**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

157- Tenang Dengan Rezeki

on November 24, 2010

“Takpelah kalau Achik tak jadi balik tapi….” nada suara Kakak berubah sedih. Kami berbual di telefon beberapa hari yang lepas. Saya memaklumkan kepada semua ahli keluarga berkaitan kepulangan saya ke Malaysia yang harus ditangguhkan sekali lagi. Maaf ya!

“Tapi kenapa?” saya bertanya kembali. Rupa-rupanya Kakak tidak berjaya dalam temuduga untuk KDC baru-baru ini. Kakak risau memikirkan beliau dan suami masih belum mempunyai kerjaya yang tetap. Gelisah mengenangkan kehidupan yang mendatang. Saya tersenyum sambil mencari idea untuk menenangkan Kakak. “Lepas ni akan ada interview lagi kan? Kakak still boleh teruskan GSTT dulu, right?” saya menambah. “Haah tapi entahlah chik,” kata Kakak.

Kakak with her husband, Abang Edir

“Its ok dear, remember that all marriages will have their own chances, Allah dah janji macam tu, betul tak? Kita sama-sama do’a ea?” saya memetik sedikit isi penting daripada Firman Allah dalam Surah AnNur ayat 32 yang berbunyi; 

Dan nikahkanlah orang-orang yang masih bujang dalam kalangan kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dalam kalangan hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberiannya) lagi Maha Mengetahui.

”Betul jugak tu, kan chik? Cuma bezanya lambat atau cepat je, hmm,” Kakak kembali tenang dan yakin. Fewh, alhamdulillah. Kakak, yok bersemangat bersama-sama, yosh!

TENANG DENGAN REZEKI

Ya, Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Memberi. Kita yang perlu terus berusaha tanpa jemu. Allah menyebut banyak berkaitan rezeki dalam Al-Quran [Surah AzZariyat ayat 58, Surah Hud ayat 6, Surah AlBaqarah ayat 126, Surah AlMulk ayat 21, Surah AnNahl ayat 97]. Kebanyakan daripada ayat-ayat ini menekankan perlunya kita yakin dengan ketentuan Allah, tenang dengan rezeki yang ada, serta tidak henti-henti berusaha dengan jitu.

Sayyidina Ali r.a. pernah menyebut bahawa “Redhalah dengan yang sedikit” kerna setiap pemberian dan kejadian dari Allah sentiasa ada hikmah yang tersembunyi. Bergantung kepada diri kita sendiri sama ada dapat untuk menilai dan mencari setiap hikmah yang ada atau membiarkannya sepi begitu sahaja tanpa mengambil sebarang pengajaran.

Ahli Salaf dengan penuh yakin menuturkan bahawa “Aku merasa tenang kerana tahu bahawa rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain”. Kenapa begitu? Kerna setiap daripada kita sudah ada bahagian masing-masing yang telah Allah tetapkan. Pasti akan tiba, pasti akan dimiliki kelak!

Dalam sebuah artikel lain ada menyebut bahawa dunia dan kehidupan ini tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

APABILA KECEWA, PUTUS ASA, DAN HILANG SEMANGAT

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Walau bagaimanapun, apabila berlapang dada dan bersangka baik dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita, ia sedikit sebanyak akan melahirkan sifat tenang, pemurah, dan redha. Jika sebaliknya pula, akan timbullah bibit-bibit dengki, kedekut, dan resah gelisah dalam diri seseorang itu. Ini pastinya akan menyukarkan kita untuk membuat peningkatan iman dari hari ke hari. Hmm…

Tenang + Redha = Peningkatan Iman

Dengan meningkatnya tahap keimanan, akhirnya akan mewujudkan kualiti hidup yang lebih baik, itu yang sepatutnya menjadi fokus kita. Kualiti bagaimana yang dimaksudkan?

1) Kualiti seorang Muslim yang sanggup menginfaqkan [berkorban, bersedekah] apa-apa sahaja untuk Islam dan kehidupannya. Baik dari segi harta, masa, tenaga, dan lain-lain.

2) Bahkan akan wujud juga kualiti seorang Muslim yang sanggup menghadapi semua tadhiyah [cabaran] yang mendatang.

3) Untuk terakhir kalinya pula, terbitlah kualiti seorang Muslim yang sentiasa bertawakal [berserah] kepada Tuhan Yang Maha Esa dalam setiap perkara setelah puas berusaha, insha allah.

Peningkatan Iman = Infaq + Tadhiyah + Tawakal

Konklusi : Life Is Like A Cup Of Coffee + Fokus Kualiti Hidup

SECEBIS HIKMAH DARI YANG MAHA ESA

A few days later,

Salam, to sharing our happiness, I would like to announce that we will welcome our new family members on July 2011. I am positively pregnant for 7 weeks 🙂

-SMS from Kakak-

Ahha, thank you Allah!~ Rezeki oh Rezeki 😉

Advertisements

4 responses to “157- Tenang Dengan Rezeki

  1. awedonde says:

    ورزقك ليـــس ينقصه التأني ….. وليس يزيد في الرزق العناء

    Rezekimu walaupun lambat pasti tidak berkurangan…Juga tidak bertmbah walaupun ditekuni…

    Syair Imam Asyafie

  2. fatiha shuib says:

    sis a million of tanx 4 da spirit,motivation and reminder~dont ever despair and loose hope from him thats the main point (feel deeply in the soul) and the last but not least congratz 4 becoming an aunty achik…hik3 😛

  3. afifahazam says:

    fatiha shuib;

    m0st3 welc0me dear lil sis,
    yup, that’s one of the main point 🙂
    errkk, aunty achik?? h0h0, s000 funny, aunty ifah je k0t, hee~~ 😉

    O Allah, please guide us t0 the truth, ease and bless us t00, ameen ya raBB~~

  4. afifahazam says:

    awedonde;

    menarik!~
    syukran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: