**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

224- Nota Si Pengambil Order 12 [Tamat]

on August 27, 2011

“Lutut akak dah lembik ni chik, macam mana? Nak menyorok dalam kabinet boleh tak?” keluh Kak Yam.

“Pelanggan kat meja tu nak bayar ke chik? Haaa, suruhlah diorang kira sendiri,” Kak Uda pula mula malas bertindak.

“Aaaa, kenapa ada orang masuk kedai lagi? Bagitau diorang, air dah habis ye,” giliran Hafiz mencari idea untuk berehat.

Kak Ani, Kak Ain, Kak Yati, Abang, dan Abang Hafiz juga berperangai sedikit pelik malam ini. Ada-ada sahaja idea masing-masing untuk mengelak daripada bekerja lebih.

Kenapa? Anda bayangkan, kami tidak makan daripada jam 5.50 pagi semalam, sehinggalah jam 1 pagi hari ini. Lebih daripada 24 jam yang Allah kurniakan buat kita semua. Air sempat diteguk sedikit sekadar untuk berbuka puasa dan memberi sedikit tenaga. Tapi, ada ke orang nak kisah? Ada ke orang nak tanya? Heh, jangan harap.

Mengenangkan rakyat Somalia yang lebih menderita, mengembalikan semula senyuman kami, tanda syukur, masih dilimpahkan dengan tenaga, rezeki, dan pelbagai lagi nikmat yang tak terhitung.

Pelanggan terlampau ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lalu terlampau banyak jugalah perangai-perangai manusiawi yang ditonjolkan.

*****

Ramai yang bertanyakan saya secara peribadi mengapa nota-nota saya kelihatan seolah-olah banyak menyalahkan pelanggan berbanding pekerja-pekerja di restoran. Ini jawapan saya :

Saya tidak pernah meletakkan kesilapan 100% di bahu pelanggan. Juga tidak memberi 100% kebenaran di pundak pekerja-pekerja restoran. Cuma, sekadar untuk pencerahan, saya telah menjadi pelanggan di banyak tempat dan urusan selama 21 tahun. Namun kini, hanya dalam tempoh 4 bulan, saya baru cuba untuk memahami keadaan sebenar kehidupan, hati, dan juga perasaan sebagai seorang pekerja.

Maka, selama 4 bulan ini, saya cuba untuk membawa kita semua menyelami sedikit siapa sebenarnya pekerja-pekerja ini. Yang sering dipandang rendah sebagai orang yang tidak berpelajaran, yang sering dianggap tiada maruah lalu mudah sahaja cuba untuk diambil kesempatan, yang dianggap sebagai kuli lalu disuruh buat itu dan ini, yang dianggap sebagai sebuah robot lalu ditengking dan dimarah sesuka hati tanpa sempat memberi penjelasan yang hakiki.

Ini yang kami hadapi! Benar dan tepat sekali bahawa betapa ramai yang sudah hilang ADAB, IMAN, dan AKHLAK di pasca akhir zaman ini. Namun kami tidak pernah menafikan sama sekali kewujudan LEBIH RAMAI pelanggan-pelanggan yang bertimbang rasa dan berakhlak mulia.

Emosikah kami?

Oleh hal yang demikian, kami sebagai seorang Muslim, hanya sekadar mengambil perkara-perkara positif untuk difikirkan sebagai penenang. Senyuman para pelanggan yang budiman, keriangan kanak-kanak, ucapan terima kasih mereka, tanya khabar sesama insan, juga kata sopan ketika bertanyakan sesuatu. Nah, terus hati kami kembali bernyanyi riang, bibir mengukir senyuman, langkah kaki serta gerak tangan kembali laju menyempurnakan tugas sebagai seorang pekerja. Terima kasih Tuhan, terima kasih kalian. Yok, mari amalkan sikap SALING dalam semua urusan!

Pelanggan benar, Pekerja betul,

Bila sudah kenal, Yang tegang jadi kendur.

*****

“Eh, eh, kenapa banyak sangat buih sabun ni?” tanya Kak Uda ketika kami mencuci pinggan mangkuk di bahagian belakang restoran.

Lama saya memerhatikan buih-buih yang cantik dan banyak itu, semakin lama semakin hilang dari pandangan. Terus terlintas di fikiran, tentang pesanan baginda junjungan :

“Seluruh umat manusia hampir mengelilingi kamu seperti mereka (yang kebuluran) mengelilingi hidangan makanan, lalu seorang sahabat bertanya : Adakah kerana bilangan kami pada waktu itu sedikit, wahai Rasulullah? Jawab Baginda : Tidak, bahkan bilangan kamu amat ramai tetapi kamu adalah laksana buih di lautan. Allah akan mencabut daripada hati musuh kamu tentang kehebatan kamu dan menyematkan dalam hati kamu perasaan Al-Wahn. Lantas sahabat bertanya lagi : Ya Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Al-Wahn itu? Ujar Baginda : Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Allah, allah, allah, nyawa bagaikan disentap keras! Apa kata kalian?

Oh Tuhan, ampunkan dosa-dosa kami, bimbinglah setiap tindakan kami, dari sekecil-kecil hal, hinggalah sebesar-besar perkara, ameen.

*****

“Satu hari di hari raya, aku menangis tanda gembira…..lalalala,” lamunan saya dihentikan dengan suara keriangan semua orang menyanyikan lagu Satu Hari Di Hari Raya dendangan M.Nasir sambil mengemas restoran untuk ditutup selama seminggu; 28 Ogos – 4 September.

Sayonara Restoran Hafiz Tom Yam dan Catering, moga ketemu lagi di lain waktu. Malaysia kata pergi, Jordan kata mari. Sambil meneruskan Ramadhan yang masih berbaki, salam lebaran dari kami, ‘Eid Mubarak!

Advertisements

2 responses to “224- Nota Si Pengambil Order 12 [Tamat]

  1. ocha fabregas says:

    Eid mubarak sayang… Detik bahagia semakin hampir… <3.. apa pun, this is soo true. ain pun pernah sama-sama rasa. Alhamdulillah, besar hikmahnya…

  2. afifahazam says:

    i’m missing u!~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: