**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

214- Nota Si Pengambil Order 10

on July 16, 2011

~Jom renung-renungkan dan selamat beramal~

Jam menunjukkan tepat 12  tengah malam. Pelanggan mula sedikit lengang lantas kami mengambil kesempatan untuk berehat sebentar bagi melepaskan lelah.

Kami memilih untuk duduk beramai-ramai di meja berlabel C1 yang berbumbungkan langit serta berlantaikan tanah. Angin malam berhembus lembut seraya menambahkan damai di hati.

*****

“Chik, apa pendapat Achik tentang beberapa orang Ustazah yang berda’wah tapi dalam masa yang sama, pakaian mereka sendiri tidak menepati syariat?” tiba-tiba Kaktam mengajukan soalan sekaligus membuka topik perbincangan baru pada malam itu.

“Tidak menepati syariat yang macam mana tu Tam?” saya meminta penjelasan.

“Alah, contohnya mereka ni masih menutup aurat tapi dari segi lenggok suara dan pakaian tu sendiri kadang-kadang sedikit melampau. Berlebih-lebihan sangat perhiasannya,” jelas Kaktam lagi kepada kami.

“Haa, akak rasa, kita tak boleh nak salahkan sangat mereka, sebabnya kadang-kadang pakaian mereka tu atas permintaan pihak yang bertanggungjawab. Contohnya stesen TV ke, apa ke,” respon Kak Yam pantas.

“Setuju!” sahut Kak Uda.

“Tapi, bukan mereka tak boleh menolak, nama pun penda’wah, mesti berani kerana benar!” Kaktam tetap tidak bersetuju.

“Achik cuma boleh kata, semua ni kadang-kadang bergantung kepada penerimaan dan persepsi individu pendengar tu sendiri. Kalau mampu untuk amalkan ‘lihat apa yang diperkatakan, bukan orang yang berkata-kata’, itu lebih baik. Bahkan, ada jugak yang dah pernah tegur direct kan?” balas saya yang tiada jawapan konkrit lalu sekadar menambah perasa perbincangan.

*****

Mungkin dialog seorang sahabat saya ini boleh diterima pakai :

Gadis A : Bila berpakaian saya ingin berfesyen-fesyen. Boleh tak? Tidak dinamakan tabarruj jahiliah kan?
Sahabat : Eh, boleh sahaja, apa salahnya? Selagi mana ia tidak melampau serta tidak melebihi syarat pakaian wanita muslimah, tak ada masalah, silakan~
Gadis A : Habis tu, kenapa saya tengok ramai Ustazah kat TV sekarang bukan main lagi
cantiknya, berkelip-kelip lagi, tidak tabarruj ke tu?
Sahabat : Eh, kita jangan ikut orang, kita kena ikut piawaian Tuhan. Islam telah
mempersembahkan garis panduan. Kalau betul dengan piawaian Tuhan, boleh kita ikut, kalau tak betul kita kena tolak walaupun beliau ialah Ustazah~
Gadis A : Owh macam tu rupanya…

~Semuanya Untuk Kebenaran~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: