**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

180- Kukuh Ukhuwwah, Mudah Da’wah

on March 16, 2011

Dulu-dulu di Bayt Ridzuan;

“Kalau siapa-siapa nak kahwin, kena maklumkan awal-awal, semua orang wajib datang dan tolong seminggu awal, faham???” rasanya, kami semua pernah mengeluarkan kalam seperti ini. Dan pasti selepas itu, semuanya, menyahut dengan semangat dan pasrah, “Baiiiik!”

Sekali-sekala di Binafsha;

“Kalau kahwin nanti, kena buat khemah khas untuk kita-kita, rumah nenas, rumah pisang, dan rumah h0neydew, kan, kan???” item penting setiap kali berkumpul, ini lah perkaranya. Adeh, jarang-jarang dapat berjumpa, jadi riuh macam monyet jumpa bunga, err, ada kaitan ke??

Sekarang bila-bila di Sakinatul Wafa’;

“Semuanya tidur di bilik ‘kahwin’, bukan bilik ‘talak’ yang baru di’kahwin’kan ye,” pesan Ya. Hmm, baru perasan, kami ada 2 bilik tapi, yang betul-betul dimaksimakan penggunaannya hanya satu. 4 hati, 4 rasa, 1 cinta, untuk Yang Maha Bijaksana~~

*****

Saya suka bersendiri. Bercakap, bekerja, dan berjalan pun sendiri. Bila sekali jatuh, terus rebah, tak mampu tabah. Padan muka, bertuah punya ‘Afifah!~

Kemudian, apabila berada di sini, saya sedar, duduk ramai-ramai meriah, cipta dan bina ukhuwwah. Bahagia, penuh tawa dan jenaka. Tapi sedikit skema, bila berkaitan dengan hak-hak Dia. Itu tak boleh nak kompromi sangat lah kan?

Persekitaran yang baik itu sangat-sangat banyak membantu dalam membentuk peribadi seorang individu. Atau bahasa ‘SMKA SHAMS’nya = Biah Solehah 😉

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bersungguh-sungguh untuk mendidik diri. Tidak lengkap usaha mendidik diri tanpa persekitaran yang membantu. Kata seorang sahabat;

Bukan mudah hendak mencuci hati, bukan mudah hendak mengikis jahiliah diri, bukan mudah juga untuk melazimi ibadah laili. Kerana itu biah itu perlu dibajai.

Pastinya bermula dari Baiti Jannati!~

*****

Ayat-ayat seperti Ukhuwwah fillah abadan abada, Uhibbukum filllah, I love you, I miss you, Sayang anda, dan yang sama waktu dengannya. Itu semua memang mudah hendak dilafaz tetapi berat untuk dipikul. Belum termasuk lagi isu berapa ramai yang menghayati do’a rabitah? Hmm, bukan semua yang faham sedar, bukan semua yang sedar bertindak. Alahai~~

~genggam kuat-kuat, pegang erat-erat~

Kalau sudah tinggal serumah sekalipun, usaha menyubur serta menyemai cinta itu perlu selalu, sering, dan sentiasa ada. Walaupun masing-masing sesama ahli rumah sedar kepentingan tarbiyyah, kalaupun hati kita diikat dengan akidah yang satu, perjuangan dan matlamat yang satu, untuk Dia yang Maha Tinggi itu, namun, usaha untuk TAARUF, TAFAHUM, dan TAKAFUL itu pastinya perlu lebih jitu. Kerna manusia, fitrahnya sentiasa berubah. Tinggal kita sahaja perlu bijak untuk manfaatkan perubahan tersebut.

*****

Taaruf [mengenali] + Tafahum [memahami] + Takaful [membantu] = 3 rukun usrah. Ini silibus usrah, ini juga memang hakikat asas kebahagiaan sebuah keluarga di alam realiti. “Nak tahu senang, nak amal payah,” tegur seorang sahabat. Pap! Kena sebiji kat muka sendiri.

Taaruf itu saling mengenali, tahu nama, tempat tinggal, perkerjaan, ahli keluarga, juga saling menziarahi. Bukan sekadar ber‘facebooking” sebab ‘face to face’ lebih kuat kesannya walaupun mungkin kelihatan seperti lambat. Lisanul hal, aqwa min lisanul maqol.

Tafahum pula membawa maksud saling memahami, saling mengingati, memberi dan menerima nasihat, memberi dan menerima teguran, bermuhasabah tentang ketaatan dan kemaksiatan kepada Tuhan, saling berlapang dada, saling mendo’akan.

Kenapa banyak sangat saling? Kerna hidup itu indah apabila saling dalam semua perkara. What you give, you get back!~

Tegur dah, nasihat pun dah, amal tu terpulanglah, tepuk dada, tanya iman, jangan punah sudah.~

Berganding bahu bersama-sama untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan, membantu apabila diminta, membantu apabila perlu, membantu tanpa perlu diberitahu, haaa, berbeza tu. Inilah yang dinamakan takaful. Amacam? Tanya-tanya hati, agak-agak ada tak buat macam ni?

*****

Saya tidah tahu kenapa banyak memikirkan tentang ukhuwwah sejak akhir-akhir ini. Mulakan ukhuwwah, kukuhkan mahabbah, hindarkan virus-virus tak munasabah.

Hampir-hampir terlupa tentang PRU 13, tsunami di Jepun, kitab Bible Bahasa Melayu, Baby Gaga, Free Libya, dan segala bagai lagi yang berlaku di seluruh dunia yang fana ini. [Exam tak lupa pun]

Itu baru sesama di sana, di situ, dan di sini, belum dalam keluarga sendiri lagi. Isk, isk, isk~

Paling penting, dengan ukhuwwah, mampu berubah untuk Allah. Semakin luaslah atmosfera tarbiyyah.

Wahai Muslim yang sejati, muhasabah itu munasabah. Duhai diri, sudah sampai ke tahap itukah ukhuwwah?

Maaf atas semua hak-hak yang tidak tertunai. Silakan tuntut~

*****

Kenapa warga Honeydew, Pisang, dan Nenas suka cerita pasal kahwin? Huhuiii, perkahwinan bukan bererti pengakhiran sebuah persahabatan ye 😉

Ini cerita kita!~

~berdua bertiga berempat beramai-ramai lebih baik~

Advertisements

10 responses to “180- Kukuh Ukhuwwah, Mudah Da’wah

  1. ainshams says:

    salam Ifah,
    bila kita nk ketemu lagi ni?
    ta3ruf, tafahum & takaful akan sentiasa berlaku dlm kitaran kehidupan, walau merasakan dah kenal..ada lagi part yang belum dikenali.
    Erm..kenduri jangan lupa habaq mai naa =P
    take great care, dear~

  2. fatihashuib says:

    people always says action talk louder than word~
    p/s-org kadang2 dia x sebut tp action dy menunjuk tanda syg itu lebih baik kerana lebih meninggalkan kesan pada ukhuwah~
    cinta dlm hati ceewah 😛

    tanx achik 4 da msg gd luck exam smg semuanya baik2 saja ~anda boleh =)

  3. Najihah says:

    =) Ukhwah.ukhwah..ukhwah…Ya Allah manisnya Ukhwah keranaMU..

  4. farah says:

    alaa
    knp sebut nama sekolah..
    dah terindu 😦

    moga Allah permudahkan urusan kak chik selalu~

  5. awedonde says:

    بارك الله لكا ولكن

  6. afifahazam says:

    awedonde;

    allahu yubarik fik~

  7. afifahazam says:

    farah;

    errk, ok2, tak m0 sebut dah lepas ni 😉 huu~~
    ameen3, untuk anda juga ya!~

  8. afifahazam says:

    Najihah;

    semuanya indah kerna Dia yang Maha Indah!~ 🙂

  9. afifahazam says:

    fatihashuib;

    hehe, haah dik, sayang, kasih, cinta, suka, minat, sangat subjektif 🙂

    m0st welc0me dear sis, sama2 b0leh, sama2 gigih, sama2 Dia akan bagi lebih, insha allah~~

    and k0men anda pasal marriage kat FB tu resp0nnye ialah….****…teettt~~~ ngeee 😉

  10. afifahazam says:

    ainshams;

    wslm wbrkth dear
    perlu ketemu lagi
    hadiah untuk anda belum dibagi2, haaa~~
    tepat sekali kakak, kadang2 dah 10 tahun pun kawan tapi still ad benda2 baru yang akan kita tahu kemudian 🙂
    kenduri??? err, cam rahsie, tunggu anda nye tu setel dulu, baru giliran saye pula, ahhhaa~~
    fi amanillah ya ukhti habibti~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: