**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

210- Nota Si Pengambil Order 6

on June 18, 2011

Cuti sekolah selama 2 minggu yang lalu telah berakhir. Adik, Anjang, dan Bang Is sudah kembali semula ke sekolah masing-masing. Tiada lagi kelibat mereka di restoran Abang Hafiz 2. Hanya tinggal saya, Kaktam, dan Kak Uda serta pekerja-pekerja yang lain.

“Atam berhenti hujung bulan ni tau!”

“Achik pun nak!”

“Kokde pun sekali!”

Masing-masing berebut mencari tarikh untuk berhenti kerja. Penat dan jemu katanya.

~JEMUkah Mereka?~

*****

Berbicara tentang jemu mengingatkan saya kepada pesanan seorang pakar motivasi. Katanya;

Rasa jemu, bosan, atau boring adalah rasa yang pasti ada pada manusia. Ia sememangnya normal tetapi akan bertukar menjadi tidak normal apabila ia dibiarkan menjadi penjajah kepada hati kita. Sehinggakan menghalang produktiviti dan kreativiti seorang Muslim dalam kehidupan.

Kejemuan adalah buah, benih asalnya ada dalam diri setiap insan. Andai kita gagal mengenal diri [ dari mana kita datang, kenapa kita di sini, ke mana kita selepas ini ], rasa jemu, bosan, atau boring itu pasti akan menyinggah.

Rasa JEMU senjata syaitan. Kerana JEMU jugalah ramai pejuang yang tersungkur di jalan perjuangan. JEMU membuah FUTUR!

*****

~Semangat Jitu Hasilnya Maju~

Terapi untuk menangani rasa jemu, bosan, atau boring :

1- Letakkan dengan jelas hala tuju dan matlamat hidup. Kita berada di dunia ini dengan matlamat yang perlu disempurnakan, juga ada amanah yang telah dipikulkan. Hidup ini terlalu singkat dan ia akan menjadi bertambah singkat apabila kita membuang masa!

“Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadah kepadaKu”

Az-Zariyat : 56

2- Zikrulmaut! Mengingati mati juga adalah penawar buat kita yang asyik digayuti rasa jemu. Dengan mengingati mati, hati akan insaf namun segar dan bersemangat untuk memenuhkan baki hidupnya dengan amalan kebaikan.

3- Zikrullah dan Al-Quran. Hati akan kering-kontang tanpa 2 unsur ini. Sepertimana ikan akan mati tanpa air, bagitulah hati kita jika tidak disuburkan dengan zikir dan Al-Quran. Rasa jemu adalah akibat kita terpisah daripada kedua-dua unsur ini. Saya sedang mengalaminya, juga sedang merawatinya.

4- Berjalan, melihat, mentafsir. Dalam erti kata lain, bermusafirlah. Dalam musafir itu ada hikmah, akal kan lebih berdaya fikir, hati kan diresapi semangat yang segar. Jauh perjalanan, luas pemandangan dan pengalaman.

5- Berdo’a, dan terus berdo’a. Allah lah sebaik-baik pergantungan dan harapan. DIA lah yang memegang hati-hati kita. Mohonlah agar dijauhkan serta dipulihkan hati daripada bahaya sifat jemu, bosan, atau boring ini!

*****

Malaikat pencatat amal tidak pernah JEMU dalam mencatat amalan kita selaku hamba. Kerana itu, JEMUkah kita dalam mengisi ‘bakul amalan’ untuk bekalan AKHIRAT?

Nota kaki :

1- Ayam menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian saya, huhu. Potong-memotong, lapah-melapah. 20kg sehari pun saya boleh siapkan. Bila rasa JEMU, ayam hidup yang saya kejar. Akhirnya, saya yang dikejar kembali, padan dengan muka sendiri, err~

2- Membantu di restoran menyebabkan kita perlu menjadi serba tahu, tahu serba serbi. Memotong, memasak, menyiang, membasuh, membancuh, dan lain-lain. Kesakitan dan kecederaan yang sedikit atau banyak, acap kali perlu diabaikan. Tak luka sehari tak sah, tak sakit sehari tak gah.

3- Rokok tidak dijual di sini. Bekas habuk rokok juga tidak disediakan. Kalau tak merokok di sini itu bagus. Kalau berhenti merokok terus lagi hebat. Ini salah satu cara kami untuk menyuburkan gaya hidup sihat kepada para pekerja, pelanggan, dan semua. Kita perlukan Muslim yang sihat dan kuat untuk agenda dan kerja-kerja Islam yang lebih besar. Badan kita juga ada hak yang perlu kita tunaikan!

4- Sudah lebih 10 helai kertas kecil kami contengkan dengan lukisan ketika menanti kehadiran pelanggan. Boleh buat galeri Restoran Hafiz Tom Yam and Seafood agaknya lepas ni 🙂

~Fighting!~

Advertisements

One response to “210- Nota Si Pengambil Order 6

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: