**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

213- Nota Si Pengambil Order 9

on July 16, 2011

~Terima Kasih Tuhan Kerna Menganugerahkan Kami Ramadhan~

“Yea, yea, dah sampai, dah sampai,” seorang kanak-kanak menjerit riang.

“Apa yang dah sampai tu dik?” soal ibu dan ayahnya serentak.

“ABCDEFGH adik dah sampai, hehe,” kanak-kanak soleh itu menjawab senang dan bersahaja sambil melemparkan senyuman ke arah saya  yang sedang meletakkan satu persatu minuman yang dipesan mereka sebentar tadi di atas meja yang disediakan. Ada jus tembikai, teh tarik kurang manis, dan ABC si kecil itu.

“ABC Special pun boleh jadi ABCDEFGH kat budak ni, kreatif betul,” respon saya senyap-senyap di dalam hati, huu~

*****

Terus-terang, sepanjang saya membantu di restoran milik abang sulung kami, lebih banyak pahit daripada manis. Atau mungkin boleh saya kata 50-50. Namun, ada sedikit penawar yang mampu mengubati kepahitan itu.

Yang pertama, keGIRANGan dan keGEMBIRAan para pelanggan apabila makanan dan minuman yang dipesan mereka dapat dinikmati dengan penuh berselera. Apatah lagi semua itu adalah hasil tangan saya sendiri walaupun tidaklah seenak mana.

Yang kedua, ucapan yang cukup ringkas namun tidak mudah untuk diungkapkan. Ucapan TERIMA KASIH daripada para pelanggan atas perkhidmatan dan layanan kami kepada mereka. Sungguh, cukup sekadar mendengar dua kalimah ini, hilang terus rasa penat dan lesu. Begitu juga apabila kami sesama pekerja sendiri turut tidak jemu mengungkapkan lafaz TERIMA KASIH atas setiap bantuan dan tugasan masing-masing.

Alhamdulillah~

~Kenangan Sebagai Pelarian?~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: