**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

228- Double To Triple 1

on May 14, 2012

#Orang Baru?

Sejak tiba semula ke Jordan, tahap kesihatan saya semakin kurang. Perjalanan jarak dekat sentiasa saya rasa jauh dan meletihkan. Turun naik tangga pun kalau boleh mahu berpimpin. Heish, mengada betul kan? Mungkin perubahan cuaca agaknya. Musim sejuk dah semakin hampir.

Awal Oktober 2011, setelah pulang dari kuliah, saya memohon izin Abi untuk ke klinik. Sekadar mahu membuat check-up. Abi yang mahu menguruskan kelengkapan berkaitan rumah baru kami petang itu membenarkan. Wah, bestnya saya dapat keluar berseorangan, hehe.

Hari ini tak ramai pesakit pun di klinik swasta tersebut. Jadi semua urusan menjadi cepat dan mudah. Usai berjumpa doktor berkaitan, saya sudah mendapat jawapan tepat tentang perubahan tahap kesihatan saya sejak akhir-akhir ini.

“Awak hamil, dah 3 minggu lebih, insha allah EDD pada 7 Jun 2012 nanti,” kata doktor sambil tersenyum. Tiada respon, saya sekadar mengangguk mengiakan. Selesai membuat appointment seterusnya, saya berlalu meninggalkan klinik.

Bermacam-macam perkara bermain di minda menyebabkan saya mahu singgah ke rumah Binafsha terlebih dahulu. Beberapa saat kemudian baru saya mampu tersenyum. Khabar yang doktor berikan tadi seolah-olah baru diproses dengan baik. “Kami bakal menerima orang baru? Means, from double to triple? Subhanallah,” hati saya berbisik.

Di Binafsha, adik-beradik saya bersorak kegirangan apabila berita itu saya maklumkan. Habis semua pantang larang mereka sebut dan listkan untuk saya. Errr, macam makcik-makcik dah diorang, huhu.

“Achik tak cakap dengan Abi lagi kan? Biar kitorang tolong bagitau ea, kali ni kalau kena marah pun tak kisah, ” rancangan licik mula mereka aturkan. Telefon segera dicapai lalu nombor Abi didail pantas. Mereka membuat suara nada cemas, berpura-pura cuak dan mahu Abi segera ke Binafsha sekarang kerana saya ‘pengsan’.

Sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kaki seperti orang sedang berlari di luar, mereka bersiap sedia di hadapan pintu rumah. Loceng dibunyikan sedikit kasar, tanda kehadiran tetamu yang mereka nantikan. “Abi, tahniahhhhhh!” sorak mereka selepas pintu dibuka sambil meniup satu alat muzik dari Syria dan wisel parti hari lahir. Abi kebingungan di muka pintu. Mereka segera menjelaskan kepada Abi bahawa kami bakal menjadi Ayah dah Ibu.

“Kalau ye pun, janganlah surprisekan Abi sampai macam ni. Achik kan memang baru sembuh dari sakit. Risau betul Abi. Korang tau tak Abi tak solat lagi, ambil wudhu’ pun tak habis lagi, karpet rumah pun tak beli lagi…..bla, bla, bla, bla, bla,” bebel Abi tak berkesudahan tanda geram. Mereka tertawa kecil lalu segera memanggil saya di belakang untuk menenangkan semula Abi yang masih kelihatan mengah keletihan. “Penat berlari!” kata Abi. Kasihan~

Keluarga terdekat kami maklumkan khabar itu. Semua orang gembira lantas mengirimkan sebanyak-banyaknya do’a buat kami. Alhamdulillah, terima kasih semua. Namun, apa benar ini berita gembira? Atau cerita duka yang baru bermula?

p/s : Hehe, bajet cemas je kan?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: