**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

178- Menulis Bukan Kerna Nama

on February 13, 2011

 

~teman yang tidak pernah menjauh saat diri mencari teduh~

Baru-baru ini, sekembalinya saya dari Mesir ke Jordan, ramai dalam kalangan kenalan terdekat yang sudah memiliki blog. Teruja juga saya dibuatnya dengan perkembangan positif ini.

Kata Pak Hamka, sesiapa yang sudah cukup ilmunya, maka dia akan menulis pula. Ini bukan kata-kata bernada kritikan tetapi penaik semangat untuk terus mengkaji ilmu supaya boleh bermanfaat untuk ummat.

Sesiapa sahaja boleh berblog. Tiada batas umur, ilmu, kerjaya mahupun bidang kemahirannya. Jika anda memiliki hasrat, kemahuan, keinginan dan cita-cita, anda akan menjadi seorang blogger. Syaratnya sangat mudah; anda perlu ada blog.

Tetapi, blog bagaimana yang ingin kita miliki. Apakah pengisian dan corak penulisan yang ingin kita ketengahkan dalam blog kita? Ini persoalan asas yang harus kita jawab dengan jelas.

Kita semua harus maklum bahawa apa-apa sahaja yang kita kongsikan, tuliskan, persembahkan dan catat di dalam blog akan dirakam, direkod, dinilai dan diadili oleh Allah kelak. Baik yang buruk, mahupun yang baik. Sama ada yang bermanfaat mahupun yang tidak bermanfaat. Sesekali, saya ‘menyelak’ kembali apa yang saya catatkan di ruangan blog saya ini, dan juga di mana-mana ruang maya yang pernah saya jelajahi. Allah, allah, allah~

Bekal taqwa harus ada dalam perjalanan penulisan kita. Mengapa? Kerna mudah-mudahan dengan berblog ini juga akan menjadi medan untuk kita mengumpul bekalan amalan soleh. Bagaimana?

*****

Berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya, perkara utama yang harus difokuskan dalam tujuan berblog ini ialah NIAT asal kita. Soallah diri dengan sebenar-benarnya. “Mengapakah aku berblog?”

Walaupun nampak remeh namun, pertanyaan ini sangat penting, agar kita benar-benar jelas akan matlamat, tujuan dan objektif kita dalam berblog.

Indahnya Islam, soal niat yang kecil ini menjadi perkara utama dan asas dalam beramal. Innama ‘amaalu binniyyat~

Ayuh kita tajdid niat supaya semua yang kita lakukan di alam realiti dan maya ini adalah untuk lebih dekat dengan Al-Khalik.

*****

Seterusnya, antara perkara yang tidak kurang pentingnya dalam berblog ialah KONSEP DAN TEMA penulisan blog kita. Inilah sebenarnya kekuatan blog seseorang.

Banyak sebenarnya yang boleh kita kongsikan dalam blog; hasil karya penulisan kita seperti cerpen, puisi, pantun, sajak, komik, dan sebagainya. Gambar-gambar yang ditangkap secara kreatif, ilmu berdasarkan bidang masing-masing, catatan pengalaman kembara, kisah-kisah kehidupan yang membangkitkan motivasi diri, berita-berita dunia dan fakta-fakta yang jarang-jarang diketahui umum, resepi-resepi masakan, analisis isu-isu semasa, perkongsian dan catatan kehidupan harian. Malah ramai juga yang memilih tema bebas. Terpulanglah kepada diri masing-masing. Mengikut keselesaan.

*****

Hakikat kehidupan ini, first impression atau pandangan pertama itu akan menentukan hampir semua perkara tentang sesuatu. Hal ini berkait rapat juga dengan blog yang kita miliki. Maka tidak dapat dinafikan, REKA BENTUK blog kita memainkan peranan yang sangat penting agar kelihatan menarik dan kemas. Ini sekaligus akan mencuri perhatian pembaca di luar sana.

Bagi saya, blog yang baik adalah blog yang sedap mata memandang. Simple, kemas, pemilihan warna yang baik, tulisan yang mudah dibaca, mesra pengguna dan wujud interaksi antara pemilik blog dan pembacanya. Haaa~

*****

Antara aspek penting yang lain pula ialah PENGGUNAAN BAHASA yang menjadi medium perantaraan antara penulis blog dan pembaca blog. Bagi saya, lazimnya penulis buku akan mempamerkan tulisan yang menggunakan bahasa baku yang tinggi iaitu betul dari segi penggunaan bahasanya dan tidak terlalu ‘pasar’ corak penggunaannya.

Pesan seorang senior, jika boleh, elakkan penggunaan bahasa pendek atau ringkasan yang sukar difahami. Boleh jadi, penggunaan bahasa-bahasa sebegini akan menjemukan dan membosankan pembaca. Latihlah diri untuk menggunakan perkataan yang penuh ejaannya serta dengan tatabahasa yang betul. Saya yakin, kita akan berpuas hati dengan perkongsian dan tulisan yang kita gunakan dalam blog nanti. Tapi, ini bukan bermakna kita perlu menulis dengan SKEMA, tidak sama sekali.

Cuma mungkin sekali sekala boleh juga sekiranya tema blog kita begini, cara penulisannya begini. Kalau konsep blog kita begitu, penggunaan bahasanya begitu. Andai sasaran pembaca kita adalah golongan tertentu, susun atur dan gaya bahasanya sesuai dengan golongan tersebut. Baik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, mahupun semua jenis bahasa yang ada di dunia ini.

Apa-apa pun, bahasa jiwa dan bahasa hati adalah lebih kuat. Coretlah dari lubuk hati dengan ikhlas dan rela. Kongsikan ia dengan jujur dan suka. Dari hati yang ikhlas, akan turun kepada hati yang sedar, insha allah!~

*****

Mudah sahaja untuk memulakan sesuatu, tetapi hendak kekalkan ia untuk satu tempoh yang lama adalah cabaran yang sangat besar dan tinggi. Begitu juga dalam soal berblog. Mudah sahaja untuk membuat blog, tidak sampai sejam pun. Daftar akaun, hias-hias sikit. Nah, dah siap!~

Yang sukarnya ialah untuk mengekalkan kadar pengisian blog kita secara berkala. Bagaimana mahu ISTIQOMAH?

Tiada masa, sibuk, banyak kerja, dan macam-macam lagi alasan yang boleh disediakan. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang menuntut komitmen peribadi, skrip alasan ini pasti akan digunakan.

Jika matlamat, objektif dan tujuan kita jelas, maka tunggu apa lagi? Kitalah yang akan berusaha mencari masa dan waktu untuk memberikan usaha yang terbaik. Semuanya kembali kepada kita. Saranan saya untuk kita semua :

1) Mari cuba ikhlaskan hati untuk mengemaskini kerana Dia.

2) Rancang dan susunlah waktu pemberianNya. 24 jam untuk setiap insan. Tiada lebih, tiada kurang!~

3) Disiplin, disiplin dan disiplin. Saya juga masih belajar meningkatkan diri untuk ini. Moga kita sama-sama dipermudahkan urusan.

Teringat pesanan seorang penulis; Hilal Asyraf ketika kami menyertai kursus Pengurusan Blog dan Penulisan Cerpen bersama beliau. “Paling kurang pun kita update blog kita adalah seminggu sekali. Blog ini pun sebenarnya amanah kita kepada pembaca. Mereka menanti penulisan kita selagi mana ia mendatangkan manfaat duniawi dan ukhrowi kepada mereka. Kuncinya hanya ada dua, NAK atau TAKNAK?

“Kita sebenarnya mempunyai masa. Tetapi kita hanya tidak menyusunnya. Kita sebenarnya mempunyai masa. Tetapi kita tidak merancangnya. Akhirnya kita menyatakan, “Aku tak ada masa lah.”

Semoga dengan berblog tidak menjadi fitnah kembali kepada diri kita kelak.

 

~kalau ada 25 jam pun, alwajibat masih akthar minal awqot~

Advertisements

5 responses to “178- Menulis Bukan Kerna Nama

  1. fatihashuib says:

    yurp thats right sis 😛
    bg sy blog itu sendiri mengambarkan bagaimana pemikiran dan lifestyle penulis itu sendiri
    p/s-sy rase kalo role back akk nye post lame2 penulisan akk makin matang begitu umurnya~wee……..hik3 achik wat la video blog (pls2) =)

  2. afifahazam says:

    fatihashuib;

    hehe, tajuk p0st ni berdasarkan status anda hari tu 😉

    **menggambarkan pemikiran dan lifestyle penulis itu sendiri**

    menarik kenyataan tu, sebab, ada kalanya, b0leh jadi bayang2 kita lebih laju dari diri sendiri
    means, kita tulis2 begini, orang pun anggap kita begitu [anggapan = bayang2], namun hakikatnya, amal kita yang sebenar bagaimana? sedangkan itu yang lebih utama

    pesan kakteh achik hari tu, “untuk semua da’ei lebih2 lagi bl0gger, jangan sampai bayang2 kita lebih laju diri sendiri, gah di mata pembaca dan orang sekeliling, namun, rebah di sisi Allah yang Maha Hebat”

    astaghfirullah~

    p/s : errkk, meh t0l0ng saye meh, haaa~ 😉

  3. awedonde says:

    Tq sudi mengiklankan blog….Harap dapat baca artikel terbaru pasal metodologi aliran fiqh pada zaman khilafah ar-rasyidin….Artikel itu harap disimpan untuk mnfaat plaja2 baru di Mu’tah yang mengambil subjek madkhal~

  4. afifahazam says:

    awedonde;

    welc0me!~
    aiwah, m0ga ada istifadahnya bersama
    dunia dan akhirat~

  5. ❤ sangat entri ini =)
    Salam ziarah lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: