**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

219- Di Mana Kita Di Mata Mereka?

on August 1, 2011

"Golongan Ustaz dan Ustazah pun boleh main bowling," usik Bangah.

Usai menyelesaikan beberapa urusan di bandar Seremban, saya dan Emak menapak perlahan di Terminal 1 sambil mata meliar mencari bas yang menuju ke Tampin, mudah untuk pulang ke Gemencheh pula nanti. Kelibat 3 orang remaja perempuan di belakang kami tidak diendahkan.

Sekali imbas, mereka senang untuk memilih singlet sebagai pengganti t-shirt lengan panjang, skirt pendek sebagai pengganti kain labuh, seluar kecil sebagai pengganti seluar yang lebih longgar, pengikat dan perhiasan rambut yang bermacam-macam sebagai pengganti tudung. Saya tahu kalian boleh membayangkan, kerna pakaian sedemikian seolah-olah pakaian biasa bagi semua kaum Hawa kini.

“Makcik, duit makcik nak terjatuh tu,” mereka menegur Emak dari belakang. Serentak kami berdua menghentikan langkah seraya berpaling ke belakang, ke arah mereka bertiga. “Terima kasih ye,” balas Emak sambil memasukkan kembali wang tersebut ke tempat asalnya. Saya hanya diam memerhati. Melihat reaksi saya yang sebegitu, mereka berkata, “Walaupun kitorang macam ni, kitorang budak baik tau kak, kitorang tak jahat!”

“Errkk,” saya sedikit terkesima. Mereka bertiga terus berlalu mengambil tempat duduk di kaki lima sambil ketawa kecil.

*****

Hmm, di saat kita memikirkan cara untuk membantu mereka, mereka berspekulasi tentang kita yang mungkin sentiasa memandang buruk tentang mereka. Di kala yang lain pula, ketika ada sebilangan daripada mereka yang mengharapkan bantuan kita, wujud pula 1 golongan daripada kita yang memang benar-benar tidak menyenangi mereka yang sebegitu. Hatta kita semua sebenarnya perlu saling mengingati, saling menjaga, juga saling mendo’akan. Sering, selalu, dan sentiasa.

Hakikatnya, kita hanya penurut hukum, bukan penghukum. Betapa kebenaran dan kesempurnaan Islam itu adalah hak milik setiap insan yang harus disebarluaskan, dikongsisampaikan!~

~Nikmat Islam milik semua~

Advertisements

2 responses to “219- Di Mana Kita Di Mata Mereka?

  1. ainshams says:

    Salam Ifah dear,
    Well, tak salah mereka beranggapan begitu, mungkin terkesan dgn ‘sejarah’ hidup. Ada kenangan kurang indah hasil coretan ‘golongan yang kelihatan baik-baik’.
    Yang penting, we greet them sincerely. Smg keindahan Iman itu dapat mereka rasai suatu hari nanti & tingkatan iman kita lebih baik saban hari, insya Allah.
    Miss u laaaa~

  2. afifahazam says:

    ainshams;

    wslm wbrkth ya ukht habibti,
    betul, takkan pernah b0leh untuk salahkan mereka 100%
    insha allah ifah cuba untuk greet them sincerely, m0h0n d0’anya ukht 🙂

    ameen3~~

    miss u m0re lah dear 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: