**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

160- Better Late Than Never

Never forget, never regret, never say never~~

Wishes

:: Erti pengorbanan apabila saling memberi dan menerima, juga saling mengingati tidak melupai, dan saling menyayangi tidak membenci, saling, saling, saling, indahnya hidup apabila semuanya saling!~ Happy Belated ‘Eidiladha, may Allah bless, have a blast ::

Advertisements
Leave a comment »

159- Give Your Very Best Guys!~

~~Exam, exam, exam, is just around the corner, be well-prepared before we become the loser, ask for Allah the best helper, and we will success here and hereafter~~

Kaktam; STPM

Anjang; SPM

Adik; UPSR

O Allah, please ease us~

Leave a comment »

158- Welcome Back!~

Kakteh and Wafa’, take good care of yourself, may Allah ease ur way, I am sorry for can’t go home together. Send my love, miss, and care to everyone ya!~

Kakteh with Wafa'

P/S : Abang Hafiz, you are not alone in Egypt, Allah is always be there for you, insha allah^^

Leave a comment »

157- Tenang Dengan Rezeki

“Takpelah kalau Achik tak jadi balik tapi….” nada suara Kakak berubah sedih. Kami berbual di telefon beberapa hari yang lepas. Saya memaklumkan kepada semua ahli keluarga berkaitan kepulangan saya ke Malaysia yang harus ditangguhkan sekali lagi. Maaf ya!

“Tapi kenapa?” saya bertanya kembali. Rupa-rupanya Kakak tidak berjaya dalam temuduga untuk KDC baru-baru ini. Kakak risau memikirkan beliau dan suami masih belum mempunyai kerjaya yang tetap. Gelisah mengenangkan kehidupan yang mendatang. Saya tersenyum sambil mencari idea untuk menenangkan Kakak. “Lepas ni akan ada interview lagi kan? Kakak still boleh teruskan GSTT dulu, right?” saya menambah. “Haah tapi entahlah chik,” kata Kakak.

Kakak with her husband, Abang Edir

Read the rest of this entry »

4 Comments »

156- Menjadi Seperti Mereka

“Teringin nak jadi macam Achik, boleh buat itu, boleh buat ini dan macam-macam lagi,” kata mereka. Erkk, jangan terus menilai, dengar cerita saya di bawah ini dahulu, y0k!

Dahulu saya sangat kagum dengan Oprah Winfrey, beliau baik, beliau pemurah, beliau peramah. Oppps, saya terlupa, beliau bukan Muslim, maka saya perlu mencontohi sifat-sifat positif beliau sahaja.

Kemudia, saya sangat kagum dengan Zainab Al-Ghazali, beliau bijak, beliau sanggup berkorban untuk Islam, beliau sangat tabah. “Innalillah atas pemergian Zainab Al-Ghazali,” kata seorang sahabat. Akhirnya beliau telah pergi. Oppss, saya terlupa, beliau juga manusia, maka beliau akan dipanggil menghadap yang Maha Esa bila-bila masa.

Saya juga sangat kagum dengan Ahmad Deedat, beliau hebat, beliau bijak berkata-kata, beliau mampu menjelaskan tentang Islam kepada semua, beliau guru saya dalam perdebatan. “Ahmad Deedat dah meninggal,” cerita seorang teman. Innalillah. Oppss, sekali lagi saya terlupa, beliau juga makhluk ciptaanNya. Allah bisa mengambil beliau semula dan meninggalkan kami sebagai penyambung rantai-rantai perjuangan itu.

Sehingga kini saya terlalu kagum dengan Muhammad Bin Abdullah, baginda paling popular, baginda paling alim, baginda paling baik, baginda bagaikan Al-Quran yang bergerak di muka bumi, baginda kekasih Ilahi, baginda sangat sempurna. Ooopss, saya terlupa, saya manusia biasa, hanya mampu berusaha yang terbaik, lalu natijahnya di tangan Allah yang Maha Baik.

Hakikatnya, kita perlu cuba untuk tidak hanya sekadar mengagumi orang lain tetapi transformasikan semua itu dengan mencuba dan menguasai sesuatu yang baru dalam hidup [kadang-kadang, apabila asyik melakukan benda yang sama sahaja dalam kehidupan seharian, perasaan BOSAN pasti akan timbul, percayalah ;)] Andai mereka mampu, mengapa tidak kita? Mereka juga bermula dari bawah, bukan terus berjaya dan dikagumi. Persoalannya, mahu atau tidak?

Khoirunnas, anfa’uhum linnas; sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain jadi, jom sama-sama jadi Muslim yang berguna!

Mungkin sekarang kita sedang dalam tempoh pembelajaran dengan harapan supaya nanti apabila dah berkerjaya, boleh berkhidmat untuk masyarakat. Tapi dalam masa menunggu tempoh pembelajaran tamat dan memiliki kerjaya yang bertepatan, kita masih boleh memberi sumbangan dan khidmat yang bersesuaian dengan kemampuan. Tak perlu tunggu menjadi guru, doktor, peguam, pengurus syarikat, pakar motivasi, posmen, mahupun mekanik baru mahu menyumbang.

Selaku seorang Muslim, kita tidak perlu menunggu ESOK untuk menyumbang sesuatu buat agama dan ummah. Manfaatkan bakat, gemblengkan tenaga, ilhamkan idea. Andai musuh-musuh Islam yang bilangan sebenarnya hanya sedikit itu boleh BERJAYA, takkan kita umat Islam yang berkali-kali ganda lebih ramai ini TIDAK MAMPU.

Pesan Sarah, sekarang bukan zaman mereka lagi tapi sekarang zaman kita! Ayuh Muslim, bangkit!

” Ya Allah, maafkan aku atas apa yang mereka tidak tahu tentang aku, dan jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka sangka tentang aku!”.

 

saya hanyalah hamba Dia Yang Maha Esa~~

p/s : Saya bersendiri, tiada kembar 🙂 ~~

2 Comments »