**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

170- Adik-Adik Achik

on January 1, 2011

ahhaa~

Di saat saya merasakan tidak cukup masa, saya tahu itu semua dusta. Di saat saya merasakan sudah hampir putus asa, saya tahu di luar sana lebih ramai lagi yang merana. Di saat saya merasakan ini semua, saya pasti akan ada khabar gembira yang bisa mengembalikan senyuman saya tanpa pura-pura. Sinar bahagia, untuk hati yang lara, supaya kembali seperti biasa, letakkan Dia yang terutama.

*****

Hari ini saya suka, kerna telah mendengar berita tentang adik-adik saya. Kaktam, sedang membantu memudahkan urusan Kakteh, Abang Hafiz, dan Wafa’ di Mesir. Saya berasa lega, kerna di sana, pasti tarbiyyahnya lebih terjaga. Moga-moga Kaktam akan mengambil peluang yang ada, juga sentiasa cakna. Natijah STPM kelak, pastikan berjaya!~

Anjang, khabarnya sedang sibuk meneruskan minat dalam bidang masakan. Mengikut jejak langkah Abang yang maju dengan restoran. Risau sebenarnya andai Anjang tersilap memilih teman namun, saya akan terus meletakkan keyakinan. Anjang juga insan, yang mahukan kehidupan. Emak ada untuk terus mengingatkan lalu saya membiarkan dengan do’a iringan. Natijah SPM nanti, moga yang terbaik dalam genggaman!~

Bang Is masih setia di SMKA SHAMS. Berpencak hebat dalam bidang kepimpinan dan juga pelajaran. Adakala nampak seperti Bang Is menghadapi tekanan. Tapi, saya tahu dia lebih hebat untuk menyelesaikan. Bang Is masih belasan jadi, insha allah ada banyak ruang dan peluang untuk membuat peningkatan. Teruskan!~

Adik Ibrahim yang sentiasa menemani saya. Bertukar cerita di mana-mana jua; YM dan Facebook menjadi perantara. Menghayati lagu kerohanian juga bersama-sama. Dah habis UPSR hari tu, saya pesan macam selalu, “Adik teman Mak dan Abah ya, tolong mereka banyak-banyak, manfaatkan cuti elok-elok, Adik kan soleh wa musleh.” 4A 1B dah dalam tangan, mungkin bakal warga SMKA SHAMS yang terkemudian. Selepas Kaklong Aisyah, saya, Bang Is, Bangah Nuar, dan Kaktam,  Adik bakal menjadi warisan, hehe.

SMKA SHAMS; bumi tarbiyyah!~

*****

Saya memiliki 4 orang adik [3 orang abang+3 orang kakak+4 orang adik = 11 orang semuanya]. Kami menjalani kehidupan berkeluarga bersama-sama. Berusaha memelihara pertalian darah ini dengan keimanan dan ketaqwaan. Berfamili hingga ke syurga katanya. Ameen~

Setiap perkembangan adik-adik saya kerap memberikan saya dorongan, inspirasi, semangat dan keazaman untuk terus meningkatkan diri dalam kecemerlangan hidup. Saya mahu menjadi qudwah kepada mereka. Kejayaan, kecemerlangan dan kegemilangan kami adalah milik bersama. Kekurangan dan kelemahan kami juga akan diperbaiki sentiasa.

Mahu sama-sama berjaya dalam dalam lapangan ko-kurikulum dan kurikulum, banyakkan menghafal Al-Quran, anak yang soleh solehah juga musleh muslehah, berakhlak mulia, menjadi pemimpin kepada rakan-rakan, aktif dalam menyumbang kepada masyarakat dan lain-lain. Saya gembira, melihat mereka bahagia, bukan di sini sahaja, moga di sana juga!~

*****

Moga adik-adik usrah saya yang 26 orang di luar sana juga dipermudahkan dan diberikan kekuatan serta bimbingan dari Tuhan. Semua adik-adik saya lebih tepat kot, huhu.

Buat adik-adik achik, maafkan achik, kerana sehingga kini gagal menjadi seorang kakak yang baik.

Do’akan kami, do’akan kita semua, saling mendo’akan, itu lebih mulia 🙂

p/s : Apa ertinya 5 A UPSR, 9 A PMR, 12 A SPM, 4.00 PNGK STPM dan menang Piala Suzuki tanpa kekuatan untuk bangkit menghadap Ilahi? Allah, lemahnya diri ini~

Advertisements

2 responses to “170- Adik-Adik Achik

  1. ain syahirah says:

    achik, you’re the best laa…~
    sedey lak bce..
    rindu achik slalu..

  2. afifahazam says:

    ain syahirah;

    merindui adik-adik achik selalu 🙂
    adik, saya cuba sentiasa ada untuk anda insha allah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: