**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

239- Needy

Ceritera setiap daripada kita semua, senantiasa berbeza 🙂

the old me…who am I now?

Sedar tak sedar, dah sebulan kami bertiga kembali ke Jordan, untuk setahun lebih lagi insha allah. ‘Afifi tu pun boleh kata ‘kembali’ jugaklah walaupun sebelum ni dia kat dalam perut saya je, eheh.

Mula-mula sampai, banyak habiskan masa kat Binafsha, sementara uruskan rumah baru. Kalau ikutkan, sebenarnya sampai sekarang masih kerap ke sana. Dulu-dulu fikir, ingatkan boleh nak uruskan ‘Afifi dan Abi sendiri-sendiri, tapi sebenarnya, saya masih perlukan bantuan insan-insan sekeliling, walaupun sedikit, juga walau hanya sokongan moral, huhu.

Saya sangat hargai warga Binafsha, dari Kak Bob, Kak Mimi, Kakak…sampailah yang masih ada sekarang, Adik, Angah, Amrah, Wanda, Dik Pa, Amoi…Kalian, jazakumullah. Kalau boleh setiap kali pergi sana nak ucap terima kasih banyak-banyak. Maaf sebab selalu memerlukan kalian.

Read the rest of this entry »

6 Comments »