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

240- Bila Perut Lapar

Bila dah lama tak ziarah blog, tangan pasti terkial-kial untuk mencari bahagian mana yang perlu diklik. Cukup sebulan blog ditinggalkan, pasti banyak perubahan yang Tuan WordPress dah buat. Cepat betul upgrade, agak-agaknya, iman kita secepat dan secanggih ni tak ditingkatkan? Eh.

Semester kali ini dah menuju ke penghujung, tengah menunggu jadual Final Exam keluar dan siapkan bahas, yeah alhamdulillah. ‘Afifi pun dah semakin membesar. 6 bulan, makna kata lain, dia dah boleh makan!~

Maka, usaha untuk membina kekuatan fizikal dan spiritual mesti diteruskan. Bijak macam Saidina Ali, setia umpama Saidina Abu Bakar, tegas seperti Saidina Umar, lembut bagaikan Saidina Usman, kuat bak Saidina Khalid Al-Walid. Ehem.

Untuk permulaan, kami sediakan untuk ‘Afifi air suam, epal, pear, pisang, lobak merah, kentang, dan bubur nasi. Haaa, macam mana nak sediakan semua tu?

Sarapan pagi ‘Afifi dimulakan dengan buah-buahan, kena didik awal-awal supaya tak anti-buah macam Abi dia, eheh.

Read the rest of this entry »

2 Comments »