**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

187- Autobiografi Sebatang Pensil?

on April 10, 2011

 

~Kehidupan kami, kehidupan menuju Ilahi~

Termenung~ Terkenang~

Ketika TDI Qiyadi kali ke-2 di Sakinatul Wafa’, Along Atin mengajak kami mencontohi kehidupan sebatang pensil. “Aik, macam tajuk karangan waktu sekolah rendah dulu-dulu pulak, ‘Aku Sebatang Pensil’, hee~” adik-beradik pimpinan lain mencelah.

Untuk menjadi PENSIL yang terbaik, ada 5 syarat :

Pertama, untuk menjadi pensil yang terbaik, pensil tersebut mestilah berada dalam genggaman seseorang.

Kedua, sekali-sekala, pensil akan menjadi tumpul dan ketika itu, pensil perlu diasah agar kembali tajam.

Ketiga, bahagian dalaman pensil adalah bahagian yang paling berharga. KARBON dalam pensil menentukan kualiti sesebuah pensil.

Keempat, apabila pensil melakukan kesilapan, ianya boleh dan perlu dipadam kembali supaya dapat diperbetulkan.

Kelima, biarpun sukar, pensil mampu meninggalkan kesan di atas semua permukaan, sama ada lincin, kasar, tidak rata atau sekata.

*****

~Saya Mahu Benar-Benar Pulih~Ia Tidak Mustahil~

Jadi, apa kaitan kehidupan sebatang pensil dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia? Ahha, ini sebuah analogi yang baik untuk sama-sama kita renungi. Berikut adalah kesimpulan kami bersama;

Untuk menjadi MANUSIA yang terbaik, ada 5 syarat :

Pertama, untuk menjadi manusia yang terbaik kita perlu berada dalam genggaman seseorang. Siapa seseorang yang kita maksudkan di sini? Jawapannya ialah Allah Yang Maha Esa. Kita perlu berada dalam naunganNya dan membenarkan diri untuk meyakini, mengimani, mematuhi dan mentaati-Nya sepenuh hati.

Firman Allah SWT :

“ Katakanlah (Muhammad) : “ Apakah (patut) aku mencari tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitahukan-Nya kepadamu apa yang kamu dahulu kamu perselisihkan.”

Al-An’am : 164

Kedua, ada saat dan ketika, kita akan berasa lemah, rasa rendah diri, dan tidak yakin boleh memberi manfaat kepada orang lain. Maka ketika ini kita layak untuk ‘diasah’ supaya kembali ‘tajam’. Untuk menjadi manusia yang kuat, tabah, dan selalu bersemangat, kita perlu menahan kesakitan dan keperitan apabila ‘diasah’ dan diasak dengan ujian, dugaan, dan cabaran yang Allah berikan. Yakinlah, apabila kita menghadapinya dengan baik, kita akan menjadi lebih ‘tajam’ dan berkualiti daripada diri kita yang asal. Atau sekurang-kurangnya, kekal dengan kualiti yang sedia ada sebelum ini.

Firman Allah SWT :

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

Al-Ankabut : 2

Ketiga, untuk menjadi manusia yang terbaik, seseorang itu perlu memiliki bahagian dalaman yang terbaik. Apakah bahagian dalaman itu? Ia adalah HATI. Hati kita perlu dipenuhi dengan keimanan kepada Allah, sentiasa memelihara hubungan denganNya, agar ia kekal bersih, bercahaya dan berkualiti. Insha allah, dengan hati yang bersih, setiap tindakan dan kalam kita akan memberi kesan kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

Keempat, kita perlu bersedia memadam segala kesilapan kita yang bertentangan dengan suruhanNya. Cuba untuk sentiasa bertaubat dan memperbaharui taubat. Beristighfar sebanyak mungkin. Sampai satu tahap, kita bukan sahaja perlu melaksanakan suruhanNya, tetapi adalah lebih baik sekiranya kita melaksanakan perkara-perkara yang disukaiNya. Apa perbezaan di antara dua kondisi ini? Bezanya ialah, Allah SURUH kita solat 5 waktu sehari semalam tapi Allah sangat SUKA jika kita solat di awal waktu. Maka, yang mana lebih baik?

Firman Allah SWT :

” Katakanlah, “ Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

Az-Zumar : 53

Kelima, pesan Saidina Umar, kita perlu menzahirkan amalan kita dengan keikhlasan, keimanan dan keyakinan yang membulat kepada Allah. Kerna itu adalah antara cara mudah untuk kita menilai keperibadian seseorang. Penilaian batin dan dalaman adalah hak Allah. Biar pun sukar, manusia yang terbaik, akan memberikan kesan serta pengaruh terhadap orang dan suasana di sekelilingnya.

P/s : Dedikasi khas untuk Dik Jijah. Ayuh teruskan usaha membina keyakinan diri!~ 🙂 Ingat, semua manusia ingin dan mahu menjadi terbaik. Namun, hanya segelintir sahaja yang bergerak dengan bersungguh-sungguh ke arah itu.

~Terus tersenyum y0k~ Kerna senyuman itu sedekah~

Advertisements

16 responses to “187- Autobiografi Sebatang Pensil?

  1. nice entry….
    ALLAH MA3AKI YA UKHTIY ❤

  2. Kakak Farehah says:

    Terbaek la achik n atien!..moga anda sehat2 kembali 🙂

  3. nurazizah3 says:

    achik!! terharu lak jah dgn post nie T_T
    tQ achik..i’Allah, jah cuba menjadi sepertimne ideologi pensil td ..kelima2 perkara trsebut 🙂

    achik! thz s0 muchhh ❤ <3.. may Allah bless U.. Doakan yg t'baik utk jijah 🙂
    n achik, moga cpt sembuh..anda sila kuat smgt+jitu serahkn segala p'harapan pd Allah taala..jaga kesihatan, jgn stress..sntiasa senyum dn berd0a.. i'Allah semuanya akn kmbali pulih sprtmne biasa ..ameen 🙂

  4. afifahazam says:

    Akmanur Diniyyah;

    innallahama’ana ya ukhti habibti 🙂

  5. afifahazam says:

    Kakak Farehah;

    kerna kakak kami juga terbaek2 belaka 😉
    allahumma ameen, ameen ya raBB!~

  6. afifahazam says:

    nurazizah3;

    ameen ya Allah untuk kita berdua dan kita semua 🙂
    anything f0r u~~

  7. peluru_plastik says:

    ‘pensil mekanikal’ pn 0k gk k0t…
    tp ‘hasil lukisan’ guna ‘pensil biasa’ mmg lebih baik…
    cuma bila ‘karb0nnya’ dh r0sak, kita asah bnyk kali pn ‘mata pensil’ tetap mudah patah…

    p/s : abg wan kate, ‘anal0gi’ biasanya digunakan utk perumpamaan cerita dgn cerita…
    kal0 perumpamaan sesuatu dgn sesuatu, kita sebut metaf0ra~
    [ أو كما قال Abg Wan~~]

  8. afifahazam says:

    peluru_plastik;

    owh, terima kasih atas inf0 tersebut~

  9. JHaZKiTaRo says:

    salam kenal.. jemput la singgah my blog ‘Aku Sebutir Pasir’ kalau nak baca my experiences travelling ke 45 buah negara.. 🙂

  10. wak SDAR says:

    part yang nombo 4 tu agak sukar sikit.. nak ‘memadam’ sejarah silam tu agak pahit… nice analogy. really like it.. jzkk

  11. afifahazam says:

    wak SDAR;

    leave behind our past t0 stay, t0m0rr0w will be better, insha allah!~

  12. afifahazam says:

    JHazKiTaRo;

    insha allah~

  13. einsyie says:

    salam achik..moga kembali sihat..
    trus maju kehadapan…
    sayang achik~

  14. afifahazam says:

    einsyie;

    ameen2 ya raBB~~
    anda pun perlu sihat2 juga tau dik!~ 🙂
    l0ve y0u m0re^^

  15. cookiechip says:

    aza suke num 2….aza akn jdik pengasah achik…n achik wajib jd pengasah aza taw..<3

  16. afifahazam says:

    cookiechip;

    baek mem!~
    ai-ai chip 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: