**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

200- Nota Si Pengambil Order 4

on June 1, 2011

~Bangkitlah Kembali~

Azam membuat keputusan untuk berhenti lebih awal. Mahu membuat sedikit persediaan sebelum masuk ke kolej katanya. Ahh, ini agak menggangu kami sebenarnya. Kami tidak ramai di sini, maka apabila seorang tiada, akan sedikit pincang segala kerja.

Orang sangat ramai malam ini. “Kenapa ea orang ramai sangat ni?” saya dan Kaktam memikirkan faktor dan punca.

“Orang dapat gaji dalam 2 hari lagi,” Kaktam memulakan konklusi pertama.

“Nak kata ada bola, match Barcelona dan Manchester United bukan hari ni tapi, esok,” saya menyambung.

“Ahh, dahlah, keje jom!” serentak kami bangun menyambung tugas.

Tanpa kami sedar, kami semua sama-sama emosi malam ini, sedikit tertekan mungkin. Air muka yang masam kelat, berpura-pura tersenyum hanyalah di hadapan pelanggan. Haha, hipokritnya kami.

Saya mungkin yang paling teruk pada malam ini kerna buat pertama kalinya berhadapan dengan pelanggan yang banyak kerenah. Kalau kerenah untuk keinginan makanan dan minuman masing-masing, saya tidak kisah. Tapi kalau dah sampai mengambil kesempatan terhadap kami sebagai perempuan, itu mencari masalah namanya. Saya masih ada sisa sabar maka, tiada tengkingan yang mereka terima. Haih, manusia, manusia. Hanya istighfar menjadi teman kami.

Kami perempuan, kami Muslim, kami cuma mahu dihormati, sukarkah untuk memberikannya?

Emosi yang tidak stabil menyebabkan saya membuat banyak kesilapan hari ini. Semakin rasa diri tidak dipercayai untuk beberapa tugas tertentu. Alahai, lemahnya jiwa!~

Nota kaki :

1- Bercadang untuk memohon cuti pada esok hari. Ingin menyambung persediaan untuk study group subjek Maqosid Syariah bersama-sama sahabat di Jordan secara online. Beberapa hari lagi, mereka bakal imtihan untuk subjek ini.

2- Kasihan Kaktam, terpaksa melayan emosi saya yang sebegitu teruk. I’m sorry sis, I didn’t mean it.

3- Customer always right itu harus dikaji semula. Mereka mungkin selalu betul supaya kita memberikan khidmat terbaik untuk mereka. But in my situation right now, please, please, please, at least respect us as their waitress.

4- Teruskan melangkah, sedikit sahaja lagi!~

Advertisements

2 responses to “200- Nota Si Pengambil Order 4

  1. mira azam says:

    baru baca nota2 kakcik. :3

    customer, customer.

  2. afifahazam says:

    ces :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: