**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

172- Akhawat Bermasalah Atau Murakib Yang Susah?

on January 4, 2011

Sudah hampir 3 tahun lebih saya menjadi sebahagian daripada keluarga besar PERMATA di Mu’tah, Jordan. Selama itu juga lah tempoh saya menadah telinga mendengar isu yang sama. Bahkan turut berusaha mencari titik persamaan mahupun jalan penyelesaian untuk isu ini. Apakah isu yang saya maksudkan?

Isunya ialah MURAKIB dan AKHAWAT.

Salah siapa? Kau, aku, dia, mereka, kita HAMBA!~

Sejak akhir-akhir ini, isu Murakib dan Akhawat kembali dibangkitkan. Status YM, status Facebook, perbualan seharian, semuanya kembali membahaskan perkara ini. Banyak pula komen, saranan, mahupun cadangan yang diutarakan. Tetapi, apa sebenarnya perkara yang diperbincangkan?

Murakib pastilah syabab. Dan akhawat pula pastilah golongan yang dimurakibkan. Apabila berlaku sebarang musibah dalam kalangan akhawat di waktu malam [waktu siang kurang menjadi isu], pastilah persoalan tentang murakib yang akan diajukan dahulu.

“Ada murakib tak waktu kejadian tu?”. Andai ‘tidak’ jawapannya, maka pastilah akhawat tersebut akan segera disalahkan. “Akhawat ni degil, ada khidmat murakib taknak minta tolong, taknak guna dengan baik, berani tak bertempat, nak tunggu benda tak baik jadi baru nak sedar!” beberapa syabab mula mengeluarkan pendapat. Pimpinan persatuan turut ligat berfikir supaya perkara buruk tidak kembali berulang.

Akhawat pula, pasti akan segera bangkit mempertahankan diri. “Kami bukan taknak murakib tapi, bila nak mintak tolong murakib, mesti ada yang taknak. Syabab suka bagi macam-macam alasan. Kadang-kadang, telefon pun tak berangkat.” bicara mereka. Adeh, kena sedas!~

Wahai syabab yang dihormati, jangan terus menuding jari kepada kami. Wahai akhawat yang disayangi, jangan terus melatah sampai lupa langit nan tinggi dan juga rumput di bumi.

MASALAH AKHAWAT

Dalam kalangan akhawat memang ada golongan yang tidak mahu menggunakan khidmat murakib. Kenapa?

1- Takut menyusahkan. Kita sama-sama pelajar, jadi rasa mengganggu andai mengambil masa syabab semata-mata untuk murakib. Majoriti berfikir begini. Tetapi sebenarnya, syabab yang faham, tak kisah pun untuk membantu. Apa lah sangat 10 minit perjalanan kalau nak dibandingkan dengan maruah dan keselamatan diri.

2- Jarak yang dekat. Sebagai contoh, rumah saya (Sakinatul Wafa’) di tengah-tengah pekan Mu’tah, juga berdekatan dengan 2 pusat utama program PERMATA iaitu PUSkMA dan WISMA N9, tak sampai 5 minit. Jadi, adakah saya dan ahli bayt saya yang lain memerlukan murakib? Jawapannya, perlu apabila perlu, tidak perlu apabila tidak perlu. Tengok keadaan!~

3- Jalan beramai-ramai. “Kami bukan jalan seorang diri. Kami jalan berkumpulan, lebih dari 3 orang,” kata mereka. Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan pendapat sebegini. Kalaulah waktu siang pun kita diganggu walaupun berjalan dalam keadaan berkumpulan lebih dari 3 orang, apatah lagi di waktu malam. Bahaya, percayalah!~

4- Boleh berdikari sendiri, juga yakin dan berani. Mereka merasakan mereka boleh sendiri, tidak memerlukan syabab sebagai peneman diri. Allah, allah, allah. Kita bermurakib sebagai langkah berhati-hati, malang tidak berbau, kalau berbau, dah lama boleh elak. Degil tak kena tempat, berani tak sempat-sempat, yakin terlampau sangat, maka jawapan mereka pastilah “Kami tak memerlukan khidmat!”

MASALAH SYABAB

Dalam kalangan syabab, ada pula golongan yang tidak mahu menjadi murakib. Mengapa?

1- Menyusahkan. “Kami pun ada urusan kami sendiri, kami pun sibuk. Malaslah.” Lalu panggilan telefon pun tidak diangkat. Menawarkan diri secara sukarela sebagai murakib? Pastinya lebih mustahil. Ahha, ini memang tak sepatutnya terjadi, dimanakah rasa tanggungjawab kita untuk saling membantu sebagai Muslim?

2- Jarak yang jauh. “Rumah kami di utara Mu’tah. Rumah akhawat tu pulak, kat selatan Mu’tah. Tak ke jauh tu kami nak menapak?” kata mereka. Hmm, yang ini, mungkin akhawat tu tak tahu rumah syabab tersebut di mana. Ataupun mungkin lebih baik telefon sahaja senarai murakib yang persatuan dah keluarkan. Yang syabab pula, andai kata tak boleh nak jadi murakib, tolong carikan sahabat-sahabat kalian lain yang sudi, mungkin lebih molek dan memudahkan.

3- Tidak mahu berseorangan. “Ingat akhawat je ke yang bahaya? Kami pun bahaya jugak kalau keluar malam-malam, takde kawan nak murakib sama-sama. Maaflah,” ini respon mereka kadang-kadang. Ajaklah beberapa orang yang lain untuk turut meneman, tak salah kan untuk berkorban? Sekali sekala je, bukan berzaman, pasti ada ganjaran yang hebat dari Tuhan.

4- Biarkan akhawat berdikari. “Takkan asyik nak harap kat kami je, cubalah balik sendiri, jalan je laju-laju, bukan jauh sangat pun!” kata mereka pula. Wujudkah golongan sebegini? Mungkin ada, mungkin sudah tidak ada. Kami mungkin kuat, namun tidak segagah kalian, kami mungkin berani, namun tak boleh berani tak bertempat. Bermurakib bukan bererti tidak berdikari, tidak bermurakib pula, nampak macam nak membunuh diri.

Maka penyelesaian bagaimanakah yang kita perlukan? KESEDARAN kedua-dua belah pihak, itu jawapannya. Tidak sedar dan tidak bertindak, tidak akan membuahkan hasil. Saling menyalahkan akan berterusan sehingga ke generasi yang terkemudian.

UNTUK AKHAWAT

Akhawat yang dikasihi, harap-harapnya kita sedar bahawa murakib-murakib ini bukannya hak milik kita sepenuhnya. Andai mahu meminta bantuan ada cara dan adabnya. Sama-sama praktikkan jom!~Andai terjadi juga perkara buruk, itu bukan kerana kita tidak bertindak, namun Allah yang berkehendak begitu sebagai ujian untuk kita.

Bagi yang tidak mahu bermurakib, semuanya di tangan kalian. Ruang dan peluang telah tersedia. Tinggal inisiatif kalian sendiri untuk memanfaatkan. Andai terjadi perkara yang tidak diingini, kalian jawablah sendiri. Jangan sampai tak mahu langsung menggunakan khidmat murakib. Sepatutnya diri sendiri tahu menilai, situasi ini perlu kepada murakib atau tidak. Kata dah besar, cakap dah matang 😉

UNTUK SYABAB

Harapnya pihak syabab dapat sedar bahawasanya pihak akhawat sebenarnya amat memerlukan bantuan kalian sebagai murakib di bumi Mu’tah ini. Betapa kami menghargai dan berterima kasih atas pertolongan yang dihulurkan. Walaupun sekadar seminit dua. Apatah lagi yang sanggup menemani untuk mengembara ke negara luar [Syiria, Turki, Mesir, Morocco, dan sebagainya]. Maklumlah, ramai juga akhawat yang teringin berjalan jauh melihat dunia orang, namun hati tak cukup berani berjalan tanpa ada syabab yang meneman. Nak dapat lampu hijau daripada ibu bapa bukan senang. Betapalah khidmat murakib itu didambakan. Jika terjadi musibah, kami mohon jangan terus disalahkan, namun buatlah sedikit penyiasatan. Tolonglah kami wahai tuan yang budiman~

CADANGAN SELINGAN

Setiap kali syabab memurakibkan akhawat, adalah lebih baik syabab jalan di HADAPAN, akhawat pula jalan di BELAKANG. Namun janganlah sampai berbatu-batu jauh pula jaraknya [ambil contoh kisah Nabi Musa a.s. dan puteri Nabi Syuaib a.s.]

Akhawat yang sedang berjalan di belakang pula, lajukanlah langkah kita, supaya tidaklah terlampau jauh sangat jarak kita dengan syabab tersebut, mudah untuk bertanyakan arah jalan. Sekiranya sedang berbual-bual, perlahankanlah sedikit suara kita ketika berbicara. Kalau boleh, tak payah cakap apa-apa pun lagi bagus. Sekadar maklumkan arah rumah sahaja. Tetapi andai berkeperluan untuk bercakap, silakan.

Adab bermusafir dan adab pergaulan masih perlu dipelihara dalam urusan murakib. Moga tidak timbul perkara lain pula dalam usaha untuk memudahkan urusan sebenar.

p/s : Jangan pula apabila berjalan dengan murakib membuatkan kita meletakkan sepenuh kepercayaan kepada murakib, sehinggakan terlupa bergantung harap kepada Allah. Teruskan berdoa’ dan berzikir sepanjang perjalanan, tidak kira jauh atau dekat jaraknya. Moga ada berkat dan redha dari Dia Yang Maha Esa.

Sekadar pandangan, semuanya dari Tuhan, wallahu’alam.

masih dalam mood imtihan, semoga najah dalam genggaman!~

Advertisements

17 responses to “172- Akhawat Bermasalah Atau Murakib Yang Susah?

  1. hisyam ahmad says:

    setuju, dan semua ini tidak akan timbul permasalahan sekiranya masing2 mengetahui tugasan n menjalankan hak masing-masing. bukan hanya tau untuk nuding jari ke sana ke sini

  2. afifahazam says:

    hisyam ahmad;

    setuju juga, masing-masing ada peranan, masing-masing ada tugasan, maka marilah sama-sama jalankan,
    insha allah yang sukar jadi mudah, yang mudah bertambah barakah~

  3. black flag from the east says:

    satu penerangan yang jelas dalam mengadaptasi suasana sekarang di Mu’tah. cadangan juga bernas dan perlu sangat untuk diikut. syabas! cumanya sedikit pertanyaan, bagaimana pula pensyaratan untuk seorang murakib itu untuk pergi murakib? contohnya, dari satu destinasi ke satu destinasi ataupun banyak persinggahan? ada seorang murakib ini bercerita mengenai kisah pemurakibannya kepada saya, beliau memulakan murakibnya berhampiran markaz intikhabat ketika itu, dengan bunyi senapang dan pistol bertebaran. saya terkejut dengar. dan lagi beliau murakib ke 3 destinasi berbeza dan ulang kembali destinasi sama. bagaimana pandangan saudari?

  4. kasukira says:

    setuju ngan ape yg diutarakan…cuma nak tambah ttg apabila sedang b’jalan aktiviti muraqqib tu,penegasan nak dibuat,biarlah syabab DEPAN,akhawat BELAKANG..klu t’paksa b’sebelahan,biarlah tidak nampak seolah anda jalan b’dua-duan…

  5. afifahazam says:

    black flag from the east;

    secara peribadi, saya berpendapat,
    semuanya atas perbincangan serta kebijaksanaan murakib dan akhawat tersebut dalam merancang dan membuat persetujuan,
    kadang-kadang, disebabkan syabab tersebut paling mudah memurakibkan orang, maka perkara yang diceritakan di atas memang akan terjadi,
    dan kadangkala, ada perkara yang kita tak jangka akan terjadi sepanjang tempoh bermurakib tersebut, maka ketika itu, bergantung kepada kita sendiri bagaimana untuk memastikan keadaan terkawal dengan baik,
    wallahu’alam~

  6. afifahazam says:

    kasukira;

    terima kasih atas penegasan~

  7. black flag from the east says:

    ini pandangan saya pula, akhawat kena pandai beradab dan syabab kena pandai bertanggungjawab. atau hendak lebih mudah ramai-ramaikanlah bait muslim. baru betul-betul terjaga.

  8. afifahazam says:

    black flag from the east;

    menarik…
    bila semuanya ‘saling’, insha allah kheir~

  9. epalhijau03 says:

    ..nice entry..tkenang zaman silam.. 🙂

  10. afifahazam says:

    epalhijau03;

    kak syafaaaaaaaaa,
    rindu kam00 yang teramat2!~ 😦

  11. awedonde says:

    Membantu memartabatkan murakib

  12. afifahazam says:

    awedonde;

    m0ga2!~

  13. hargaillah muraqib2 anda 🙂 walau di mana anda berada~

  14. afifahazam says:

    shakirshafiee;

    sentiasa, insha allah~

  15. chaerul says:

    buah fikir dan sudut pandangan yg menarik dlm mengulas dan membuat penilaian..teruskan menulis:)

  16. afifahazam says:

    chaerul;

    insha allah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: