**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

174- Diari Demonstrasi Revolusi 1

on February 2, 2011

21hb Januari 2011, Jumaat

Tiba semula di Mesir buat kali ke-3. Saya tertanya-tanya hikmah yang Allah sembunyikan untuk kali ini. Saya pasti akan mencarinya!

Sepanjang hari pertama :

  • Berehat seketika di ‘Asyir, rumah sepupu Kak Chacha bersama-sama Kak Umrah, Mariyah, dan Farhana.
  • Bergerak pulang ke RNSK. Bertemu Ayah dan Ibu serta adik-beradik Negeri Sembilan yang lain. Suka!~
  • Kakteh, Kaktam, Abang Hafiz, dan Wafa’ datang menjemput kami di RNSK. Owh, nampaknya Wafa’ dah tak kenal saya. Adeh!~ Abang Hafiz menghantar barang-barang saya ke rumah mereka di Syari’ Emtidad Ramsis terlebih dahulu.
  • Kakteh, Kaktam, Wafa’, Farhana, dan saya menaiki teksi untuk ‘Asyir semula. Menziarahi Kak Battah dan keluarga.
  • Menghantar Farhana pulang ke RNSK.

22hb Januari 2011, Sabtu

Hari kedua, saya, Kaktam, dan Farhana menyertai junior kami dari Irbid untuk berjalan-jalan di sekitar Kaherah. Sambil menikmati Kusyairi dan Makaronah. Pedas!~

  • Pemandu pelancong menceritakan asal-usul Mesir. Tak dapat dengar dengan jelas semua yang beliau ceritakan. Bahasa Inggeris beliau masih belum dapat saya fahami dengan cekap.
  • Singgah di Giza. Melawat 3 Piramid yang ada. Berhenti di Panorama dan Sphinx. Setia mendengar penerangan dari Pakcik Nabil, pemandu pelancong kami.
  • Muzium Papyrus menjadi destinasi pilihan seterusnya. Melihat cara-cara kertas dibuat daripada pokok papyrus yang hijau, comel, dan halus itu. Alamak, perut kami dah berbunyi dan menyanyi. Macam-macam lagu dah dipersembahkan. Lapar!~
  • Hooo Ooooo, balik kampung!~ Hehe, kami menziarahi Kampung Firaun. Menaiki bot kecil untuk menyusuri Sungai Nil sambil melihat sejarah kehidupan di zaman Firaun yang dipersembahkan oleh beberapa orang pelakon di pinggir sungai secara live.
  • Makan malam di Restoran Tut. Ahhaa, lega, Alhamdulillah. Selesai makan malam, kami di bawa masuk ke beberapa buah muzium dan pasar kecil. Mereka menunjukkan cara-cara membuat kaca, alat-alat perhiasan, dan lain-lain lagi.
  • Apabila melihat cara-cara membuat sesuatu benda membuatkan kami terfikir betapa untuk menghasilkan sesuatu yang cantik dan indah itu bukan mudah. Harus diberi tekanan, di bakar, di ukir, dan bermacam-macam step lagi. Ini menyedarkan kami bahawa manusia juga begitu. Andai ingin menjadi manusia yang hebat dan berguna, haruslah melalui ujian dan tekanan yang bersesuaian dan setimpal.Barulah ada perubahan dan peningkatan. Itulah TARBIYYAH!~
  • Menjelang malam, kami menaiki feri yang agak besar untuk menyusuri Sungai Nil bagi menikmati keindahan di sekitar Mesir. Sangat-sangat menenangkan. Bagaikan kembali menjadi diri sendiri. Menyelami, muhasabah, dan koreksi hati. Terima kasih ya Allah, ampuni kami ya Ilah. Teruja!~
  • Kaktam kurang sihat. Sekian, harap maklum.
  • Pulang ke rumah. Lalalala~

23hb Januari 2011, Ahad

Hari ini tidak keluar ke mana-mana. Kasihan Kaktam, huuu~ Hanya Farhana dan rombongan junior kami sahaja bergerak ke Sinai selama 2 hari untuk menyelami sejarah Nabi Musa dan usaha da’wah baginda. Hari ini dan esok. Cemburu!~

24hb Januari 2011, Isnin

Bersiap-siap untuk ke City Star sekeluarga. Selesai makan malam, Kakteh dan Abang Hafiz berkejar untuk pulang. Ada mesyuarat penting menanti. Wafa’ pun ikut serta. Aiceh, kecik-kecik dah busy~

Ahhaa, saya dan Kaktam apa lagi? Enjoy yok! Heee~ :

  • Jalan-jalan
  • Keluarkan duit
  • Ambil gambar [saya kan photographer, lalala~]
  • Makan aiskrim vs misi mencari Musolla
  • Membeli dan membelah duit yang ada, haha [shopping]
  • Cari hadiah untuk Wafa’, Banglang, Abang Hafiz, Kak Milah, dan Farhana
  • Beli jus, turun naik esceletor, dan…….

Balik rumah, letih!~

25hb Januari 2011, Selasa

Hari ini hari cuti umum untuk Mesir. Hari Polis seMesir. Kami sepatutnya bergerak ke Mansourah awal pagi supaya perjalanan menjadi mudah dan cepat.

Tapi, Abang Hafiz kata, takyahlah keluar, bahaya, dijangkakan hari ini akan dimulakan demonstrasi besar-besaran rakyat Mesir kepada pemerintah. Alahai~

Sahabat-sahabat kami memberanikan diri untuk tetap keluar. Mereka bergerak ke Mansourah menjelang petang. Kami kekal di rumah, tidak keluar ke mana-mana. Kuarintin!~

Baru teringat semalam, akhabar di internet memaklumkan, Presiden Mesir, Housni Mubarak memberikan amaran kepada semua rakyat Mesir supaya jangan sesekali membuat demonstrasi bagi mencontohi usaha Revolusi Tunisia, Algeria, dan Yaman.

Hehe, mereka peduli apa? Hak tetap hak, usaha tetap usaha, Allah tidak menilai natijah tetapi menghargai usaha yang dibuat~

26hb Januari 2011, Rabu

Demostrasi berterusan. Sahabat-sahabat yang di Mansourah pun tak dapat berjalan ke mana-mana. Keadaan tidak mengizinkan. Saya memaklumkan keadaan kami di Mesir kepada adik-beradik pimpinan PERMATA melalui YM.

Bermula hari ini, semua kemudahan ditarik dan dipotong. Tiada internet, tiada talian telefon, tiada SMS, tiada air, tiada elektrik.

Tiada itu, tiada ini!~

27hb Januari 2011, Khamis

Keadaan kembali tenang. Menjelang tengah hari, talian telefon sahaja disambung kembali. Apabila dimaklumkan bahawa sahabat-sahabat kami dari Mansourah telah pulang ke Kaherah, kami segera bersiap-siap untuk menyertai mereka. Dengan menaiki teksi, kami bersama-sama menziarahi Qol’ah Salahuddin Al-Ayyubi, menyelami keindahan ukiran di setiap binaan yang ada. Subhanallah!~

Semasa bertukar-tukar cerita dengan pengiring kami, Kak Zu, dapat kami simpulkan bahawa sebenarnya demostrasi baru-baru ini sebenarnya telah bermula lama di Alex pada akhir Oktober atau Disember 2010 yang lepas. Rentetan dari kes pembunuhan Khaled Said di tangan beberapa orang anggota polis yang dinafikan oleh pihak tersebut. Cuma, selama ini, mereka memilih untuk membuat demostrasi secara silent stand. Kali ini, bersesuaian dengan 25hb yang lalu sebagai Hari Polis, maka demonstrasi secara jahar atau terang-terangan dilancarkan!~

Juga menziarahi Masjid Al-Azhar, 4 tiang yang berbeza mengikut zaman pemerintah, jam matahari petak yang unik, kebanjiran burung merpati di jalanan, dan banyak lagi. Bertemu senior dari Irbid secara tak sengaja. Kak Izzati dan kawan-kawan, kami pasti merindui kalian!~

Kami masuk sekejap ke kawasan Hussein atau nama sebenarnya Khan El Khalili. Lazimnya, Hussein adalah syurga membeli-belah bagi penggemarnya. Namun saya, Farhana, Along, dan Kaktam sekadar berjalan-jalan sambil ditemani Kak Zu. Hanya perfume dan nasi Arab yang kami beli untuk cukup syarat, huu~

Kami bergerak pulang menjelang Maghrib. Akan berhenti di Metro Sayyidah Zainab terlebih dahulu untuk menaiki Metro dan turun di stesen Metro Damardesh. Namun, kami tersalah jalan. Lalu di lorong-lorong gelap. Tempat utama demostrasi dan banduan. Aaaaa, takut.!~ Polis dan trak-trak mereka ada di sana sini.

Dah sampai pun, fewh, Alhamdulillah!~

Alamak, kad pelajar tertinggal! Semasa di Qol’ah tadi, semua kad pelajar dikumpulkan pada Kak Lin untuk memudahkan semua urusan. Alih-alih, semua orang terlupa untuk ambil semula.

Nampaknya terpaksa menunggu lama di Metro Sayyidah Zainab. Jalan sesak, teksi yang Kak Lin naiki mungkin akan sedkit lewat. Kami memilih untuk menumpang solat di rumah Kak Zetty Sofia. Di Metro Sayyidah Zainab tiada Musolla. Heish~

Perut kami terjerit-jerit minta diisi. Maka kami panjangkan tempoh ziarah kami di rumah Kak Zetty untuk makan malam terlebih dahulu. Selesai makan dan mendapat kembali kad pelajar dari Kak Lin, kami bersiap-siap untuk pulang.

Kak Zetty dan Kak Insyirah menemani kami berempat. “Bahaya sendiri-sendiri!” kata mereka. Baiiiik~

Turun di Metro Damardesh, kami sama-sama ke rumah Ain Jalut untuk menghantar Farhana dan Along ke sana. Kebetulan, Kakteh dan Wafa’ juga menunggu kami berdua di situ. Mudah kerja!~ Sambil menikmati sedikit juadah sotong sambal, telur dadar, dan sayur kobis goreng hasil air tangan Zaiha, kami berbual-bual tentang keadaan Mesir dan menyusun kembali perjalanan yang telah dirancang.

Berita demostrasi sekali lagi kembali tersebar. Pakcik-pakcik Arab menasihatkan kami untuk berkurung di rumah masing-masing.

28hb Januari 2011, Jumaat

Rancangan kami untuk bergerak ke Mansourah hari ini dibatalkan. Perintah berkurung telah dikeluarkan. Demonstrasi besar-besaran akan diteruskan.

Kuarintin sekali lagi!~

29hb Januari 2011, Sabtu

Keadaan semakin buruk. Tembakan, jeritan, letupan, jelas kedengaran dari rumah kami. Benar-benar terbayang di fikiran, adakah ini yang dihadapi oleh rakyat Palestin setiap hari?? Bagaimana pula umat Islam yang ditindas di tempat-tempat lain??

Ketakutan dan kerisauan pasti menghiasi kamus hidup mereka setiap waktu dan ketika. Hendak dibandingkan dengan keadaan kami sekarang? Jauh berbeza, bagai langit dengan bumi!~

Setabah dan sekuat mereka, kami juga mahu begitu, insha allah. Mohon do’a daripada semua pihak. Allah, allah, allah.

Saya cuba menghubungi semua adik-beradik HELWANIS PERMATA yang masih berada di Mesir. Alhamdulillah, keadaan masing-masing baik-baik sahaja. Cuma ada salah seorang daripada kami yang terkena gas pemedih mata. Grrr~

Adik-beradik kami ada seorang di Alex, 3 orang di Mansourah, 2 orang di Mator, yang lain-lain masih di Kaherah. Kak Umi dan Kak Dayah Ismail sahaja belum dapat dihubungi. Kata Kak Rahmah, mereka telah meninggalkan Rumah Anak-anak Negeri Selangor. Hmmm, risau~

Menjelang malam, berita di TV melaporkan, pihak polis tidak lagi berkawal di kawasan demonstrasi. Mereka hilang!~ Di manakah mereka?

Tentera mengambil alih mengawal keadaan. Jenayah semakin menjadi-jadi. Kawalan yang semakin longgar di kawasan penduduk awam di ambil kesempatan oleh mereka yang berniat jahat. Banyak rumah dipecah masuk. Muzium diceroboh. Bank cuba dirompak.

Demi keselamatan bersama, penduduk mula berkawal sendiri di kawasan kejiranan masing-masing. Kayu dan parang menjadi peneman. Bunyi tembakan dan letupan masih belum berhenti di luar. Kereta kebal turut memulakan kawalan.

“Agaknya, diorang saja je buat macam tu, bagitau konon-konon pihak polis hilang, banduan-banduan terlepas, jenayah semakin banyak, buat rakyat menderita, buat orang-orang yang tengah demonstrasi rasa serba salah, arahkan tentera berkawal, tentera pun jadi hero, rakyat pun mengalah, patuh balik pada kerajaan yang lama, haaaa!” saya, Kakteh, Abang Hafiz, dan Kaktam membuat kesimpulan sendiri.

Kami bukan sengaja berkata begitu. Sejarah Mustafa Kamal Attartuk menunjukkan konspirasi seperti itu pernah terjadi. Pemerintah yang batil lazimnya akan mencari pelbagai helah untuk kekal berkuasa!~

Advertisements

2 responses to “174- Diari Demonstrasi Revolusi 1

  1. Balang says:

    Alhamdulillah..Apis, Kakteh, wafa, Kakchik dan Kaktam adalah insan yang sangat bertuah kerana telah dipilih oleh Allah SWT untuk merasai sendiri pengalaman rakyat Palestin..Balang sungguh kagum dengan kalian yang sangat tenang dan tabah dengan ujian Allah SWT..Satu balang dapat belajar dari kalian semua: Jangan begitu emosi dalam mencari penyelesaian.Apapun kerisauan balang kerana sayangkan kalian dan terpengaruh dengan info2 yang mengarut. Mujur emak cepat tegur dan memberi nasihat yang sangat berkesan. Banyak pengajaran yang balang dapat atas musibah yang berlaku pada kalian.semoga semuanya selamat dan berakhir dengan kemenangan Islam..sampaikan salam balang syg rindu buat kakteh, apis, wafa dan kaktam…

  2. afifahazam says:

    balang;

    we l0ve y0u!~ 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: