**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

196- Nota Si Pengambil Order 1

on May 26, 2011

~in progress~

Akhirnya, saya diizinkan untuk keluar bekerja oleh keluarga, alhamdulillah.

Restoran Hafiz Tom Yam, Lot 3853, Kampung Sri Asahan, 73200, Gemencheh, Negeri Sembilan!~

Ahha, itu alamat tempat kerja saya kali ini. Tak jauh pun dari rumah, kalau jalan kaki, 5 minit pun tak sampai. Waktu kerja saya bermula pada jam 3.30 petang – 2.15 pagi. Lebih kurang 10 jam lebih jugaklah, lama ke sekejap? Huu~

Apa-pun, sekarang saya rasa, saya memerlukan cadangan jadual harian yang sesuai :

6pg :

Solat Subuh, Al-Ma’thurat, Yassin, Quran dan hafazan, Kendiri, Sapu rumah kat bahagian tingkat atas, Lipat baju, Baca surat khabar + buku-buku haraki dan ‘ilmi + artikel-artikel di internet, Update blog, jadi Setiausaha Abah!~

12 tgh/h :

Masak untuk uwan, Masak untuk rumah, Zohor dan quran, Kacau Nur Alisha Qaisara Binti Abdul Hafiz, Siap-siap pergi kerja, Greet family members!~

3.20 ptg :

Kerja!~ [Untuk mencari hikmah bermu’ayasyah wa mukhollatoh ma’annas; bergaul], Asar, Maghrib, Quran dan Al-Ma’thurat [kalau dapat sambil-sambil lah~]

2.15pg :

Balik rumah , Kemas-kemas, Tidur [Al-Mulk dan bacaan-bacaan lain jangan lupa]

4.45 pg :

Qiam

5.15 pg :

Tidur sekejap sebelum Subuh~

Macam mana dengan jadual di atas? Ok tak?

Fitrah manusia, sesuatu yang telah ditetapkan sukar untuk dipatuhi, walaupun semuanya itu untuk kebaikan diri sendiri. Contohnya, peraturan asrama, gaya pemakanan yang sihat, solat 5 waktu, dan juga jadual harian. Seboleh-bolehnya, mahu dilanggar, errr~ Jadi, mari kita sama-sama cuba tepati jadual masing-masing nak? Bagaimana? Ok, jom kita cuba guna formula 2P iaitu P.A.K.S.A. dan P.E.N.Y.E.L.I.A.

Kita PAKSA [ lawan nafsu ] diri kita patuhi jadual, dan kita minta sesiapa untuk jadi PENYELIA [ tukang ‘marah’ ] kita untuk menegur dan mengingatkan kita tentang jadual tersebut. Walaupun akan ada kemungkinan nanti untuk kita berperang mulut dengan PENYELIA kita sendiri sebab tak tahan kena warning, huu~

Writing or speaking about Islam does not make you a good Muslim but, practicing and striving by its ideals makes you one.

Kak Yati, Kak Yam, Kaktam, Hafiz, Abang Hafiz, Abang Hafiz 2, dan Azam adalah merupakan rakan sekerja saya. Kami berlapan sahaja tapi sampai 3 orang nama ‘Hafiz’ kan?

“Guna buku catatan ni untuk amek order”

“Kod-kod meja, A1-A15, B1-B9, C1-C5”

“Ni nama-nama ringkas senarai menu”

“Kemas-kemas meja, lepas tu lap”

“Kalau ada yang pesan kerang rebus, kita kena buat macam ni”

“Petang-petang, kita kemas kedai, potong ayam, sayur, bawang, dan lain-lain”

Kaktam; adik saya merangkap mentor di kedai menerangkan dengan panjang lebar. Bolehkah saya melakukan semua ini dengan baik? Allah~

Nasib baik ada sedikit pengalaman sebagai Unit Persegaran di Mu’tah, huu~ Ini peluang untuk belajar menerima arahan dengan baik dan menterjemahkannya semula dengan hasil kerja yang bagus. Nilai tambah seorang Muslim!~

“Dik, kamu tak sekolah ke esok, kerja malam-malam macam ni?” seorang pelanggan bertanya. Errkk!~

Nota Kaki :

1-      Saya masih menjalani sesi rawatan dan kuarintin.

2-      Restorang Hafiz Tomyam depan rumah saya sahaja.

3-      Abang Hafiz 2 merupakan majikan kami merangkap abang sulung saya.

4-    Sedang serampang dua mata, menerapkan usaha da’wah melalui restoran. Ala-ala konsep ‘atas-bawah’ Illuminati kah? Huu~ Menonjolkan yang zahiriah untuk menyembunyikan tujuan sebenar. Owh teori konspirasi!~

~belajar, belajar~

Advertisements

One response to “196- Nota Si Pengambil Order 1

  1. peluru_pelali says:

    sy baru lepas spm… x dpt masuk mane2 lg..nk apply keje situ jgk bley x…? tp sy ade sijil spm je lah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: