**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

204- RATU Selepas Berinai

on June 10, 2011

~Penyatuan 2 Jiwa~

Akhawat sebenarnya memainkan peranan yang sangat besar dalam banyak bidang terutamanya dalam soal pengurusan rumah tangga. Lazim kita mendengar pepatah keramat “di sebalik kejayaan seorang lelaki, tulang belakangnya ialah seorang perempuan.” Maka kami, Afifah Ramli dan ‘Afifah Azammengambil kesempatan untuk menziarahi pasangan-pasangan mutazawwij yang berada di Mu’tah bagi bertanyakan pengalaman mereka.

Fokus utama kami kali ini ialah untuk mendengar pendapat sang suami tentang isteri masing-masing dalam mempengaruhi perjalanan hidup mereka setelah berkahwin. Kami berkesempatan untuk menziarahi Shah Reza dan Kak Maiza, Abang Wan dan Kak Imah, Farid dan Kak Nurul, serta Ustaz Ihsan dan Kak Tiqah.

***

Keramahan Abang Wan dan Kak Imah serta kelincahan anak sulung mereka yang masih kecil, Mamat membuatkan keluarga ini amat mudah didekati. Mereka menyambut kami dengan senyuman mesra di muka pintu.

Menurut Abang Wan, kayu ukur utama dalam memilih isteri adalah agama dan akhlak kerana itulah pelengkap sebenar antara satu sama lain. “ Kecantikan tu bukan satu keutamaan sebab bila kita dah berkahwin ni, kita sebenarnya seolah-olah seperti sedang taaruf buat kali kedua,” ulas Abang Wan sambil melihat Kak Imah melayan kerenah Mamat yang tidak mahu duduk diam. Dengan meletakkan agama sebagai ciri-ciri utama lah dapat mempengaruhi kemampuan sesuatu pasangan untuk terus berusaha mempertahankan kebahagiaan rumah tangga.

“Perkahwinan ini sebenarnya mematangkan kita untuk menerima suasana baru serta mempraktikkan ilmu-ilmu kekeluargaan yang kita ada dalam mengawal bahtera yang sedang dilayari bersama,” cerita Abang Wan berkaitan pengalaman perkahwinannya. “Hatta pengurusan hidup, emosi, kewangan, dan hal-hal lain turut akan kita pelajari sepenuhnya di alam rumah tangga ini.”

Menurut pandangan Kak Imah berkaitan tanggungjawab seorang isteri, beliau lebih selesa untuk menjadi suri rumah sepenuh masa untuk suami dan anak-anak di samping berusaha menjana ekonomi keluarga dari rumah. Misalannya menjahit, mengambil tempahan untuk memasak, dan lain-lain lagi. Ini bagi menjamin kualiti masa yang ada untuk dihabiskan bersama-sama.

Apabila kami mengajukan pertanyaan berkaitan isu berkahwin awal dalam kalangan pelajar, Abang Wan dan Kak Imah menganggap perkahwinan itu sesuai apabila sudah berada di penghujung pengajian, bukan di awal-awal tahun pengajian. Hal ini demikian kerana, banyak perkara yang perlu difikirkan dan dilaksanakan sebaik sahaja telah berkahwin nanti. Soal ekonomi, pengurusan masa, pengawalan emosi, pencapaian akademik, hinggalah soal untuk menerima ‘warna’ sebenar pasangan masing-masing.

Mereka berdua turut mengingatkan supaya setiap pasangan suami isteri sentiasa bersedia untuk kekangan-kekangan yang bakal mendatang. Contohnya andai salah seorang daripada mereka pergi dahulu, ekonomi meleset, dan sebagainya.Mereka juga menekankan isu tarbiyyah yang perlu diberikan penekanan kepada anak-anak yang perlulah bermula daripada ibu bapa terlebih dahulu. Pesanan terakhir Abang Wan dan Kak Imah ialah betapa manusia itu sentiasa berubah dari masa ke semasa jadi tugas kita ialah untuk membiasakan diri dengan perubahan yang baru itu. Urus, tangani, dan atasi lah semuanya dengan baik.

***

Farid pula menganggap kefahaman dan kesabaran adalah ciri-ciri utama yang beliau impikan dan Alhamdulillah kedua-dua ciri ini dimiliki oleh isteri beliau, Kak Nurul. Beliau juga beranggapan bahawa sesebuah perkahwinan itu menyebabkan kehidupan lebih tenang, ibadah lebih terpelihara, serta kehidupan pula menjadi lebih tersusun.

Berdasarkan pengalaman mereka, lazimnya sebelum berkahwin kita lebih banyak memikirkan diri sendiri berbanding orang lain. Namun, sebaik sahaja telah masuk ke alam perkahwinan, semua itu akan berubah atas dasar tanggungjawab antara satu sama lain untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

Pengalaman Kak Nurul sebagai isteri yang menemani suami untuk melanjutkan pengajian di luar Negara pula tidak kurang menariknya. Kak Nurul sanggup menangguhkan sementara pengajian beliau di universiti tempatan di Malaysia untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sering berada di samping suami. “Mengeluh sekali sekala tu ada juga sebenarnya tapi selepas itu secara automatik akan berusaha sendiri untuk memujuk kembali hati ini bahawa itulah jalan yang telah dipilih dan semuanya pasti ada hikmah yang tersembunyi,”Kak Nurul bercerita dengan nada ceria sambil melayan kerenah Naura Auni.

***

Shah Reza juga tidak menafikan bahawa wujud perbezaan yang amat ketara ketika sebelum berkahwin dan selepas berkahwin. Mendapat isteri setenang dan selembut Kak Maiza melengkapkan hidup beliau sebagai seorang lelaki. “Kak Maiza mahir membuat kerja-kerja sebagai suri rumah dan mendengar kata, maka itu memudahkan lagi kami dalam melayari rumah tangga,” terang Shah dengan panjang lebar. Beliau turut meyakinkan bahawa apabila telah berkahwin maka insha allah pintu rezeki itu ada sahaja di mana-mana tanpa perlu terlampau dirisaukan. Mereka berdua sedang menghitung hari untuk menimang cahaya mata sulung hujung tahun ini, insha allah.

***

Ustaz Ihsan menceriakan perbualan kami dengan bercerita bibit-bibit awal perkenalan beliau bersama isteri, Kak Tiqah.”Ana mengagumi Kak Tiqah kalian yang tidak pernah bergaul secara terlampau terbuka,” cerita Ustaz Ihsan dengan panjang lebar. Kak Tiqah hanya tersenyum simpul sambil membetulkan kedudukan kain selimut anak sulung mereka, Nurul Ain Zinnirah. Mereka juga meninggalkan pesanan supaya yakin dengan rezeki yang Allah telah dijanjikan untuk semua hambanya yang telah termaktub dalam Surah AnNur ayat 32 yang berbunyi;

“ Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberiannNya), Maha Mengetahui. “

***

Wallahu’alam, moga ada manfaat untuk kita semua, ameen.

***

INFO TAMBAHAN :

1) Abang Wan dikenali sebagai ‘pakar motivasi’ Mu’tah!

2) Kak Imah merupakan tenaga pengajar utama silat untuk akhawat.

3) Farid dan Kak Nurul mudah menghulurkan bantuan bila-bila diperlukan.

4) Shah adalah salah seorang ‘Iron Chef’ Mu’tah.

5) Kak Maiza sangat lemah-lembut dalam bila berkata-kata.

6) Ustaz Ihsan dan Kak Tiqah sentiasa membuatkan orang sekeliling tidak kering gusi dengan mereka.

P/S : Artikel ini ditulis pada 17 Julai 2010 di blog kedua yang kini sedang dibaik pulih 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: