**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

229- Double To Triple 2

on May 14, 2012

#Morning Sickness, Err

Namun, apa benar ini berita gembira? Atau cerita duka yang baru bermula?

Pelik kan bila saya sendiri yang membuat persoalan sebegini. Sedangkan saya bakal menjadi seorang ibu, sesuatu yang setiap wanita impikan.

Sebenarnya saya mengalami morning sickness yang agak teruk. Muntah-muntah yang tak berkesudahan. Keletihan yang berpanjangan. Masuk dapur pun bertutup hidung bagai. Kalau mahu disenaraikan semua alahan yang dialami, memang takkan habis. Lebih-lebih lagi saya memang tidak betah dengan musim sejuk. “Eeeei, apa semua ni?” hati saya mendengus penat.

Keadaan begini membuatkan saya serba tidak kena. Kata orang, “Biasalah tu, nama pun mengandung. Kuatlah sikit, jangan lembik-lembik.” Saya rasa seperti mahu menjerit kegeraman pada mereka yang memberikan respon-respon sebegini.

Kalian boleh kata ini biasa kerana sudah lazim dipaparkan dalam banyak drama, kerap diperkatakan orang lama, dan boleh dibaca di mana-mana sumber pun. Tetapi, hanya yang mengalami akan memahami. Perkara yang kalian anggap biasa itu bisa membunuh emosi, melemahkan minda, serta merenyukkan keyakinan diri seseorang andai gagal diurus dengan baik.

Al-Biruni; Orang yang memiliki semangat akan mencintai segala yang dihadapinya.

Sampai satu tahap, saya dinasihatkan untuk tidak menjawab sebarang persoalan daripada orang sekeliling. Walau hanya sekadar soalan sebegini, “Achik sihat tak? Ada kena apa-apa alahan ke?”. Dalam 10 orang yang bertanya, pasti akan ada 2-3 orang yang mencemuh di belakang. “Aik, bau bawang pun tak boleh ke? Orang lain pun mengandung jugak, ok je nampak, Achik yang lembik sangat tu,” komen mereka.

Saya sebenarnya tidak kisah dengan apa-apa yang diperkatakan. Cuma apabila ada yang menyampaikan, hati mana yang tak tersentuh. Ingatkan boleh berkongsi rasa, hmmm. Lain kali, tak perlu tanya kalau tak boleh terima, tak perlu tengok saya ternangis pada mana-mana individu kalau tak mampu empati. Haaaa, emosi tak saya? Biasalah, nama pun mengandung kan? Huh!

Tapi kata Abi, kita manusia, hidup pun dalam kalangan manusia, mana mungkin boleh mengelak daripada mengalami perkara sebegini. Lama-kelamaan, saya mula menganggap kandungan ini sebagai beban dalam kehidupan. Urusan rumah tangga, banyak Abi yang selesaikan. Kehadiran ke kuliah semakin merosot. Saya hanya banyak termenung dan menangis. Teruk betul tekanan macam ni kan? Sepanjang tempoh ini, saya banyak bertanyakan Kakteh tentang semua perkara. Sehinggalah saya memberitahu Kakteh yang kehadiran bayi ini tidak dapat saya terima dengan rela hati.

“Achik banyak-banyakkanlah berdo’a supaya redha dengan ketentuan Allah. Orang lain lagi nak anak, usaha macam-macam tapi Allah tak bagi. Setiap anak bawa rezeki dan rahmat tau,” Kakteh mengingatkan untuk menyedarkan. Aduh, sangat terkesan!

Saya yakin, mengandung bukan tiket untuk terus lemah, lembik, lesu, dan letih. Kena pada caranya, insha allah semuanya akan baik-baik sahaja. Cuma orang sekeliling seharusnya lebih adil dalam membuat penilaian dan memberi sokongan. “Baby, maafkan ibu ye,” saya mengusap perut; rasa sayang itu semakin menebal.

Abang Hafiz a.k.a Pikai; Antara perkara paling penting bagi seorang Muslim adalah refleksi kendiri [inner reflection], melihat dan merenung salah silap diri. Apabila nilai ini hilang, kita sentiasa menuding jari kepada orang lain dalam setiap isu. Tak pernah terlintas bahawa mungkin ada salah kita. Lagi musibah bila penyakit ini melanda para penda’wah. Semoga Allah memberi taufiq kepada kita semua.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: