**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

218- Kasih Suci

on July 27, 2011

~Iman~

Jaulah keluarga ke Melaka memberi impak maksima yang terbaik buat semua, alhamdulillah. Menjelang Zohor, kami singgah ke masjid yang paling berhampiran dengan tempat date kami, Pusat Bowling Melaka.

Jujur, masjid tersebut sangat terpelihara, kami teruja. Besar, luas, bersih, dan digunakan sepenuhnya. Owh, apabila masjid sudah luas, kanak-kanak kecil pasti suka kan? Boleh lari-lari, pusing-pusing, golek-golek.

*****

“Iman, ‘Aqil, Salsabila, Alisha, sudah-sudahlah tu,” saya terjerit kuat melihat anak-anak buah saya berlari ke sana , ke sini tanpa henti. Risau kalau-kalau mereka terjatuh, lantai licin. Agaknya kalau ada Wafa’, mesti semuanya makin ligat.

Iman bergolek-golek di tengah-tengah masjid membuat aksi Ben-10 melawan musuh lalu ‘Aqil pun cuba untuk  turut serta. Salsabila dan Alisha memanjat tiang-tiang kecil berulang-ulang kali. Haih~

~'Aqil~

Apabila dijerkah sedikit, mereka diam 5 minit, kemudian, aksi lasak bermula semula tanpa lelah. Kami yang naik mengah.

*****

Selesai solat, Bangah keluar ke perkarangan masjid. Melihat kehadiran Bangah yang lazimnya sedikit tegas, keempat-empat mereka sedikit senyap, tidak ligat seperti di awal-awal tadi.

Usai membawa mereka ke tandas, Bangah mengeluarkan beberapa keping wang syiling. “Haa, giliran siapa?” soalnya. Saya yang memerhati tertanya-tanya motif perbuatan sebegitu.

“’Bangah, bangah!” kata ‘Aqil.

“Adik, adik, adik, adik!” dengan pelat, Salsabila cuba memberi respon.

Iman dan Alisha tiada di situ.

Lalu kedua-duanya berebut-rebut mencapai syiling yang Bangah sediakan. Setelah mendapat bahagian masing-masing, kesemuanya berlari ke arah satu sudut di masjid.

~Salsabila~

“Bismillah, ting, ting,” kedengaran bunyi duit syiling yang dimasukkan oleh ‘Aqil dan Salsabila jatuh ke dalam tabung masjid.

“Ok, baca do’a pulak,” Kak Lin pula menyambung kata Bangah.

اللهم بارك لنا فى رجب و شعبان وبلغنا رمضان

[Allaahumma baariklanaa fii Rajaba wa Sya’baana wa ballighna Ramadhana]
“Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”

Dengan lancar, Iman, ‘Aqil, dan Salsabila melafazkan do’a di atas. Menadah tangan, penuh pengharapan. Mereka bertiga masih kecil, seorang 6 tahun, seorang 3 tahun, dan seorang 2 tahun. Allah, allah, allah~

“Subhanallah!” lafaz saya di dalam hati, terkedu dan terdiam melihat corak tarbiyyah Bangah dan Kak Lin kepada anak-anak mereka. Sedekah, senyum, do’a, semua untukNya.

~Alisha~

*****
“Haaa, cepat, cepat, makcik lawan dengan Bangah ‘Aqil pulak,” acah ‘Aqil untuk memukul saya kerana cuba menghentikan sesi Ben-10 dan Ultramannya dengan Iman. Errr, budak-budak~

~Wafa'~

Advertisements

One response to “218- Kasih Suci

  1. suka dgn cerita di atas,
    telatah si manja. (“,)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: