**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

217- Kuncinya Adalah Diri Sendiri

on July 27, 2011

“Saya dah tak larat buat maksiat, saya fikir dengan berkahwin adalah salah satu cara untuk saya berhenti buat maksiat,” adu seorang sahabat kepada saya.

“Hmm, boleh jadi perkahwinan itu pun bukan keputusan yang paling tepat, jom sama-sama cuba usaha jadi Full-time Muslim dulu nak?” respon saya spontan.

*****

Sahabat-sahabat, saya akui ramai yang berpandangan bahawa perkahwinan itu adalah jalan terbaik untuk menolak kemaksiatan.

Lebih-lebih lagi apabila zaman sekarang yang semakin banyak terdedah dengan gejala couple, seks bebas, berpegangan tangan, menonton wayang bersama, ada tempat meluah perasaan, lagu-lagu cinta, novel-novel cinta, filem dan drama dari Korea, Jepun, Indonesia, Hollywood, Bollywood, dan lain-lain lagi, apatah versi Malaysia sendiri.

Semua perkara di atas menjadikan jiwa kita lemah dan goyah. Akhirnya ada golongan yang akan asyik memikirkan untuk membina rumah tangga untuk mengelak zina, maksiat, dan sebagainya tanpa mengambil kira PERSEDIAAN-PERSEDIAAN ke arah untuk berumah tangga.

Ini yang saya maksudkan dengan menjadi Full-time Muslim terlebih dahulu iaitu membentuk diri sebagai Muslim yang Mukmin yang jitu. Jika hal ini tidak kita titik beratkan sedari awal, akan semakin pincanglah institusi kekeluargaan kerana pangkal awal kewujudan perkahwinan itu hanyalah untuk lari dari masalah zina, dan maksiat. Itu belum lagi kita ambil kira mereka yang berkahwin atas alasan sebegini :

“Kawan-kawan saya ramai dah kahwin, saya pun rasa nak kahwin jugaklah.”

“Daripada couple buat dosa, baik saya kahwin dapat pahala.”

………..dan banyak lagi.

*****

Tanpa persediaan dan pengetahuan, rumah tangga yang dibina pasti akan menemui permasalahan yang tak berkesudahan. Rumah tangga yang pada asalnya dibina sebagai penyelesaian, akan berubah menjadi bebanan kehidupan. Baitul Muslim yang kita idam-idamkan, akan menjadi neraka jahanam yang tak pernah kita bayangkan.

Kita jadi tidak mampu mengurus rumah tangga dengan baik, masalah-masalah mendatang gagal diselesaikan, anak-anak terbiar tanpa tarbiyyah dan didikan yang sempurna, maka rugilah Islam di situ sedangkan anak-anak adalah aset terpenting sebagai asas dan titik awal membentuk masyarakat Muslim.

*****

Kerana hakikat amanah Baitul Muslim itu ialah, kerahan secara maksimum segala usaha untuk menyelamatkan diri kita dan seluruh keluarga kita dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

“Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”

At Tahrim: 6

Jika kita melihat rumah tangga itu hanya untuk menyalurkan nafsu melalui jalan yang halal, atau melihat rumah tangga itu hanya untuk memiliki seseorang yang dapat melengkapkan kehidupan kita, maka ia AMAT mustahil untuk dicapai!

*****

Sahabat-sahabat, tolong hayati pesanan ini ya, klik di sini.

Ya, ia tidak mudah, namun tidak akan selamanya susah. Sejujurnya, saya sendiri masih banyak kelemahan dan kekurangan, terlampau banyak. Saya bukan mahu memberatkan urusan perkahwinan namun saya mahu membantu kelangsungan sebuah perkahwinan.

Hari perkahwinan saya sendiri semakin dekat. Sehingga ke hari ini saya akui masih banyak urusan teknikal dan material yang belum selesai. Bukan sengaja saya lengah-lengahkan tapi saya lebih risaukan prestasi diri sendiri yang entah di tahap mana. Dengan kondisi saya sekarang ini, adakah saya mampu membantu dalan usaha membentuk generasi harapan, generasi Rabbani?

Hadis Riwayat Abu Daud, bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk solat, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu solat dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”

BERUSAHA!~

Advertisements

2 responses to “217- Kuncinya Adalah Diri Sendiri

  1. r0h & Jasad says:

    termenung panjang………………………………………………………..

  2. kegirangan says:

    betul!
    moga Allah permudahkan urusan k chik, semuanya.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: