**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

199- Nota Si Pengambil Order 3

on June 1, 2011

~Kukuh Ukhuwwah, Mudah Da'wah~

Mula merasai keseronokan kegembiraan dalam kerja-kerja yang kami lakukan bersama-sama, alhamdulillah.

“Wah, ramai betul budak-budak sekolah ni turun makan sini,” kata Hafiz. Serentak kami semua mengalihkan pandangan masing-masing ke hadapan. Allah, memang ramai. Semuanya pelajar-pelajar akhawat Maahad Ahmadi Gemencheh.

Ada satu sosok tubuh yang menyebabkan saya tidak mahu berhenti daripada memerhatikan kumpulan pelajar tersebut. Saya kenal akan insan itu. Beliau salah seorang yang banyak mengajar saya tentang tarbiyyah, walau hanya dalam beberapa pertemuan di mana-mana program dan ziarah. Beliau ialah Kak Hajar, isteri Ustaz Fahri. Dengan kehadiran beliau dalam kumpulan pelajar tersebut, saya tahu, ini bukan kumpulan pelajar biasa-biasa. Mereka sedang membuat study circle. Atau mungkin boleh dipanggil sebagai jilsah ‘ilmi, halaqah usrah, PINTAR, dan TDI.

Ahh, betapa saya merindui saat-saat seperti ini. Ini peluang keemasan untuk turut serta. Sengaja saya duduk di meja yang berhampiran dengan mereka. Mencuri dengar perbualan dan pengisian yang ada. Syukran ya Allah!~

“Ni Ifah kan?” tegur Kak Hajar selepas saya menghantar makanan dan minuman yang mereka pesan. Saya tersenyum sambil mengangguk.

“Ya Allah, kenapa tak bagitau balik Malaysia? Kenapa tak tegur akak dari tadi?” Kak Hajar menyambung kata.

“Segan nak tegur dulu, tengok je dari jauh,” saya membalas.

“Cikgu, siapa kakak ni, kenalkanlah kat kitorang,” adik-adik usrah Kak Hajar ingin turut serta dalam perbualan kami.

“Ni Kak Ifah, junior cikgu, adik tuan kedai ni, eh haaa, apa lagi Ifah, cepat kenalkan diri,” Kak Hajar memberi saya sedikit ruang dan peluang untuk bersama dengan mereka.

“Hmm, nama akak ‘Afifah Binti Azam, sekarang belajar di Jordan, bulan 9 nanti insha allah akan balik ke sana semula……” saya memulakan bicara. Saya tidak dapat lama, pelanggan-pelanggan lain sedang menantikan khidmat.

“Kak Hajar sambungkanlah ta’aruf Ifah ea, hehe, kena pergi dulu ni,” saya meminta izin.

“Akak, kejap-kejap, kalo akak ni ‘Afifah binti Azam, akak lah yang ada blog tu kan? Kitorang ada baca blog akak, haaa,” beberapa orang daripada mereka teruja bercerita. Saya berlalu sambil tersenyum.

“Berapa banyak orang yang nama ‘Afifah dan berapa ramai pula ‘Afifah yang ada blog, itu mungkin bukan saya,” hati saya berbisik.

Cukup dengan hanya beberapa minit itu, ia sudah membantu saya sedikit sebanyak untuk terus bersemangat dalam setiap apa-apa yang ingin saya lakukan. Mungkin ada yang alergi dengan usrah, mungkin ada yang ingin lari jauh dari usrah.

Benci, sterotaip, skema, dan macam-macam lagi kalimah yang mereka sinonimkan dengan usrah. Terpulanglah dengan pendapat masing-masing. Cuma pada saya, kita yang mencorakkan sesuatu keadaan itu untuk menjadi begitu dan begini. Andai mahukan kebahagiaan, jangan hanya sekadar berangan dan meletakkan harapan, tapi bentukkan kebahagiaan itu sendiri dengan praktikal. Jadi sekiranya mahukan usrah yang happening dan menyeronokkan, silakan membentuk usrah yang sebegitu 🙂

Some people persue happiness, others, create it!~

Nota kaki :

1- Saya masih belum mahir dengan semua menu. Sup tulang, nasi goreng kerabu, air belimbing, dan banyak lagi, haih.

2- Menu yang tiada saya kata ada, menu yang ada saya kata tiada. Huu, sabar je lah. Maafkan saya ye pelanggan-pelanggan sekalian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: