**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

152- Sarah dan Sakinah

on November 2, 2010

Pagi-pagi sebelum Subuh tadi achik bangun dah kena suruh baca blog Sarah, huhu. Achik pelik jugak kenapa sebab achik rasa Sarah tahu achik sentiasa baca blog kalian berdua walaupun tak disuruh, haaa~

[Achik jarang post benda-benda macam ni tapi untuk kalian berdua, achik nak tulis jugak. Tangguh lagi post-post yang lain ;)]

Sarah, anda dah buat achik menangis tanpa henti lagi!~ Walaupun dalam kalangan kita bertiga memang achik yang paling cepat nangis, sampai kena marah dengan Kak Sa’dah waktu tamrin, haha, padan muka achik, errr~~

Bak kata kalian, kita kenal dari Form 1 dan terus bersama-sama sampai sekarang. Bezanya, achik di Jordan, kalian di Mesir. Kita selalu bincangkan perkara serius bersama, perkara yang lucu pun bersama, sebab lawak kalian memang susah nak faham, haha. Achik je yang faham dan boleh gelak guling-guling kot. Perkara paling tak boleh lupa mestilah bila kita berusaha bergerak untuk Dia.

Tak mudah kan? Kadang-kadang, terpaksa saling memberi kekuatan untuk teruskan, kadang-kadang saling menangis [boleh ke?] bila tempuh kesusahan, kadang-kadang bincang sampai tengah malam cara-cara untuk tingkatkan diri sebagai fardi Muslim bila diri masing-masing dah nampak lain.

“Ditarbiyyah sambil mentarbiyyah”, minda kita disematkan dengan perkara itu, dan achik pegang kata-kata tu sampai ke hari ni, di sini!~ Achik tahu, kalian pun sama^^

Sarah, bila Sarah kata flight balik Malaysia akan transit kat Amman pergi balik hari tu, achik sangat-sangat teruja!~ Mesti Sarah pelik kan bila achik tanya macam-macam? Bila tarikh dan masa sampai Amman, kat terminal mana dan sebagainya. Sebab achik memang nak jumpa Sarah sangat-sangat walaupun hanya 3 jam. Alih-alih tak dapat sebab Sarah memang tak boleh turun dari flight pun. Hmm, Sakinah pulak tak pasti lagi tarikh untuk balik Malaysia dia waktu tu.

 

itu buku catatan da'wah. dan coklat tu pastinya bukan achik makan, hihi, kalian amiklah untuk di makan ye, teman kalian study macam dulu-dulu^^

Bila achik buat silap kat sini, achik terfikir, kalian pasti akan betulkan achik andai kalian ada. Bila achik dapat capai sesuatu kat sini, achik terfikir, kalian pasti akan turut gembira bersama-sama. Bila achik terleka sedikit kat sini, achik terfikir, kalian pasti akan mengingatkan achik andai kalian ada. Kembalinya achik ke Mesir awal tahun dulu memang untuk kalian selain untuk famili achik sendiri. Achik lega tengok kalian di sana, tetap sibuk macam dulu, tetap rajin macam dulu, tetap bersungguh-sungguh macam dulu, tetap ‘pening’ macam dulu, haha. Yang penting, kalian sudah makin matang, walaupun achik lebih-lebih lagi matang dari kalian, hihi taklah.

Sepanjang sebulan ni, achik banyak buat silap, achik banyak sakit macam kat sekolah dulu, achik banyak tertekan, dan seperti biasa, achik banyak menangis, huuu~~ Teringin nak hubungi kalian tapi takut sebab kalian sibuk. Mula-mula hari tu sibuk sebab imtihan kan? Takpelah, biar achik simpan sorang-sorang, sebab tu memang style achik selama ni pun, betul x? Hmm~ Kalau achik mula lemah, achik tahu kalian mesti marah, sebab kalian kata itu bukan achik, dan itu juga bukan sifat seorang Muslim.

Baru-baru ni, ada AGM Negeri Sembilan. Kalian tahu achik pegang perbendaharaan kan? Jawatan Sarah kat SMKA SHAMS dulu. Daripada awal achik pegang sampai lah ke AGM hari tu, bayangan Sarah sentiasa ada, sebab itu adalah tugas Sarah dulu. Achik cuba bertindak sebijak Sarah, achik cuba bertindak secekap Sakinah. Tapi, entahlah. Bendahari memang bukan kerja mudah. Perlu ada strategi yang tepat untuk pengurusan. Supaya amanah terpelihara, supaya kebajikan terjaga, supaya semua hak-hak tertunai terutama untuk Allah.

Sarah dan Sakinah, ini kali pertama achik benar-benar rasa gagal dalam melaksanakan sesuatu, ini kali pertama achik rasa amanah yang Allah bagi tak dapat dibuat sebaik yang achik mampu. Achik terpaksa terima hakikat, achik GAGAL. Ini adalah tekanan paling kuat yang achik pernah terima di sini. Betapa tekanan lain achik mampu untuk tempuhi dan kawal emosi tapi tidak untuk kali ini. Betapa achik takut untuk dipersoalkan di akhirat kelak.

Dan akhirnya, hanya bayangan kalian yang ada di depan mata 😦

p/s : Achik tak tahu kenapa Sakinah balik untuk 4 bulan, dan itu pun buat achik menangis lagi selain daripada sebab rindu dan baca blog Sarah, huhu. Nampak sangat kita bertiga dah lama tak berhubung, hmm. Kinah, ziarahkan famili achik juga ya, mesti mereka gembira πŸ™‚ **Teruskan perjuangan**

Apa-apa pun, kalian tahu, achik sering, selalu, dan sentiasa mendo’akan kita semua. Kerna Dia ada!~

SEMANGAT + KUAT + TABAH = Sarah^^Sakinah^^Achik Ifah

Advertisements

6 responses to “152- Sarah dan Sakinah

  1. hmmmm…mula2 ingat nak nangis bila nampak kena tag kat FB. tapi disebabkan malam tadi dah nangis sambil tulis post, pagi ni bajet nak buat muka ceria sebab kejap lagi sakinah nak berlepas, tak jadilah nangis. hehe.

    ACHIK, KUAT!!!

    Mesti lain kan bila sorang2? Dulu masa achik nak pergi Jordan, kami rasa macam “achik…jangan la pegi. jangan la. kita stay la berjuang sama2. achik…tak nak la pisah. achik….macam2 lah”. Ni semua sudah pasti tarbiyah Allah untuk kita bertiga. Allah nak uji kekuatan kita. Pada masa yang sama, Allah beri kita rasa nikmat ukhwah yang indah ni :).

    Achik, maaf kalau ana tak banyak tolong achik dari sini. Maaf sangat3. Memang hari tu agak busy. Tapi sekarang dah kurang, sebab repeat tahun kan *eheh*. Achik, teruslah kuat untuk menguatkan ye.

    Oh…tak boleh tulis komen panjang2, nanti jadi post baru pulak. Heh. Achik, Sarah saaaaaayang achik selalu ^___^. Take care!

  2. ateh says:

    my deary habeebaty..
    la tahzan..i alwizz remember what u said t0 me bef0re..
    ask fr0m Allah,insyaAllah,everything will be ok.. πŸ˜€
    Just be str0ng dear..that is you rite.
    8care of urself n ur eeman there..
    wasalam.

  3. wani seseri says:

    ermm,xnk ckp pa per..pray 4 my spm!lagi 2 minggu..takowt..trial dh la hancus..huh

  4. afifahazam says:

    wani seseri;

    adik sayang,
    selagi ad masa,
    usaha ya!~
    mahu berhasil, usaha πŸ˜‰
    achik selalu mend0’akan adik2 achik^^

  5. afifahazam says:

    ateh;

    allahumma ameen
    u t00 dear πŸ™‚

  6. afifahazam says:

    sarahmustaza;

    berSAMA2
    selalu, sering, dan sentiasa insha allah
    sayang kam00 juge
    terus yakin dgn Dia tau dear πŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: