**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

208- Menuju Puncak

on June 12, 2011

~Seoptimis dan sepositif beliau~

Hidup ini pilihan. Antara dua, mungkin antara tiga, dan mungkin juga lebih. Terpulang kepada kita untuk memilih mana yang terbaik untuk diri masing-masing.

Dalam konteks perkara positif dan negatif, kita lazim untuk memilih perkara negatif. Apa buktinya?

Kita ada ramai tokoh-tokoh yang berjaya dalam bidang mereka seperti Dr Yusof Al-Qaradawi, Dr Afifi, Dr Zakir Naik, Sheikh Yusof Hamza, Syed Naquib Al-Attas, Raihan, Lionel Messi, Usman Awang, dan ramai lagi.

Tetapi media memilih untuk menyiarkan tentang sisi negatif tokoh-tokoh tertentu seperti Strauss-Khan, Bill Clinton, Saddam Hussin, Ryan Giggs, Rihanna, dan lain-lain.

Kita boleh memilih untuk menyebarkan berita kebahagiaan kehidupan, tetapi lebih memilih untuk menyiarkan kes-kes penceraiaan, buang anak, dan keruntuhan sesebuah institusi keluarga.

Kita boleh memaparkan kisah-kisah teladan dalam filem tetapi lebih mahu menyerlahkan kes-kes sosial seperti zina, gangster, suasana disko, cinta terhalang, dan perkara-perkara tahyul.

Dalam da’wah, kita dimomokkan dengan kesusahan dan kesukaran yang ada, walhal, ada manisnya di sebalik semua itu. Nikmat ukhuwwah dan tarbiyyah yang tak berbelah bahagi, itu hikmahnya.

Apabila terlalu banyak sisi negatif yang dipilih, kita seolah-olah terlupa bahawa Allah telah menyediakan banyak sisi positif dan kebaikan untuk kita di dunia dan di akhirat kelak. Ayuh, optimislah wahai Muslim.

Mengambil yang negatif sebagai pengajaran itu tidak salah, namun membuang yang positif terus daripada hidup akan menyebabkan kesedihan dan kemuraman yang berpanjangan.

*****

Lega, alhamdulillah. Itu sahaja kata-kata yang saya dapat lafazkan sebaik sahaja selesai berprogram bersama adik-adik Tingkatan 4 2011 di Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan.

Ini pertama kali saya mengendalikan satu slot khusus seorang diri. Sepenuhnya di bawah kekreatifan saya dengan bantuan Cikgu Muhammad and the gang.

Apa-apa pun;

1-      Terima kasih kalian atas perhatian dan keterlibatan.

2-      Ammar, Fatin, Aizuddin, Farah, Farid, dan Ruzaini, insha allah ada hadiah menanti kalian berenam.

3-      Adik-adik yang hadir sedikit lewat ke program, teguran yang Achik bagi bukan untuk menyalahkan kalian. Ia hanya sebagai peringatan untuk yang lain. Lagipun, Achik tahu, masing-masing ada urusan yang mungkin perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dan seperti yang Achik ada sebut juga, Achik pernah melakukan kesilapan yang sama dahulu.

4-      Untuk kalian semua, Achik bukan bertujuan untuk mengajak kalian sama-sama berkampung di Jordan ye, hehe. Masa hadapan kalian ada di tangan masing-masing. Insha allah, Achik akan membantu dari segi panduan dan nasihat.

5-      Saya dihadiahkan sebungkus biskut Sultana oleh Wan. Sedikit teruja kerana sudah hampir 5 tahun saya ‘kehilangan’ biskut tersebut, err~

6-      Jazakumullah untuk nasihat dan harapan kalian dalam surat-surat cinta yang berjumlah 100 lebih helaian itu. Terus saling mendo’akan ye!~

7-      Bersyukur kerana dapat berkongsi sesuatu untuk mereka walaupun pada mulanya sedikit bimbang. Terima kasih adik-adik Muslimin [istilah di Maahad] atas penerimaan kalian. Apabila seorang P berperanan di hadapan, reaksi dan respon peserta L adalah yang paling diberi perhatian. Risau tidak mencapai piawaian yang ditetapkan, takut pengisian yang disediakan tidak sampai kepada mereka.

Advertisements

One response to “208- Menuju Puncak

  1. -cassam0da- says:

    Syabas dan tahniah buat anda!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: