**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

203- Untuk Terakhir Kali

on June 4, 2011

~Pelbagai Ragam Supaya Semua Faham~

Sepanjang 3 tahun saya berada di Jordan, terlibat dengan banyak organisasi dan program sudah menjadi lumrah. Bergaul dengan pelbagai jenis manusia dan ragamnya sudah menjadi kebiasaan. Maka banyaklah perkara yang dapat dipelajari samada positif mahupun negatif.

Semua yang dipelajari membuatkan kita merenung tentang cara terbaik untuk menangani semua keadaan dengan berkesan. Silap langkah, kita pasti terjerumus kepada situasi yang lebih buruk dan teruk sedangkan masalah pokok tidak selesai.

Penyelesaian tuntas sebenarnya ada pada minda seorang pemimpin (da’ei). Minda yang bagaimana yang dapat menghasilkan natijah seperti ini?

“Kita adalah orang yang membuat kerja, bukan tukang cerita.”

“Kita adalah insan yang menawarkan penyelesaian, bukan sekadar membentang fakta.”

“Kita adalah orang yang mendekati lapangan dan turun padang, bukan berkubu di mimbar lalu melancarkan serangan.”

“Kita jugalah yang menyelesaikan pelbagai isu, bukan memanfaatkan isu untuk kepentingan lain.”

“Seharusnya juga, kita menjadi bahu untuk memikul amanah agama, bukan menjadi mulut semata-mata.”

Minda sebegini yang telah diterapkan kepada saya sepanjang 3 tahun di sini. Inilah yang saya dan kami semua pelajari, alhamdulillah. Maka saya catitkan kesemuanya di atas sebagai pesan buat semua. Banyak yang boleh kita lakukan sebenarnya, dengan syarat setiap daripada kita tahu peranan dan bertindak serentak. Nah, pasti yang terbaik itu untuk kita, atas kurniaan dariNya!~

Baik dan buruk, suka dan duka, gembira dan derita, tawa dan tangis, itu sifir kemanusiaan, itulah seni kehidupan. Hidup pasti akan menjadi lebih bahagia dan senyuman akan senantiasa terukir dengan rela. Bukan kerana tidak disusah-susahkan oleh masalah, tetapi apabila kita dapat menghadapi masalah dan kesusahan itu dengan cara yang betul, dan berusaha menangani semuanya dengan semampu mungkin.

Saya mahu mengakhiri semuanya di sana, sepertimana Saifullah Khalid Al-Walid mengimpikan dirinya syahid di medan perang tetapi akhirnya pergi tak kembali kepada yang Esa di atas sebuah katil usang. Saya? Di saat mereka menamatkan semuanya di Dewan Masrah, saya mengikuti semua perkembangan hanya dari Malaysia, menyimpan resah dan gelisah sendirian. Hanya do’a menjadi kiriman dari kejauhan. Moga yang terbaik untuk kalian!~

P/S : Dedikasi khas buat adik-beradik pimpinan PERMATA 2010/2011; Akh Hussin, Akh Awis, Akh Shahid, Akh Azmir, Akh Rasyidi, Akh Amiro, Akh Nazmi, Akh Ihsan, Akh Ali, Akh Fadzil, Akh Syafiq, Ukht Farhain, Ukht Fatimah, Ukht ‘Aisyah, Ukht Aziah, Ukht Zureen, Ukht Fatin, Ukht Insyirah, Ukht Sya’wanah, Ukht Nawwar, team Jabatan Kesetiausahaan (JSU); Akh Shaiffudin, Akh Nabil, Ukht Fatihah, Ukht WanDa, barisan penasihat PERMATA; Akh Ridzuan, Akh Azmuddin, Akh Amiruddin, Ukht Aisyah, serta seluruh adik-beradik PERMATA dan HELWANIS 3C yang lain umumnya. Teruskan langkahan ke arah keredhaan Tuhan!~

~Betapa Banyak Beza Untuk Membentuk Sempurna~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: