**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

236- Double To Triple 9

on May 14, 2012

#Berfikir Dua Kali

Adakah saya akan berbangga memiliki diri saya sebagai seorang ibu?

Persoalan sebegini semakin kerap bermain di minda. Buat masa ini, jawapan saya sendiri ialah; “Tidak pasti!” atau “Hmm, mungkin tidak.” Bagaimana agaknya untuk saya mendapat jawapan; “Ya, saya yakin saya akan berbangga sekiranya memiliki seorang ibu seperti diri saya sendiri.”

Kalau dahulu apabila ingin melakukan sesuatu perkara, saya jarang melazimkan diri untuk berfikir dua kali kecuali untuk hal-hal tertentu yang saya rasa penting. Namun sejak kehadiran si cilik di dalam, hampir semua perkara akan membuatkan saya berfikir dua kali, bahkan mungkin berkali-kali. Dari sekecil-kecil hal, hinggalah sebesar-besar perkara akan saya perhitungkan, sesuai atau kurang sesuai, patut atau tidak patut, dosa atau pahala.

Sophia Loren; A mother always has to think twice, once for herself and once for her child.

“Achik jangan banyak sangat menangis tau, nanti affect perangai baby,” pesan Kakteh. Haaa, kalau dah perangai suka menangis pun baby boleh terikut, apatah lagi perkara-perkara lain.

Bayangkan kalau sepanjang saya hamil, saya tidak melakukan apa-apa. Sekadar mandi, makan, tidur. Atau lebih teruk lagi, mungkin saya tiba-tiba suka bercakap kasar, tidak menjaga kebersihan, menonton televisyen 24 jam, mendengar lagu-lagu tidak bermanfaat. Bahaya kan? Makanan jasmani pasti sudah cukup namun bagaimana dengan makanan rohani? Andai perkara sebegini langsung tidak saya tekankan, bukan sahaja saya yang kerugian dalam melakukan kebaikan, saya juga sebenarnya terlepas peluang untuk memberi didikan awal kepada si cilik.

Saya teringat sepotong hadis Nabi s.a.w. :

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman.”

-Hadis sahih riwayat Muslim-

Hadis ini biasa kita gunakan untuk tujuan membetulkan atau mengislahkan akhlak seseorang, menegur kesilapan individu, ataupun mudah kata untuk mencegah kemungkaran dalam sesebuah masyarakat. Kini saya merasakan bahawa hadis ini sebenarnya sesuai juga untuk kita gunakan bagi memperbaiki diri sendiri.

Sekiranya kita melihat sesuatu yang salah, sewajarnya kita membetulkan dengan tangan. Tangan yang dimaksudkan di sini ialah kuasa dan tindakan. Jadi, seandainya saya melihat ada sesuatu yang salah dan tidak kena pada diri saya, bukankah saya sepatutnya bertindak mengaplikasikan hadis Nabi s.a.w. di atas kepada diri sendiri?

Berubah? Ya, itulah yang seharusnya saya lakukan. Bertindak untuk berubah secara istiqomah ke arah sikap dan akhlak yang lebih Allah sukai. Jika saya tidak memilih untuk berubah, sikap buruk itu akan kekal, hatta berkemungkinan besar akan turut diwarisi oleh si cilik saya kelak. Saya mahu anak saya berbangga memiliki saya sebagai seorang ibu! Oh Tuhan, permudahkanlah. Chaiyok, chaiyok~

Abi; Balik Malaysia nanti, saya nak awak kuat, jangan selalu menangis. Kurangkan mendengar lagu-lagu yang melalaikan. Jangan lupa mengulang dan menghafaz Al-Quran. Penting untuk awak, saya, dan baby.

Advertisements

3 responses to “236- Double To Triple 9

  1. sy lah ni.. says:

    kalau sy x ckp mcm tu pn awk tetap akn buat kn.. awk terbaek lah dear~

  2. drlurvians says:

    so sweet lah kak afifah! hehe.
    barakallahu fiiki. 🙂

  3. afifahazam says:

    uhuk3 :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: