**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

186- Saya Terlupa

on April 4, 2011

~Da'wah Kita Adalah Da'wah Cinta~

Kondisi kesihatan saya memang tidak baik sepanjang sebulan ini. Baik dari segi jasmani, rohani, fizikal, mental, emosi, mahupun spiritual. Maka, saya dalam proses pemulihan mungkin~

Akhirnya saya harus akui, betapa dalam pemikiran saya banyak benda yang tersimpul tanpa mampu dirungkai. Persoalan diri dan masa depan.Yang rupa-rupanya menjejaskan kesihatan.

*****

Namun beberapa hari ini, saya sedikit tersentak. Hakikatnya, saya sedang terlupa. Terlupa banyak perkara yang lebih penting daripada diri sendiri. Lebih penting dari masa depan diri ini.

Saya terlupa menghubungi keluarga, membantu adik-beradik AISJO, Sakinatul Wafa’, Ridzuan, Binafsha, pimpinan PERMATA, serta HELWANIS 3C juga.

Saya mengabaikan urusan menziarahi jiran tetangga, mengucapkan sanah helwah kepada semua, mencari masa tambahan untuk membaca, dan menyusun masa untuk usrah.

Saya alpa dalam mengambil berat isu semasa, bertanyakan khabar berita para da’ei dan mad’u, mengulang hafazan yang tersedia di minda, dan banyak lagi. Allah, betapa lekanya saya!~

Lalu, minda saya berputar ligat. Terkenang saat pemergian insan mulia; Rasulullah s.a.w. tercinta.

*****

Detik Izrail menjalankan tugas sebagai Malaikat Maut. Perlahan-lahan roh baginda ditarik. Peluh menyimbah, urat menegang. “Ya Allah, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu.

“Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antara kamu”

“Umatku, umatku, umatku”

Bisik baginda buat kali terakhir. Kemudian, berakhirlah hidup manusia mulia itu; yang memberi sinaran bak bintang dan bulan dalam kehidupan setiap insan.

*****

Duhai diri, begitu sekali Rasulullah memikirkan keadaan umat. Duhai diri, bandingkanlah dengan apa-apa yang terdapat dalam pemikiranmu ketika ini.

“Semester bila nak habis belajar ye?”

“Macam mana nak skor semula jayyid jiddan dan mumtaz?”

“Nak sambung master kat UK ke Australia?”

“Nak kerja kat mana nanti ye?”

“Nak kerja sendiri ke kerja dengan kerajaan?”

“Berapa banyak gaji boleh dapat bila kerja nanti?”

“Kereta apa dan rumah macam mana yang hendak dibeli?”

“Lepas belajar, kerja, lepas tu kahwin, lepas tu ada keluarga sendiri, haaa~”

Kata sahabat saya, inilah pemikiran yang individualistik. Di mana letaknya agenda pembangunan umat dalam kotak pemikiran kita? Sejauh mana kita memikirkan masa depan umat dan prioriti da’wah? Sedalam mana usaha kita dalam tarbiyyah dan membina generasi harapan? Harta dan pangkat boleh dicari, ia akan datang dan juga pergi. Namun, jangan sampai lupa diri.

*****

~Bersatu Itu Bermutu~

Apabila lebih banyak maslahah umat difikirkan, lebih banyak tindakan kita akan menguntungkan umat Islam. Tetapi bila banyak berfikir untuk diri sendiri, sudah tentu kita akan mendapat banyak keuntungan, namun apakah kita boleh selesa melihat umat yang sedang sengsara di luar sana dan di sekeliling kita? Lupakah kita pada hadis nabi,

Barang siapa tidak mengambil berat urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka.

Pesan sahabat saya lagi, kalaulah semua mahasiswa dalam dan luar negara berfikiran individualistik, siapakah yang akan membela nasib umat? Siapakah yang akan merangka projek-projek ekonomi untuk membasmi kemiskinan umat Islam? Da’wah juga perlukan dana, bukan mengharap pada ikhlas semata.

Siapakah pula yang akan bersungguh-sungguh merawat penyakit-penyakit yang ada pada umat? Siapakah yang akan membebaskan umat daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat?

Siapa lagi, kalau bukan kita? Yok kita memikirkan bagaimana hendak menyumbang kepada kebangkitan umat Islam. Jangan sekadar berfikir tentang kecemerlangan akademik. Kedepankan lagi ruang lingkup pemikiran. Berfikirlah di luar kotak kebiasaan!~

*****

Bagaimana hendak menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang diceburi? Bagaimana mahu mengoptimumkan kelebihan dan kelemahan sendiri supaya boleh menjadi Muslim sejati? Bagaimana cara untuk memanfaatkan kepakaran dan ijazah yang kita miliki untuk semua? Bagaimana mahu mengalahkan orang kafir dengan menggunakan senjata mereka sendiri seperti sistem demokrasi dan teknologi terkini?

Dunia ini wasilah [cara], redha Ilahi itu ghoyah [matlamat]

-Dr. Syuweis-

Adik saya pernah menegur;

If I am among of one of your precious property, please do keep me safe, take a very good care of me, do tell me if i’ve done something wrong, do correct me to be in a proper way than before, do always be with me!~

Jangan berfikir untuk diri sendiri semata, berfikirlah untuk umat juga, kerana redhaNya matlamat utama, kerana syurgaNya harapan di sana, kerana kita ada agenda yang lebih besar untuk digapai bersama. Ayuh!~

~Free, Free, Free~

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: