**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

176- Diari Demonstrasi Revolusi 3

on February 7, 2011

3hb Februari 2011, Khamis

Proses evacuation ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal. Sedikit kecewa dengan pihak pengurusan. Namun, bila difikir-fikirkan, semua orang sedang bertungkus-lumus melaksanakan tugas masing-masing. Masalah yang timbul adalah masalah yang mendatang, bukan direka-reka mahupun disengajakan. Maka, hati harus redha.

Kami bergerak ke Lapangan Terbang Kaherah pada jam 8 pagi. Urusan semakin rumit. Hinggalah azan Maghrib berkumandang, kami masih belum berlepas ke Jeddah. 16 jam kami masih di luar sana. Wartawan semakin ramai menyerbu kerna kami adalah kumpulan pertama yang dipindahkan. Dimana-mana sahaja, ada kelibat mereka. Walaupun memahami itu tugas mereka namun maaflah, bila dalam tekanan, kami terasa rimas kerna kami dah hampir lemas!~

Alhamdulillah, kami tiba di Jeddah menjelang Subuh. Kami berehat selama satu jam di dalam kapal terbang kerna tangga dan bas tiada untuk digunakan untuk masuk ke bahagian departure. Lapangan Terbang Jeddah sangat sibuk.

Terima kasih Air Asia…

Mereka menenangkan kami. Wajah-wajah mereka menghadiahkan senyuman mesra. Layanan mereka tanpa rasa jemu. Kata-kata mereka mematikan kesedihan kami. Terima kasih Kapten Suresh, Kapten Dinesh, Ketua Pramugara Azhar, Pramugari Kak Mirza, dan lain-lain. Buat pertama kalinya, hampir 98% penumpang yang turun dari sebuah pesawat mengungkapkan kata-kata terima kasih dengan sebenar-benar dari hati kecil mereka kepada krew penerbangan yang terlibat. Moga Allah membimbing mereka ke arah yang lebih baik.

Pesan Emak…

“Tingkatkan kesabaran, berlapang dada antara satu sama lain, bersatu hati dan bertolak ansurlah, redha dengan ujian Allah dan bertawakkal, walau dimanapun kalian, bersabarlah, yakin dengan pertolonganNya, kami sentiasa mendo’akan!”

Hati seorang ibu selalu tepat. Kami adik-beradik kerap saling  menyalahkan apabila dalam keadaan tertekan. Selalu ada salah faham. Lalu kami perlu cuba elakkan itu semua. Always together through thick and thin!~

Saya kalah di sini. Saya tewas dengan ujian ini. Betapa saya hanyalah seorang hamba yang sering lupa. Saya perlu belajar untuk berada di bawah semula!~

Kakteh, Kaktam, and Wafa’, I’m sorry for being too emotional. When egoisme and Pre-menstrual Syndrom (PMS) mixed well, hmm~

Terima kasih Tabung Haji…

Kalian tidak cukup kakitangan, maka kami pun menghulurkan bantuan. Kalian tidak jemu tersenyum dan memberikan harapan, maka kami pun rasa tenang dan aman. Amanah ini memang untuk kalian dari Tuhan. Moga kalian terus dipermudahkan.

Kami ditempatkan di Madinatul Hujjaj. Kemudahan yang disediakan mencukupi, sesuai dengan keadaan dan jumlah kami yang ramai. Banyak pihak yang sudi menghulurkan bantuan. Jadi kesyukuran perlu kami lafazkan. Bersifat qana’ah itu satu tuntutan.

Banyak ukhuwwah yang terbina dan dikukuhkan di sini. Apa-apa sahaja yang Dia timpakan, pasti ada hikmah yang disembunyikan, Alhamdulillah.

4hb Februari 2011, Jumaat

Hari kami dipenuhkan dengan taklimat dan maklumat. Menjalani hidup seperti di asrama sekolah. Mungkin juga ada yang terasa seperti berada di kem-kem tentera. Bahkan ada yang ingin menjerit kerana terasa hidup bagaikan seorang banduan di penjara. Juga seperti pesakit terlantar di hospital.

Bangun pagi, solat Subuh, sarapan, berbual, baring-baring, main-main, tidak dibenarkan keluar demi keselamatan, ziarah-ziarah. Allah, mati kutu kami dibuatnya.

“Potensi seorang Muslim boleh beku kalau dibiarkan lama-lama macam ni, masa kosong harus dimanfaatkan bersesuaian dengan kemampuan dan situasi di hadapan,” getus hati saya.

Maka ada yang memilih untuk mengisi masa dengan online di tingkat bawah blok masing-masing. Khidmat wi-fi disediakan jadi kemudahan apa lagi yang harus dipersoalkan? Ada juga yang berjalan-jalan di seluruh Madinatul Hujjaj. Membaca buku yang sempat dibawa bersama. Menelaah semula Al-Quran bersama tafsirnya; tadabbur. Makan-makan di gerai yang ada. Menikmati roti canai yang tersedia, Alhamdulillah.

Ujian dan musibah bukan untuk melemahkan tetapi untuk kualiti Muslim itu terus ditingkatkan, moga-moga!~

5hb Februari 2011, Sabtu

Tiba-tiba Kakteh, Kaktam, dan Wafa’ diminta untuk berkemas segera. Penerbangan pada jam 9 malam ini. Jam 4.30 petang harus bergerak segera ke Lapangan Terbang Jeddah. Dalam tempoh 15 minit, mereka hilang dari depan mata. Saya ditinggalkan keseorangan. Semangat terbang entah ke mana~

Azmuddin, Kak I’ffah, Kak Dayah Fadzil, Kak Hajar, Wanda, I’zzah, dan Fatimah Khalil telah selamat tiba di Jeddah pada waktu malam. Lega melihat wajah mereka. Terima kasih yang Maha Esa.

Kami dimaklumkan bahawa Kak Umi, Kak Dayah Ismail, Kak Chacha, Kak Um, dan Mariyah telah tiba di Mu’tah, Alhamdulillah, rezeki mereka.

6hb Februari 2011, Ahad

Penerbangan ke Jordan telah disahkan pada jam 4.30 petang ini. Dalam rombongan pertama yang dipindahkan ke Jeddah, mahasiswa dari Jordan berjumlah 35 orang. Ahhaa, seperti yang saya jangka kan, kami semua memang masih ramai di Mesir. Belum kira yang belum sampai lagi bersama rombongan-rombongan seterusnya. Hmm~

Abang Hafiz, Alang Izzati, dan Abang Hanif baru tiba di Jeddah pagi ini. Sempat bertemu mereka sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Jeddah. Mudah-mudahan mereka akan segera dibawa pulang ke Malaysia.

“Alhamdulillah, we are now safely landing on Queen Alia Airport,” Ketua Pramugara mengumumkan. Kami berpandangan antara satu sama lain, tersenyum gembira. Sujud syukur segera kami tunaikan di Musolla Lapangan Terbang Queen Alia.

“Seperti mati hidup semula,” bicara seorang sahabat. “Atau seperti hidup mati semula?” saya mengusik. Lega dalam duka.

“Jangan lupa bukak office JSU ye,” Ustaz Shahid mengingatkan. Errr~

7hb Februari 2011, Isnin

Laporan untuk Education Malaysia Jordan (EMJ)telah disiapkan. Sekejap lagi saya send ye Ustaz Sulaiman~

Maafkan saya kerna tidak memaklumkan kepulangan kami. Bukan disengajakan. Semuanya berlaku dalam masa yang sangat singkat. Adik-adik Sakinatul Wafa’, jangan lancarkan perang saudara selama setahun ye, huuu~

Ini bukan mimpi ngeri, bahkan ianya pengalaman yang banyak mengajar erti, dalam usaha untuk mengenal Ilahi, juga dalam amal Islami, jangan biarkan bayang-bayang lebih laju dari hakikat sebenar individu Muslim itu sendiri.

1)      Revolusi perlu bersistem, agar semuanya boleh tersusun. Supaya tiada kuasa-kuasa asing yang masuk campur. Agar masa depan Islam lebih terjamin.

2)      Tahniah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mengisi Borang Safar sebelum keluar ke mana-mana. Kalian memang mempermudahkan urusan yang rumit ini.

3)      Bertolak ansur, berlapang dada, itu kunci semasa dalam kesusahan.

4)      Ramai dalam kalangan tuan-tuan rumah di Mesir yang turut menyertai demonstrasi itu. Remaja, kanak-kanak, mereka tidak mengenal usia. “Kami akan teruskan sehingga berjaya, kami akan syahid untuk semua ini, kenapa kalian kembali ke Malaysia, kalian tidak berani?” tanya mereka. Terdiam~

5)      Untuk rakyat Mesir, teruskan perjuangan kalian. Jauh di sudut hati, terbit rasa bersalah kerna seolah-olah keluar meninggalkan kalian tanpa meninggalkan sebarang bantuan.

6)      Allah memilih mereka yang layak untuk diuji sesuai dengan tahap keimanan masing-masing. Palestin disebut-sebut dalam hadis Nabi. Rakyat Afghanistan, Iraq, Bosnia, China, dan banyak lagi tempat yang berterusan dalam penderitaan. Kita semua bernasib baik, bersyukurlah dan berkhidmatlah untuk ummah~

7)    Kami sentiasa menghargai semua bentuk bantuan yang dihulurkan namun apabila ada dibangkit dan diwujudkan sentimen-sentimen politik dan kempen-kempen tertentu, terbit sedikit bibit-bibit kemusykilan dan kekecewaan di situ. Takpelah~

8)    Kalian yang berada di luar Mesir sebenarnya lebih banyak tahu keadaan dan situasi permasalahan yang timbul di sini berbanding kami sendiri yang terkandas di dalam Mesir. Peluang kembali semula ke Mu’tah mungkin perlu saya manfaatkan untuk mengkaji semula semua perkara.

Kembali merancang, menyusun, dan melaksanakan strategi serta amanah diri sebagai khalifah di bumi ini~

Mungkin hikmahnya ialah saya harus kembali lagi ke Mesir buat kali ke-4, siapa tahu?

Advertisements

2 responses to “176- Diari Demonstrasi Revolusi 3

  1. al-huda says:

    Allah knows bestest!
    Hamdanlillah 3la kullu ni3maHu~

    ade rezki ble2 nnt kte jumpe ok! 😉

  2. afifahazam says:

    al-huda;

    insha allah dear!~ 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: