**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

236- Double To Triple 9

#Berfikir Dua Kali

Adakah saya akan berbangga memiliki diri saya sebagai seorang ibu?

Persoalan sebegini semakin kerap bermain di minda. Buat masa ini, jawapan saya sendiri ialah; “Tidak pasti!” atau “Hmm, mungkin tidak.” Bagaimana agaknya untuk saya mendapat jawapan; “Ya, saya yakin saya akan berbangga sekiranya memiliki seorang ibu seperti diri saya sendiri.”

Kalau dahulu apabila ingin melakukan sesuatu perkara, saya jarang melazimkan diri untuk berfikir dua kali kecuali untuk hal-hal tertentu yang saya rasa penting. Namun sejak kehadiran si cilik di dalam, hampir semua perkara akan membuatkan saya berfikir dua kali, bahkan mungkin berkali-kali. Dari sekecil-kecil hal, hinggalah sebesar-besar perkara akan saya perhitungkan, sesuai atau kurang sesuai, patut atau tidak patut, dosa atau pahala.

Sophia Loren; A mother always has to think twice, once for herself and once for her child.

“Achik jangan banyak sangat menangis tau, nanti affect perangai baby,” pesan Kakteh. Haaa, kalau dah perangai suka menangis pun baby boleh terikut, apatah lagi perkara-perkara lain.

Read the rest of this entry »

Advertisements
3 Comments »

235- Double To Triple 8

#Kumpul Kad Wangi

Ada satu hobi baru yang saya miliki sekarang. Mengumpul dan meneliti kad kahwin sahabat-sahabat, hehe. Rasa gembira pasti tercetus di hati walaupun hampir kesemua jemputan tidak dapat saya penuhi. Setakat ini, daripada banyak-banyak jemputan, hanya 1 yang dapat saya hadiri, walimah Kak Hajar Radzali. Itu pun bertemankan Emak dan Abah. Melihat mereka gembira, saya turut bahagia, sungguh!

Sebenarnya ada sesuatu yang ingin saya sentuh berkaitan perkahwinan. Walaupun saya dan Abi belum sampai setahun menjadi suami isteri, mungkin tidak salah untuk saya berkongsi beberapa pendapat berkaitan isu kahwin dan cinta.

“Mula-mula ada forum Fenomena Kahwin Awal, lepas tu forum Ku Pinang Dikau Dengan Lafaz Bismillah, tak lama lepas tu Kafe Cinta….bla, bla, bla,” cerita Kaktam tentang perkembangan beberapa program di universiti. Ada lagi forum yang isinya sama, cuma tajuknya berbeza sehingga saya terlupa. “Macam mana lah Kak Kasum tak pening kepala layan budak-budak yang asyik berangan nak kahwin awal, huhu,” sambung Kaktam lagi.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »

234- Double To Triple 7

#Graduasi dan Tarbiyah Diri

Semenjak hamil, saya jarang mendampingi telefon bimbit, komputer, televisyen, dan alat-alat elektronik lain melebihi satu jam kecuali apabila ada keperluan. Gelombang dari kesemua alat ini sangat pantas memberi kesan. Natijahnya, pening kepala yang teruk serta muntah-muntah yang berterusan. Jalan penyelesaian? Kurangkan penggunaan, heh.

Suatu hari, ketika masih di Jordan, saya membuka komputer untuk online sebentar. Wah, ada banyak gambar terbaru sahabat-sahabat dan keluarga terdekat. Sedikit teruja untuk melihat kesemuanya satu persatu. Ada sesuatu yang menarik perhatian dan hati saya.

Gambar-gambar graduasi!

Farhana, Faiz, dan adik-beradik batch saya yang lain baru sudah menghadiri Majlis Graduasi mereka semalam. Sepupu saya di Morocco, Along Nina dan sahabat-sahabat lain juga sama. Beberapa orang senior serta sahabat-sahabat di Malaysia dan beberapa tempat lain turut meraikan kegembiraan yang sebegitu; bergraduasi dengan hati bahagia.

Read the rest of this entry »

1 Comment »

233- Double To Triple 6

#Dari Si Kecil Untuk Si Bayi

“Assalamu’alaitum, makcik ooo makcik,” kedengaran suara halus pelat memberi salam dari luar. Siapa lagi kalau bukan gerangan si bijak pandai, Nur Alisha Qaisara Binti Abdul Hafiz. “Makcik tengah buat apa tu?” Alisha bertanya. “Takde buat apa-apa, tengah tengok laptop atuk je, kenapa?” saya membalas.

“Nah, untuk baby makcik,” tangan kanan Alisha menghulurkan sepasang kasut comel kotak-kotak berwarna merah sementara tangan kirinya menunjuk ke arah perut saya. “Erk, untuk baby makcik? Isha beli kat Melaka ke tadi?” saya bertanya semula, musykil.

“Haahlah, beli tat Toboi, meh Isha butak tan untuk makcik ea, nak letak dalam bakul baby kan?” petah mulut Alisha berbicara sambil tangannya sibuk mengoyakkan plastik dan kertas yang membungkus kasut bayi itu. Usai dibuka, kasut bayi disusun cantik di dalam bakul baby berwarna ungu. “Haaa, ok dah, nanti dah tuar pakai kasut tu ea, babai,” Alisha menepuk-nepuk perlahan perut saya sebelum berlalu keluar untuk menuju ke dapur. Saya tersenyum, hanya ekor mata memerhati langkah si comel itu pergi.

Rupa-rupanya :

“Alisha ternampak kasut-kasut baby kat kedai Cowboy tu. Dia terus amek 2 pasang. Bising-bising kata nak beli untuk baby makcik, nak beli untuk baby makcik. Akak kata, amek sepasang je lah. Dia pun letak satu then terus sibuk-sibuk nak bayar kat kaunter. Abang dengan akak nak beli barang kitorang pun tak sempat. Huhu,” cerita Kak Hajar [Mama Alisha] panjang lebar.

p/s : Alahai terharu rasanya, terima kasih Abang, Kak Hajar, dan Alisha.

Leave a comment »

232- Double To Triple 5

#Jom Beli Barang Baby!

Saya berada di Port Dickson selama 2 minggu. Menziarahi keluarga sebelah Abi dan juga bertemu dengan adik usrah saya di SMKA SHAMS dahulu. Alhamdulillah, lepas rindu.

Kandungan saya kini sudah berusia 32 minggu. Barang-barang baby langsung belum saya fikirkan. Kata Kak Hajar dan Kak Lin, barang-barang newborn anak-anak mereka dahulu masih ada dan masih elok.

Nurse dah bagitau barang-barang yang kena sedia? Takpun Ifah listkanlah barang-barang baby yang perlu, nanti esok pagi kita pergi Seremban dengan Kak Un dan Ana, cari sama-sama.” kata Emak Abi.

“Oh hehe, nurse tak bagitau pun lagi mak. Kejap lagi Ifah cari kat internet dan salin kat kertas terus ea,” balas saya menurut saranan.

Esoknya, kami ke Aeon [Jaya Jusco] di Seremban 2. Saya fikir mahu Kak Un dan Ana cari barang-barang keperluan mereka dahulu namun mereka menolak. “Terus pergi tempat barang-barang baby je lah, tak sabar ni,” kata mereka teruja.

Tiba di tempat yang kami tuju, Kak Un dan Ana sangat teruja melihat semua barang yang ada :

“Haa achik, mana list? Meh kita cari meh. Comelnya semua!”

“Alah, mak janganlah asyik ambik baju warna putih je, tak comel.”

“Ok, baju dengan seluar dah ada berapa? Apa lagi yang takde ea?”

“Achik pilihlah sekali, kitorang plak excited, hihi.”

“Yang ni nak tak? Yang tu? Haaa, ni besar sikit. Ambik warna yang cantik-cantik lah.”

Saya tersenyum memerhati. Sekali sekala mengangguk setuju, kadang-kadang turut sama terdiam berfikir sesuai atau tidak untuk baby. Segan sebenarnya, heh~

Terima kasih buat kalian semua di Port Dickson!

Dalam soal membeli barang-barang, memang saya tidak mahir. Hampir kesemua barang milik saya hasil pilihan dari orang lain. Kalau saya yang memilih, mesti tak memuaskan hati sendiri dan takkan kerap digunakan. Hatta sepanjang urusan untuk persiapan majlis perkahwinan saya dahulu pun diuruskan 100% oleh ahli keluarga.

Berbeza dengan Abi!

1 Comment »