**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

215- Buat Kamu

on July 22, 2011

~Kalthum dan Kak Fatimah~

“Haih letihnya!” saya mengomel pendek lalu terus berbaring seketika di katil melepaskan lelah sebaik sahaja pulang dari membantu abang di restoran. Bila terkenangkan sekarang ini sudah jam 2.30 pagi, saya segera bangkit semula untuk berkemas apa-apa yang patut sebelum masuk tidur.

Sedar tak sedar, jam telah pun menunjukkan jam 5.28 pagi. Beberapa minit lagi azan Subuh akan berkumandang. Nampaknya tak tidur lagi lah saya hari ini. Dan tiba-tiba saya mengalihkan perhatian kepada telefon bimbit. Tertera tarikh baru hari ini, 23 Julai 2011, 22 Sya’ban 1432H, hari Sabtu.

“Allah, walimah Kalthum hari ni lah!” saya terjerit kecil.

*****
Umi Kalthum Binti Abdullah, kenalan saya sejak berada di sekolah menengah. Kami berkenalan sejak di Tingkatan 3 ketika sama-sama menghadiri kelas tambahan untuk PMR anjuran Sekolah ABIM di Seremban.

Di Tingkatan 4, Kalthum yang pada awalnya bersekolah di Maahad Ahmadi Gemencheh berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (SMKA SHAMS), tempat belajar saya sendiri. Dan bermula pada itu, kami semakin rapat walaupun berlainan kelas.

Sama-sama menghadiri usrah luar, program-program membina jati diri dan rohani, saling menziarahi keluarga masing-masing, sekaligus semakin saling memahami hakikat diri dalam menuju Ilahi Rabbi.

Guru-guru membayangkan kami sebagai kembar. Kembar ketiga saya selepas Alang Izzati dan Ateh Shafawati. Muka seiras, gaya percakapan yang mirip, baju yang kerap ‘ter’sama tanpa dirancang. Haih, macam-macam lagi yang membuatkan kami kelihatan serupa.

Serupa tapi tak sama, itu pasti! Kalthum sebenarnya merupakan kenalan sepupu rapat saya juga, Alang Izzati dan Along Amanina. Juga menjadi naqibah adik angkat saya, ‘Aainaa’ Atiqah. Kalthum sentiasa bijak membawa diri, cemerlang memilih uslub da’wah yang bersesuaian untuk golongan yang berbeza, berusaha bersungguh-sungguh dalam akademik, pandai memasak, dan banyak lagi ciri-ciri positif Kalthum yang menjadikan kami berdua berbeza.

Sepatutnya kami sama-sama melanjutkan pengajian di Darul Quran JAKIM tetapi entah mengapa saya memilih untuk meneruskan langkah ke Jordan. Meninggalkan Kalthum sendirian berusaha menggapai cita-cita besar kami iaitu untuk menjadi Hamlatul Quran. Sehingga kini, ada sedikit bibit-bibit kesal dalam hati saya. Apa-apa pun, rencana Allah itu lebih besar, saya yakin.

Di Jordan, saya dan Kalthum tetap semakin dekat. Bukan kerana kami berdua sendiri tetapi kewujudan kakak kedua Kalthum, Kak Fatimah sebagai pimpinan anak-anak Negeri Sembilan di sana telah menjadikan kami tetap tidak terputus hubungan. Berhubung sekerap dahulu memang mustahil namun kiriman salam tidak pernah lekang sesama kami. Kini Furqan, adik lelaki Kalthum pula melanjutkan pengajian di Jordan sekaligus mengukuhkan lagi ingatan saya kepada Kalthum, tanpa jemu.

*****

~barakallah~

Memilih untuk pulang ke Malaysia secara senyap tanpa pengetahuan semua rupa-rupanya menyediakan banyak cerita untuk saya.

“Chik, jemput datang ke walimah Kalthum 23 Julai nanti ye. Dengan Farid Afifi. Buat majlis dekat…..” saya menerima message ringkas Kalthum di Facebook. Terdiam, terkesima, pelbagai perasaan bercampur aduk pada saat itu. Akhirnya saya menangis sendirian. Memikirkan yang saya semakin kehilangan. Apabila tiba-tiba saya mampu mengukirkan senyuman, saya tahu sebenarnya saya gembira melihat Kalthum bakal bahagia bersama Imamnya.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Ar-Rum : 21

Alang Izzati dan Along Nina pastinya sedang menangis juga di Mesir dan Morocco. Tangisan gembira bercampur sedih kerna tidak dapat hadir bersama dalam saat-saat penting kehidupan sahabat dunia akhirat kami ini, alahai. Saya menjadi wakil mereka berdua, insha allah.

YM dan Facebook terus menghubungkan kami. Janji untuk bertemu sebelum 23 Julai dibuat namun sehingga ke saat ini, saya gagal menepatinya. Mencuba untuk membantu perjalanan majlis Kalthum juga tidak dapat saya lakukan. Terlampau sibuk membantu di restoran abang, itu faktornya. SEDIH~

*****

Dan hari itu tiba jua, beberapa jam sahaja lagi, Umi Kalthum Binti Abdullah akan diijabkabulkan dengan Mohd Farid Afifi Bin Abdullah. Saya pula sedang bersiap-siap untuk menghadirinya bersama seisi keluarga. Juga untuk melunaskan temu janji bersama Nur Dhamirah Binti Zulkarnain.

“Suami segalanya buat Kalthum lepas ni Chik,” luah Kalthum ikhlas.

Saya mengangguk lemah. Saya tahu itu petanda yang kami akan semakin sedikit jauh walaupun masih dekat di hati, jua dalam do’a. Kalthum sayang, berbahagialah bersama suamimu, kami sentiasa mendo’akan yang terbaik dariNya untuk kita semua. Terus tegar melangkah membentuk ummah!

P/S : Sangat berharap supaya Kalthum akan dapat berada di sisi saya pula nanti~

~Mawaddah wa Rahmah~

“Gerimis sakinah membawa mereka meredah lautan mawaddah. Bertemankan rahmah untuk menempuh hari cerah dan mendung hitam, manis madu, dan pahit hempedu pada realiti sebuah kehidupan. Marhalah baru pasti lebih mencabar, moga tegar hadapinya!”

-Alang Izzati-

Advertisements

2 responses to “215- Buat Kamu

  1. kaklang 'izzati says:

    terima kasih jd wakil alang…ayat sum tu sangat2 sedih la…tp betulla..lepas ni,suami adalah segala2nya..
    selamat menempuh marhalah yang baru…

  2. umi kalthum says:

    syukran semua!!!!! acik pun bakal lepas ni…. doa sentiasa mengiringi kalian….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: