**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

234- Double To Triple 7

on May 14, 2012

#Graduasi dan Tarbiyah Diri

Semenjak hamil, saya jarang mendampingi telefon bimbit, komputer, televisyen, dan alat-alat elektronik lain melebihi satu jam kecuali apabila ada keperluan. Gelombang dari kesemua alat ini sangat pantas memberi kesan. Natijahnya, pening kepala yang teruk serta muntah-muntah yang berterusan. Jalan penyelesaian? Kurangkan penggunaan, heh.

Suatu hari, ketika masih di Jordan, saya membuka komputer untuk online sebentar. Wah, ada banyak gambar terbaru sahabat-sahabat dan keluarga terdekat. Sedikit teruja untuk melihat kesemuanya satu persatu. Ada sesuatu yang menarik perhatian dan hati saya.

Gambar-gambar graduasi!

Farhana, Faiz, dan adik-beradik batch saya yang lain baru sudah menghadiri Majlis Graduasi mereka semalam. Sepupu saya di Morocco, Along Nina dan sahabat-sahabat lain juga sama. Beberapa orang senior serta sahabat-sahabat di Malaysia dan beberapa tempat lain turut meraikan kegembiraan yang sebegitu; bergraduasi dengan hati bahagia.

Allah, allah, allah. Saya sepatutnya akan turut serta bergraduasi pada tahun ini; 2012. Tanda sudah tamat Ijazah Fakulti Syariah Universiti Mu’tah, Jordan. Namun atas faktor kesihatan dan kehamilan, semuanya harus saya lewatkan ke pertengahan tahun 2013. Pastinya berseorangan kerana semua adik-beradik batch GMM dan GGMI telah tamat pengajian. Menangis sedih~

“Achik, janganlah macam ni, mereka ada ijazah tapi awak ada saya dan baby. Allah dah tetapkan bahagian masing-masing kan? Insha allah awak akan grad jugak nanti, walaupun dengan junior, 9 subjek je lagi, ok sayang?” Abi menyusun kata satu-persatu cuba memujuk. Air mata yang gugur di pipi saya perlahan-lahan di sapu pergi. Baik, berusaha!

Berkaitan dengan tarbiyah diri, saya masih mengikuti usrah, daurah, serta aktiviti-aktiviti da’wah yang lain semasa masih di Jordan. Hujung minggu lazimnya dimanfaatkan untuk tujuan itu selain mengulang kaji pelajaran. Cuma sekali sekala saya kurangkan penglibatan untuk urusan rumah tangga atau keperluan lain. Alhamdulillah, semua itu sentiasa membantu dan memberi kesan yang baik buat diri saya [juga untuk perkembangan baby, insha allah].

Cuma, semenjak pulang ke Malaysia, hampir tiada langsung aktiviti yang saya turut serta. Kadang-kadang, saya hanya mengisi kekosongan yang dirasai dengan usaha sendiri. Bacaan, tindakan, hafalan, ulangan, juga melayari internet untuk mengikuti perkembangan murabbi dan adik-beradik usrah yang lain. Sedih, cemburu, rasa ketinggalan.

Saya tidak menyalahkan kehadiran baby, juga tidak merungut kerana tahu Emak dan Abah lazimnya takkan mengizinkan dalam keadaan saya yang sarat. “Dulu lain, sekarang lain,” kata mereka.

Moga ini ruang untuk saya ‘click the pause button’ dan ‘sharpen the saw’. Mungkinkah begitu? Saya mahu terus memberi dan menerima. Do’akan saya terus teguh, tidak jatuh. Saling~

Ya Allah, kami memohon agar hati ini terus terbuka untuk mengingatiMu setiap detik dan saat! Allahumma ameen~

Advertisements

One response to “234- Double To Triple 7

  1. sy lah ni.. says:

    ramai 0rg tdk punya kesempatan utk muhasabah diri sbb terlalu sibuk bekerja, walau kerja2 dakwah skalipun.. Muhasabah – Hal yg nmpk ringan n slalu dilupakan, tp mgkn jd pembeza antara syurga n neraka…

    Mgkn ini masa utk kita~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: