**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

179- By Chance, By Choice

Being a Muslim by chance,

They let me know,

My dad is a Muslim,

My mom is a pious womankind,

My brothers are the great fighter,

My sisters are the virtuous battler,

Me?

There are times I feel like quiting,

There are times I feel like lying,

There are times I feel like dying!~

Being a Muslim by choice,

I know by myself that,

I am a Muslim,

Time is gold,

Knowledge is worth,

Quality not quantity,

But when it have been quality,

Make it more in quantity,

Treat people equally,

Cause no one is better than another,

Except our deeds and taqwa!~

**Crying is good sometimes**

 

~Ke Arah Memahami Fiqh Interaksi Bersama Non-Muslim; Credit To PERTAMA Kali Ke-5~

Advertisements
Leave a comment »

178- Menulis Bukan Kerna Nama

 

~teman yang tidak pernah menjauh saat diri mencari teduh~

Baru-baru ini, sekembalinya saya dari Mesir ke Jordan, ramai dalam kalangan kenalan terdekat yang sudah memiliki blog. Teruja juga saya dibuatnya dengan perkembangan positif ini.

Kata Pak Hamka, sesiapa yang sudah cukup ilmunya, maka dia akan menulis pula. Ini bukan kata-kata bernada kritikan tetapi penaik semangat untuk terus mengkaji ilmu supaya boleh bermanfaat untuk ummat.

Sesiapa sahaja boleh berblog. Tiada batas umur, ilmu, kerjaya mahupun bidang kemahirannya. Jika anda memiliki hasrat, kemahuan, keinginan dan cita-cita, anda akan menjadi seorang blogger. Syaratnya sangat mudah; anda perlu ada blog.

Tetapi, blog bagaimana yang ingin kita miliki. Apakah pengisian dan corak penulisan yang ingin kita ketengahkan dalam blog kita? Ini persoalan asas yang harus kita jawab dengan jelas.

Kita semua harus maklum bahawa apa-apa sahaja yang kita kongsikan, tuliskan, persembahkan dan catat di dalam blog akan dirakam, direkod, dinilai dan diadili oleh Allah kelak. Baik yang buruk, mahupun yang baik. Sama ada yang bermanfaat mahupun yang tidak bermanfaat. Sesekali, saya ‘menyelak’ kembali apa yang saya catatkan di ruangan blog saya ini, dan juga di mana-mana ruang maya yang pernah saya jelajahi. Allah, allah, allah~

Bekal taqwa harus ada dalam perjalanan penulisan kita. Mengapa? Kerna mudah-mudahan dengan berblog ini juga akan menjadi medan untuk kita mengumpul bekalan amalan soleh. Bagaimana?

Read the rest of this entry »

5 Comments »

177- Bayang-Bayang

Bayang-bayang,

Pergi menjauh,

Pergi menghilang,

Jangan mendekat,

Jangan hadir walau sekejap,

Jangan laju melebihi had,

Kerna aku sendiri yang akan penat.

Kamu,

Kalian,

Mereka,

Rujukan kita bukan bayang-bayang nan hitam,

Ikutan kita bukan bayang-bayang nan kelam,

Contoh tauladan kita bukan bayang-bayang nan kejam,

Tapi,

Hakikat diri seorang insan,

Yang beriman kepada Tuhan.

Fahami dahulu,

Kajilah dahulu,

Hayatilah dahulu,

Kerna pandangan pertama tidak semestinya yang paling jitu,

Maafkan aku kerna tidak sesempurna itu!~

 

I Am 21 :: ~14 Rejab 1411H vs 10 Februari 1990M~ :: I Am 21

2 Comments »

176- Diari Demonstrasi Revolusi 3

3hb Februari 2011, Khamis

Proses evacuation ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal. Sedikit kecewa dengan pihak pengurusan. Namun, bila difikir-fikirkan, semua orang sedang bertungkus-lumus melaksanakan tugas masing-masing. Masalah yang timbul adalah masalah yang mendatang, bukan direka-reka mahupun disengajakan. Maka, hati harus redha.

Kami bergerak ke Lapangan Terbang Kaherah pada jam 8 pagi. Urusan semakin rumit. Hinggalah azan Maghrib berkumandang, kami masih belum berlepas ke Jeddah. 16 jam kami masih di luar sana. Wartawan semakin ramai menyerbu kerna kami adalah kumpulan pertama yang dipindahkan. Dimana-mana sahaja, ada kelibat mereka. Walaupun memahami itu tugas mereka namun maaflah, bila dalam tekanan, kami terasa rimas kerna kami dah hampir lemas!~

Alhamdulillah, kami tiba di Jeddah menjelang Subuh. Kami berehat selama satu jam di dalam kapal terbang kerna tangga dan bas tiada untuk digunakan untuk masuk ke bahagian departure. Lapangan Terbang Jeddah sangat sibuk.

Terima kasih Air Asia…

Mereka menenangkan kami. Wajah-wajah mereka menghadiahkan senyuman mesra. Layanan mereka tanpa rasa jemu. Kata-kata mereka mematikan kesedihan kami. Terima kasih Kapten Suresh, Kapten Dinesh, Ketua Pramugara Azhar, Pramugari Kak Mirza, dan lain-lain. Buat pertama kalinya, hampir 98% penumpang yang turun dari sebuah pesawat mengungkapkan kata-kata terima kasih dengan sebenar-benar dari hati kecil mereka kepada krew penerbangan yang terlibat. Moga Allah membimbing mereka ke arah yang lebih baik.

Pesan Emak…

“Tingkatkan kesabaran, berlapang dada antara satu sama lain, bersatu hati dan bertolak ansurlah, redha dengan ujian Allah dan bertawakkal, walau dimanapun kalian, bersabarlah, yakin dengan pertolonganNya, kami sentiasa mendo’akan!”

Hati seorang ibu selalu tepat. Kami adik-beradik kerap saling  menyalahkan apabila dalam keadaan tertekan. Selalu ada salah faham. Lalu kami perlu cuba elakkan itu semua. Always together through thick and thin!~

Read the rest of this entry »

2 Comments »

175- Diari Demonstrasi Revolusi 2

30hb Januari 2011, Ahad

Jam menunjukkan 3 pagi. Saya terjaga dari tidur. Allah, allah, allah, kepala semakin pening. Kesejukan mungkin. Walapun tidak sesejuk bumi syuhada’ Mu’tah, namun saya seperti biasa, masih tidak mampu menahan rasa sejuk walau sedikit, sedangkan sudah berada di Tahun 3 Pengajian. Heish!~

Kaktam masih menghadap laptop. Khusyuk meneruskan pembacaan novel seperti biasa. Saya tahu Kaktam tidak senang hati. Tidak mampu untuk melelapkan mata walau sesaat.

“Boom, boom!” kedengaran bunyi beberapa letupan. Diselangi dengan tembakan tanpa henti. Siren ambulan dan kereta polis bersilih ganti. Pekikan demi pekikan kedengaran.

“Apa tu chik? Alah, janganlah tembak-tembak lagi,” dengus Kaktam. Saya hanya diam membisu. Kedengaran Kaktam teresak-esak menangis buat kali kedua selepas semalam. Saya tahu Kaktam ketakutan. Demonstrasi ini pasti mematikan terus hasrat Kaktam untuk menyambung pengajian di luar negara. Andai keadaan mengizinkan, Kaktam pasti mahu pulang pada saat ini juga. Huuu~

Saya hilang punca. Kata-kata yang bagaimana harus saya ungkapkan untuk memujuk. “Biarlah tam, pandai-pandailah orang kat luar tu handle keadaan, kita do’a je ye,” saya bersuara sambil bingkas bangun untuk menyegarkan badan. Moga ada sinar buat kami selepas Subuh nanti.

Selepas Subuh…

Akhirnya, saya dapat menghubungi Kak Umi dan Kak Dayah Ismail. Mereka masih di Rumah Anak-anak Negeri Selangor rupa-rupanya. Mungkin Kak Rahmah tak perasan. Alhamdulillah, lega mendengar keadaan mereka. Semuanya baik-baik sahaja.

Beberapa minit kemudian, telefon saya berbunyi lagi. Orang Mu’tah nampaknya; Timbalan Presiden PERMATA. “Assalamu’alaikum Angah,” saya menjawab panggilan tersebut.

Saya melaporkan keadaan kami semua kepada Angah Ain dan juga memberikan nama ahli-ahli PERMATA yang masih berada di Mesir. Mungkin maklumat ini berguna untuk PERMATA, EMJ, dan pihak-pihak berwajib yang lain di Jordan. Terima kasih Angah Ain. Terpaksa meminta beliau yang menghubungi saya kerana credit sudah 0.00 geneih.

Selesai solat Zohor, kami sepakat untuk keluar dari rumah seketika. Melihat keadaan luar sebelum perintah berkurung bermula kembali pada jam 4 petang nanti.

“Ramainya oraaaaaaaaaaaaaang,” Kaktam dan saya terjerit kecil. Hanya senyuman sahaja yang terlukis di wajah Kakteh dan Abang Hafiz. Wafa’? A child is still a child, huuu~

Read the rest of this entry »

16 Comments »