**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

218- Kasih Suci

~Iman~

Jaulah keluarga ke Melaka memberi impak maksima yang terbaik buat semua, alhamdulillah. Menjelang Zohor, kami singgah ke masjid yang paling berhampiran dengan tempat date kami, Pusat Bowling Melaka.

Jujur, masjid tersebut sangat terpelihara, kami teruja. Besar, luas, bersih, dan digunakan sepenuhnya. Owh, apabila masjid sudah luas, kanak-kanak kecil pasti suka kan? Boleh lari-lari, pusing-pusing, golek-golek.

*****

“Iman, ‘Aqil, Salsabila, Alisha, sudah-sudahlah tu,” saya terjerit kuat melihat anak-anak buah saya berlari ke sana , ke sini tanpa henti. Risau kalau-kalau mereka terjatuh, lantai licin. Agaknya kalau ada Wafa’, mesti semuanya makin ligat.

Read the rest of this entry »

1 Comment »

217- Kuncinya Adalah Diri Sendiri

“Saya dah tak larat buat maksiat, saya fikir dengan berkahwin adalah salah satu cara untuk saya berhenti buat maksiat,” adu seorang sahabat kepada saya.

“Hmm, boleh jadi perkahwinan itu pun bukan keputusan yang paling tepat, jom sama-sama cuba usaha jadi Full-time Muslim dulu nak?” respon saya spontan.

*****

Sahabat-sahabat, saya akui ramai yang berpandangan bahawa perkahwinan itu adalah jalan terbaik untuk menolak kemaksiatan.

Lebih-lebih lagi apabila zaman sekarang yang semakin banyak terdedah dengan gejala couple, seks bebas, berpegangan tangan, menonton wayang bersama, ada tempat meluah perasaan, lagu-lagu cinta, novel-novel cinta, filem dan drama dari Korea, Jepun, Indonesia, Hollywood, Bollywood, dan lain-lain lagi, apatah versi Malaysia sendiri.

Semua perkara di atas menjadikan jiwa kita lemah dan goyah. Akhirnya ada golongan yang akan asyik memikirkan untuk membina rumah tangga untuk mengelak zina, maksiat, dan sebagainya tanpa mengambil kira PERSEDIAAN-PERSEDIAAN ke arah untuk berumah tangga.

Read the rest of this entry »

2 Comments »

216- Ia Indah Namun Tidak Mudah

Renungi petikan pesanan Mustafa Masyhur dari buku Jalan Da’wah karya beliau :

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagai Islam dan seorang Muslim yang benar akidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga Muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami Muslim yang memikul tanggungjawab terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa Muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka pada setiap peringkat hidup mereka. Kita mahu melihat isteri Muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.

Read the rest of this entry »

1 Comment »

215- Buat Kamu

~Kalthum dan Kak Fatimah~

“Haih letihnya!” saya mengomel pendek lalu terus berbaring seketika di katil melepaskan lelah sebaik sahaja pulang dari membantu abang di restoran. Bila terkenangkan sekarang ini sudah jam 2.30 pagi, saya segera bangkit semula untuk berkemas apa-apa yang patut sebelum masuk tidur.

Sedar tak sedar, jam telah pun menunjukkan jam 5.28 pagi. Beberapa minit lagi azan Subuh akan berkumandang. Nampaknya tak tidur lagi lah saya hari ini. Dan tiba-tiba saya mengalihkan perhatian kepada telefon bimbit. Tertera tarikh baru hari ini, 23 Julai 2011, 22 Sya’ban 1432H, hari Sabtu.

“Allah, walimah Kalthum hari ni lah!” saya terjerit kecil.

Read the rest of this entry »

2 Comments »

214- Nota Si Pengambil Order 10

~Jom renung-renungkan dan selamat beramal~

Jam menunjukkan tepat 12  tengah malam. Pelanggan mula sedikit lengang lantas kami mengambil kesempatan untuk berehat sebentar bagi melepaskan lelah.

Kami memilih untuk duduk beramai-ramai di meja berlabel C1 yang berbumbungkan langit serta berlantaikan tanah. Angin malam berhembus lembut seraya menambahkan damai di hati.

*****

“Chik, apa pendapat Achik tentang beberapa orang Ustazah yang berda’wah tapi dalam masa yang sama, pakaian mereka sendiri tidak menepati syariat?” tiba-tiba Kaktam mengajukan soalan sekaligus membuka topik perbincangan baru pada malam itu.

Read the rest of this entry »

Leave a comment »