**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

237- Ramadhan vs Syawal; Menang Atau Kalah?

on August 18, 2012

Ada beberapa entri lagi untuk saya habiskan siri Double To Triple. Namun saya tangguhkan sehingga kesihatan saya berada di tahap yang membanggakan selepas bersalin, huhu. Insha allah andai berkesempatan, saya akan tamatkan.

Apa-apa pun, selamat datang ke ‘dunia batu kaca’ buat permata hati Abi dan Ibu, si cilik ‘Ammar ‘Afifi. ‘Dunia batu kaca’ yang hanyalah ladang buat bercucuk tanam sebagai bekal di ‘dunia kekal selamanya’; akhirat.

Syawal 1433H ditetapkan pada esok hari, alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga kita layak meraikan hari kegembiraan ini. Namun ada beberapa jam lagi masa kecemasan Ramadhan buat kita untuk dimaksimumkan penggunaannya. Walau sibuk menunaikan tanggungjawab untuk menjahit, mengemas, membuat biskut, mengacau dodol dan sebagainya, jangan lupa diselitkan dengan zikir-zikir dan selawat-selawat. Solat sunat dan bacaan Quran masih boleh dilakukan andai berkesempatan. JanjiNya, semua amalan di bulan ini akan dilipatgandakan nilai ganjaran. Ayuh kita sama-sama capai. Betapa keampunanNya adalah ganjaran yang paling tidak ternilai.

Tapi…..

Syawal tetap tidak saya rasakan sesuai untuk diraikan dengan mercun dan semua yang sama waktu dengannya. Tolonglah empati dan tingkatkan common sense kita semua sesama manusia. ‘Ammar ‘Afifi nak tidur lahhhhhhhhhhhhh. Haih, serius tertekan. Hampir-hampir Ramadhan saya menemui kegagalan. Oh Tuhan, tolonglah, saya tidak mahu tewas di saat-saat akhir ini. Kalau yang main tu kanak-kanak mungkin saya boleh consider, ini tidak…..sobs, sobs, sobs~

Cukuplah saya bersikap jujur betapa saya tidak berpuas hati dengan pencapaian sendiri di madrasah Ramadhan kali ini. Hampir separuh Ramadhan saya digunakan untuk menyesuaikan diri sebagai ibu baru. Cuba memahami si cilik itu sebaik-baiknya. Bila waktu tidurnya, cara terbaik untuk pastikan dia lena, sakit atau sihat, selesa atau tidak selesa, punca jeritan dan tangisan, dan macam-macammmmm lagi, uurrgghh.

Kami sahur, ‘Ammar pun sahur. Kami berbuka, ‘Ammar lebih-lebih lagi mahu berbuka, dah memang ‘Ammar pun tak puasa lagi kan. Saya tetap gagahkan diri untuk berpuasa walaupun cuba memastikan ‘Ammar disusukan secara eksklusif; hanya diberi susu ibu tanpa penggunaan susu formula mahupun makanan tambahan. Dengan panduan daripada doktor dan orang yang lebih berpengalaman, saya berjaya, yeay, alhamdulillah.

Bacaan Quran saya selitkan apabila ‘Ammar tidur, solat Terawih saya memang lompong sana lompong sini, solat Dhuha pun kadang-kadang. Saya cuba topupkan dengan zikir dan selawat dalam setiap kerja rumah yang saya lakukan untuk Abi dan ‘Ammar. Sambil menyapu, mengemas, melipat dan membasuh baju, memandikan ‘Ammar, menggosok baju Abi sebelum ke tempat kerja, dan lain-lain. Walau tidak seberapa dan sebagus orang lain, harap-harap ada nilainya di sisi Allah.

Kadang-kadang saya terfikir, alangkah bagusnya Ramadhan sewaktu saya bujang dahulu, huhu. Mesti saya boleh lakukan ini, lakukan itu. Tapi, senior saya berpesan begini;

“Susahnya nak pergi masjid sebab tiada kenderaan. Namun, berapa ramai yang ada kenderaan pergi ke masjid?
Susahnya nak pergi belajar sebab dah ada anak. Namun, berapa ramai yang pergi belajar ketika tiada anak?
Penatnya nak baca al-Quran puasa-puasa ni. Namun, berapa ramai yang baca al-Quran ketika bukan bulan Ramadhan?
Payahnya nak solat sunat sebab anak asyik menangis. Namun, berapa ramai yang rajin solat sunat ketika anak sedang tidur?”

Dush, kena kat muka sendiri kan? Ok dah, jom kita rebut saki-baki yang masih ada di penghujung Ramadhan ni!~

p/s : ‘Eid Mubarak semua dari Abi Amir, Achik Ifah, dan ‘Ammar ‘Afifi, taqabballahu minna wa minkum, semoga Allah menerima amalan kami dan kamu semua 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: