**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

154- Had Kesabaran

on November 10, 2010

Apabila sahabat kita kehilangan dompet ketika menghadiri ceramah di masjid, kita pasti akan mengatakan “Sabar ye awak, pasti ada hikmah di sebalik semua ini.”

Apabila adik kita menerima keputusan peperiksaan yang agak kurang memuaskan, kita tak pernah lupa untuk berpesan “Sabar ye dik, cuba lagi untuk peperiksaan yang akan datang.”

Apabila guru kita kehilangan suami yang tersayang dalam sebuah kemalangan, kita juga cuba berkata “Sabar ye cikgu, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan solehin.”

Mudah, cukup mudah untuk kita menyarankan kepada mereka yang ditimpa kesusahan untuk bersabar. Bagaimana dengan kita? Cukup sabarkah apabila menerima teguran? Cukup sabarkah untuk menerima sebuah kehilangan? Cukup sabarkah untuk menerima kegagalan? Cukup sabarkah untuk menerima kemarahan?

Lain orang lain ujiannya, lain orang, lain bahagiannya, hatta, jangan lupa bahawa kesenangan juga sebenarnya memerlukan kita untuk bersabar.

Surah AlBaqarah, ayat 286 :

Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.

Betapa penyayangnya Allah apabila memberi sesuatu sesuai dengan keadaan kita sendiri. Bahkan semua itu bukan sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya. Jadi, frasa everything happen for good reasons juga adalah sangat tepat.

“Achik pernah dengar tak orang kata ‘sabar pun ada hadnya’?” Abah memulakan bicara sambil memandu kereta dengan tenang. Saya mengangguk-angguk tanda mengiakan. “Abah tak setuju dengan kata-kata macam tu, nak tahu kenapa?” sambung Abah lagi. “Nak, nak!” saya menjawab dengan penuh teruja.

Mari kita rujuk kembali kepada sirah Nabi Muhammad s.a.w. yang kita pelajari dalam Fiqh Sirah Nabawiyyah bersama Dr. Mustafa ataupun Dr. Ali Fawwaz. Ujian yang ditimpakan ke atas baginda sangat hebat.

Kehilangan ayah sebelum dilahirkan, kematian ibu ketika masih kecil, datuk pula pergi menghadap yang Maha Esa ketika baru mahu bermanja, bapa saudara dijemput pulang ketika sedang menghadapi tekanan, kemuncak yang paling tinggi seterusnya pula ialah ketika Khadijah Binti Khuwailid dipanggil pulang oleh yang Maha Besar. Konklusinya, semua insan yang baginda kasihi diambil kembali oleh Allah.

Belum lagi dikira ujian ketika mahu menyebarkan risalahNya. Dibaling najis, dihujani batu, dipulau oleh kaum sendiri, cedera dalam peperangan, dan macam-macam lagi. Zaman baginda bukannya ada Facebook, YM, Skype, internet mahupun telefon bimbit seperti kita sekarang untuk digunakan bagi memudahkan penyebaran da’wah. Namun berkat kesabaran, ketabahan, kekuatan, dan kecekalan baginda, Islam sampai kepada kita dan hari ini kita dapat mengenal Allah juga merasai indahnya iman, alhamdulillah.

Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa  baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.

Sedarlah, baginda juga manusia biasa seperti kita, yang membezakan cuma baginda ditugaskan membawa risalah Allah serta mempunyai keimanan yang benar-benar mantap. Tambahan pula, ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda sendiri. Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat, bukankah itu sifirnya?

“Sebab itu sabar sebenarnya tiada had, sabar itu indah, hanya kita yang perlu bijak memilih untuk sabar atau tidak,” Abah menghabiskan tazkirah ringkasnya hari ini dengan senyuman. “Kalau macam tu, Abah tak boleh marah-marah kitorang lagi lah kan?” saya mengusik. “Itu dah masuk tarbiyatul awlad pulak, tak sama situasi,” kata Abah meneruskan bicara. Hehe, baiklah Abah.

 

Sabarnya Abah untuk melepaskan kami adik-beradik ke dunia yang baru, berumahtangga!~

Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNya, insha allah. Ingatlah bahawa kita ini hanyalah manusia yang fitrahnya lemah. Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t.

Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya!~

Advertisements

6 responses to “154- Had Kesabaran

  1. ateh says:

    totally agreed !! dear.d0akan ateh ye.n0t really ok rite n0w..apepun,tenang2 aje kan.. Allah ada.. 😀 saBar..saBar..saBAr..

  2. afifahazam says:

    ateh;

    tenang2 aje dear 😉 heee~~ qu0te untuk kite2 saje!~
    Allah always there, exactly^^
    d0 take care n give ur very best 🙂

  3. ainshams says:

    salam ziarah Ifah,
    kadangkala kita mampu bersabar & seolah-olah ‘tiada perasaan’, adakala sangat pantas responive terhadap situasi..
    iman,keadaan sekeliling, emosi mempengaruhi tindakan kita.
    semoga Allah memelihara kita enshalla~

  4. afifahazam says:

    ainshams;

    wslm wbrkth dear sis
    rindu kam00 sangat2
    betul, semua item2 yang akak sebut tu selalu jadi fakt0r keadaan untuk praktikkan keSABARan kita
    sem0ga, sem0ga, sem0ga Allah memelihara kita semua
    insha allah, allahumma ameen, ameen ya raBB!~ 🙂

  5. daiayaya28 says:

    a good job…..like 🙂

  6. afifahazam says:

    daiyaya;

    😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: