**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

239- Needy

on October 10, 2012

Ceritera setiap daripada kita semua, senantiasa berbeza πŸ™‚

the old me…who am I now?

Sedar tak sedar, dah sebulan kami bertiga kembali ke Jordan, untuk setahun lebih lagi insha allah. ‘Afifi tu pun boleh kata ‘kembali’ jugaklah walaupun sebelum ni dia kat dalam perut saya je, eheh.

Mula-mula sampai, banyak habiskan masa kat Binafsha, sementara uruskan rumah baru. Kalau ikutkan, sebenarnya sampai sekarang masih kerap ke sana. Dulu-dulu fikir, ingatkan boleh nak uruskan ‘Afifi dan Abi sendiri-sendiri, tapi sebenarnya, saya masih perlukan bantuan insan-insan sekeliling, walaupun sedikit, juga walau hanya sokongan moral, huhu.

Saya sangat hargai warga Binafsha, dari Kak Bob, Kak Mimi, Kakak…sampailah yang masih ada sekarang, Adik, Angah, Amrah, Wanda, Dik Pa, Amoi…Kalian, jazakumullah. Kalau boleh setiap kali pergi sana nak ucap terima kasih banyak-banyak. Maaf sebab selalu memerlukan kalian.

Oh, sekarang dah masuk rumah baru. Even sangat jauh dari pekan, saya bersyukur dan rasa ini keputusan terbaik. Saya selesa menguruskan rumah yang sekarang berbanding dulu. Yang pastinya, saya tak berseorangan. Abi sentiasa ringan tulang menghulurkan bantuan. Sampaikan kadang-kadang saya rasa, Abi dah macam suri rumah, lebih dari saya. Malu sungguh….~

Kuliah? Abi ambil 6 subjek, saya 2 subjek. Tak dapat nak ambil banyak sebab banyak clash dengan jadual Abi. Nanti takde orang nak jaga ‘Afifi. Sedih sangat sebab asyik fikir nak habis awal, siap nangis-nangis bagai. Tapi Abi kata,” Kalau sekadar fikir nak grad, awak hanya akan capai target graduate. Tapi kalau awak fikir nak ilmu, insha allah awak boleh grab betul-betul ilmu tu. Awak dah ada saya dan ‘Afifi kan?”….Haa, kan dah sentap lagi. Okeh, sila belajar dengan baik. Minggu depan dah nak mula 1st exam untuk semester ni, be well-prepared.

Salah satu hikmah saya ambil 2 madah je ialah, semua nota siap dalam kelas, hehe. Cuma still kena salin dalam buku nota yang khusus, alhamdulillah~

Saya masih rasa kosong, masih rasa jauh. Kalau nak aktif-aktif semula macam dulu, memang susah. Ini bukan alasan, ini penjelasan. Terpulanglah kalau ada yang anggap orang dah kahwin dan jadi ibu memang macam tu. Tak, tak semua orang macam tu. Atas situasi dan keadaan masing-masing. Setiap orang ada bahagian tersendiri yang Allah dah susun cantik-cantik.

Sekarang dah beli broadband, jadi banyak updates yang akan saya cuba ambil tahu. Bila program-program tambahan tertera, hati meronta-meronta nak turut serta. Tadi pun ada orang telefon mintak jadi MC English untuk satu program. Tapi saya rasa, belum masa yang sesuai untuk kembali kepada semua yang pernah saya lakukan dahulu. ‘Afifi sentiasa yang terutama buat masa ini. Bila ‘Afifi dah besar sikit nanti, mungkin……

Ada orang, anak masih kecil pun boleh nak berkejar ke sana sini. Tahniah lah atas kemudahan yang Allah bagi. Saya pasti akan mencuba, sedikit masa lagi, insha allah.

Bila ada masa, saya baca blog Kak Rai. Whoaaa, jadi semangat sikit untuk lebih produktif dan menyibukkan diri dengan benda-benda yang bermanfaat. Biar setahun lebih yang masih berbaki ini, berbaloi kelak!~

Ini bahagian saya, saya akan terima dan uruskan dengan sebaiknya. Allah, I’m needy >_<

p/s : Pabila tiba masanya rama-rama terbang keluar daripada kepompong yang selesa dan ideal, warna-warni dunia luar kadangkala amat mengelirukan. Pertempuran jiwa dan perasaan lebih perit daripada kulit yang dihiris-hiris, percayalah. Make the best [Hadis 40] !~

Hayati Kulluha Lillah~

Advertisements

6 responses to “239- Needy

  1. naeilah says:

    nice kak…..alhamdulillah 3ala kulli ni’mah..
    always be a good mother for afifi and good wife for Abg Amir Hafizi πŸ™‚

  2. lyna says:

    achik… slmt mnjdi ummi yg terbaik unt afifi… πŸ˜‰

  3. norshahirah says:

    afifah azam, Allah ma’aki πŸ™‚ semoga dipermudahkan!

  4. afifahazam says:

    allahumma ameen πŸ™‚

  5. afifahazam says:

    baekkkk πŸ™‚

  6. afifahazam says:

    allahumma ameen πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: