**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

190- Live Life To The Fullest

Read the rest of this entry »

4 Comments »

189- Takkan Pernah

Tuhan,

Terima kasihku takkan pernah terhenti,

Atas kurniaan mereka yang amat berharga ini,

Bagiku,

Mereka takkan pernah terganti.

Tuhan,

Menanti hari demi hari,

Untuk kembali ke masa lalu nanti,

Bagiku,

Ruang dan peluang ini seumpama mimpi.

~Hakuna Matata~

Bebaskan diri ini,

Terbanglah setinggi langit Ilahi,

Moga selamat pergi dan kembali.

Cinta hatiku bersemi,

Cinta kasihku berlari,

Cintailah yang Maha Tinggi,

Kerna mencintai itu pangkal awal wujud diri,

Oh, bumi ini rindukan Islam lagi!~

Read the rest of this entry »

8 Comments »

188- Berbicara Dari Jiwa

~Kosa Kata Untuk Dikota~

Hari-hari yang dilalui semakin sukar, namun, saya tidak bersendirian. Kerna kamu, anda, mereka, dan kalian terus-menerus membantu. Terima kasih.

Apa-apa pun, saya perlu memohon maaf kepada semua juga [terutama adik-beradik pimpinan dan usrah] kerna tidak lagi menghadiri program-program yang melibatkan ramai orang. Insha allah, apabila ia sedikit reda, semuanya akan kembali seperti sediakala. Moga-moga~

Namun, alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya masih waras dengan nikmat Iman dan Islam yang masih utuh dalam diri :).

Owh, sebenarnya kali ini terpanggil untuk menunaikan janji kepada beberapa orang yang bertanyakan saya tentang tips pengucapan awam. Bagaimana mahu berkata-kata dengan tenang di hadapan pendengar? Bagaimana mahu menuturkan sesuatu dengan lancar?

Ahha, sebenarnya saya bukanlah mahir dalam bidang ini. Saya pernah digelar ‘bisu’ dalam kalangan adik-beradik. Bahkan pernah juga diusik sebagai “Ifah yang halus tu nak berdebat? Biar betul?” oleh guru-guru.

Read the rest of this entry »

12 Comments »

187- Autobiografi Sebatang Pensil?

 

~Kehidupan kami, kehidupan menuju Ilahi~

Termenung~ Terkenang~

Ketika TDI Qiyadi kali ke-2 di Sakinatul Wafa’, Along Atin mengajak kami mencontohi kehidupan sebatang pensil. “Aik, macam tajuk karangan waktu sekolah rendah dulu-dulu pulak, ‘Aku Sebatang Pensil’, hee~” adik-beradik pimpinan lain mencelah.

Untuk menjadi PENSIL yang terbaik, ada 5 syarat :

Read the rest of this entry »

16 Comments »

186- Saya Terlupa

~Da'wah Kita Adalah Da'wah Cinta~

Kondisi kesihatan saya memang tidak baik sepanjang sebulan ini. Baik dari segi jasmani, rohani, fizikal, mental, emosi, mahupun spiritual. Maka, saya dalam proses pemulihan mungkin~

Akhirnya saya harus akui, betapa dalam pemikiran saya banyak benda yang tersimpul tanpa mampu dirungkai. Persoalan diri dan masa depan.Yang rupa-rupanya menjejaskan kesihatan.

*****

Namun beberapa hari ini, saya sedikit tersentak. Hakikatnya, saya sedang terlupa. Terlupa banyak perkara yang lebih penting daripada diri sendiri. Lebih penting dari masa depan diri ini.

Saya terlupa menghubungi keluarga, membantu adik-beradik AISJO, Sakinatul Wafa’, Ridzuan, Binafsha, pimpinan PERMATA, serta HELWANIS 3C juga.

Saya mengabaikan urusan menziarahi jiran tetangga, mengucapkan sanah helwah kepada semua, mencari masa tambahan untuk membaca, dan menyusun masa untuk usrah.

Saya alpa dalam mengambil berat isu semasa, bertanyakan khabar berita para da’ei dan mad’u, mengulang hafazan yang tersedia di minda, dan banyak lagi. Allah, betapa lekanya saya!~

Read the rest of this entry »

Leave a comment »