**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

238- Double To Triple Final

#So Many Things To Learn, Where To Start?

Sengaja mahu meringkaskan kisah yang tak perlu dipanjang lebarkan. ‘Ammar ‘Afifi Bin Ahmad Amir Hafizi selamat saya lahirkan secara normal pada Sabtu, 02 June 2012, 13 Rejab 1433H, 03:49 am, dengan berat 3.04kg di Hospital Tuanku Ampuan Najihah [Kuala Pilah], whoaaa, details tak? ๐Ÿ˜€

Saya berada di dalam labour room hanya selama 45 minit. “Mudah dan cepat,” kata doktor yang menyambut kelahiran si cilik kami. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah atas nikmat ini ya Allah. Mungkin bukan do’a saya yang dimakbulkan, mungkin semua ini dipermudahkan kerana do’a mak abah, suami saya, mahupun kalian di luar sana, terima kasih!~

‘Ammar ‘Afifi ditahnikkan oleh Dr. Zulkifli AL-Bakry, mana tahu, ada keberkatan yang dapat anak kami warisi dari ulama’ sehebat Dr. Zul kan? Nama anak kami juga hasil ilham dari beliau. “Tenang sangat rasa hati ni lepas jumpa Dr. Zul,” bisik Abi sambil tersenyum senang.

Sepanjang tempoh saya berpantang, Bangah dan Kak Lin sangat banyak membantu. “Lepas ni mandi pakai ni, urut macam ni, mandikan ‘Afifi begini, pakai stokin tebal ni, duduk begitu, boleh makan makanan tu, tak boleh minum air sejuk ni,” kata mereka berdua, huhu, memang macam-macam.

Dalam satu-satu masa, terlalu banyak perkara yang saya perlu belajar, tahu, faham, dan praktikkan. Grrr, memang bukan mudah tapi tak susah, cuma memerlukan usaha yang lebih dan gigih. Saya sangat memerlukan sokongan moral supaya emosi sentiasa dalam keadaan stabil. Iman saya walau senipis kulit bawang, masih mampu membantu untuk menenangkan keadaan. Kalau tak, memang meroyan.

Insan sekeliling saya sentiasa memberikan inspirasi buat kami sekeluarga untuk kekal tabah dan sabar. Moga Abi, Ibu, dan ‘Afifi dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat, diampunkan dosa yang nyata mahupun tersembunyi.

Kami akan berada di Jordan selama setahun untuk menamatkan pengajian yang tertangguh, saling mendo’akan jom!~ ๐Ÿ™‚

membesar dengan soleh dan sihat; insha allah~

membesar dengan soleh dan sihat; insha allah~

2 Comments »