**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

209- Sanjungan Buat Uwan

on June 15, 2011

~Sanah Helwah Uwan; 16 Mei~

Uwan adalah panggilan saya buat ibu kepada Emak. Orang lain mungkin ada yang memanggil nenek, atuk, opah, nyai, grandma, dan lain-lain. Ikut keselesaan atau kebiasaan rasanya.

Uwan yang saya kenal adalah seorang yang garang. Tetapi garang Uwan penuh sayang. Uwan garang apabila kami; tidak mahu mengaji Al-Quran, bermain di waktu tengah hari yang panas terik, duduk menghadap TV hingga larut malam atau lama-lama sehingga lewat solat, lupa buat kerja rumah dan kerja sekolah, serta banyak lagi perkara yang merupakan kesilapan kami sendiri. Kesimpulannya, Uwan garang bertempat dan bersebab.

Namun, Uwan tidak cepat tangan. Hanya mulut Uwan sahaja akan sedikit bising mengingatkan kami itu dan ini. Bersama Uwan, bukan jaminan kemewahan yang disediakan. Sebaliknya Uwan tegar mengingatkan kami untuk belajar dan belajar. Pada Uwan, hanya dengan pendidikan lah jaminan masa hadapan. Terutamanya belajar ilmu agama.

Bahasa Arab, bahasa yang paling Uwan minat. Bahasa Al-Quran katanya. Sebab itu IKIM.fm menjadi peneman setia Uwan setiap hari. Mendengar slot Bahasa Arab, tazkirah-tazkirah ringkas, dan lain-lain. Buku catatan Bahasa Arab Uwan sudah semakin banyak. Tradisi menuntu ilmu adalah warisan Uwan yang paling membenih dalam jiwa kami. Jangan pernah jemu, nanti hilang rindu, untuk bertemu dengan rabbi yang Maha Satu.

Solat 5 waktu dan menutup aurat adalah 2 perkara yang paling Uwan titik beratkan. Seandainya kami sedikit culas, Uwan takkan teragak-agak untuk menegur. Sampaikan ada sebahagian daripada kami yang mengelak untuk pulang ke kampung, supaya tidak menerima teguran secara live dari Uwan. Macam-macam kan?

Tuntasnya, Uwan lah tempat semua orang menumpang kasih. Belajar erti disiplin, belajar memasak, belajar akhlak, belajar erti kehidupan. Masa berlalu dan Uwan kian digayuti usia tua. Ketika usianya kini meniti 70-an, Uwan tidak lagi sekuat dan sesihat dahulu. Uwan semakin uzur namun semangatnya masih kekal jitu dan waja.

Setiap bulan, sudah sedia ada appoiment di klinik. Peneman setia Uwan ke klinik pastilah anak-anak atau cucu-cucu yang berkelapangan. “Achik tolong kurangkan garam ye, Uwan kena jaga makan, nanti kena marah dengan doktor,” katanya ketika kami membantu menyediakan makanan tengah hari di dapur. Alahai, kasihan Uwan.

Di rumah Uwan, kami sediakan kerusi roda, dan 2 tongkat yang berbeza jenis. Semuanya dengan harapan dapat memudahkan Uwan untuk bergerak, insha allah.

Wajah Uwan sentiasa memancarkan sinar bahagia setiap kali kami datang menziarahi. Bertukar-tukar cerita sambil membantu Uwan memasak, mengemas, dan menyidai baju di ampaian kecil di sudut tangga.

“Agak-agaknya, larat tak Uwan untuk puasa lagi dalam bulan Ramadhan nanti ye chik?” luah Uwan tadi; sebelum kami melangkah pulang ke rumah semula. Allah, terdiam kami tanpa jawapan.

Uwan, moga Allah terus memberkati dan menyayangi mu. Kami bersyukur dengan kehadiran Uwan dalam hidup ini, terima kasih Uwan.

Allahumma barik laha, fil ‘umuriha, waajirha hasanatan ad-dunya wal akhirah, amin ya rabb.

P/S : Gambar Uwan akan disertakan nanti 🙂

Advertisements

4 responses to “209- Sanjungan Buat Uwan

  1. busu says:

    Sesungguhnya Uwan telah menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam, Isteri, Ibu, pemimpin keluarga, pendidik, jiran ,dan segala-galanya yang boleh dibayangkan. Busu bersyukur ke hadrat ilahi kerana dilahirkan sebagai zuriat kepada uwan , dan mendapat didikan secara terus dari uwan merupakan sesuatu cukup istimewa . Semoga akan ada di kalangan zuriatnya yang mewarisi kecekalan , ketahanan, keimanan dan ketakwaan uwan . dan semoga uwan sentiasa di rahmati Allah.

  2. afifahazam says:

    hmm..bile jmpe doc msti drh uwan tinggi..uwan ckp kt doc; “drh saya tinggi bile nk jmpe doc je, sbb mse check sendiri kt umah ok jer”..hehe..uwan2… -kaktam-

  3. kaklang 'izzati says:

    satu perkara yang sangat kaklang kagum dengan uwan:amalan qiyamullail yang tak pernah tinggal.dalam keadaan sakit kaki tu,uwan tetap gagahkan diri untuk bangun sampai 2 kali pegi ambil wudhu'(tahajud+subuh).ingat lagi ada yang cakap kat uwan nak buat tandas dekat ngan bilik uwan tu,tapi uwan cakap “takyah la,xelok bilik air kat depan”..uwan…

  4. worthytrade says:

    Sangat rindu pd Uwan, moga Allah sentiasa memberkati dan menyayangi Uwan. Terima kasih atas segala ilmu kehidupan dan ketaqwaan kepada Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: