**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

145- Menyusuri PETRA ‘Bersama’ Abah

on July 10, 2010

AGM PERMATA telah selesai lewat malam semalam. Tahniah kepada AJK Pelaksana program. Kalian terbaik, alhamdulillah! Setibanya di rumah, pasti tilam dan bantallah yang diburu terlebih dahulu. Penat dan tertekan kononnya, huu~~

Tidak sabar menanti hari esok untuk kembali bertemu alam ciptaanNya, PETRA [binaan bersejarah kaum terdahulu] dan ‘AQOBAH [pantai kecintaan Faiz yang panas membahang]. Ketenangan dan semangat harus digapai kembali dengan kadar segera supaya amanah baru, semester baru, dan tanggungjawab yang sudah sedia ada dapat diurus dengan cemerlang.

K.Syirah,K.Mekyu,K.Kamilah,K.Ain,K.I'ffah, K.Ida,K.Fizah,Fatimah,Faiz,Ifah

Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke sana, tak teringat langsung perjalanan yang bakal ditempuhi sangat-sangat memeningkan dan memualkan. Ditambah lagi dengan perut yang sudah sedia kosong selama 2 hari tanpa diisi dengan apa-apa maka padan muka dengan diri sendiri untuk menahan ketidakselesaan tahap tinggi sepanjang pengembaraan, huh!

PETRA~

Berada di Petra memberi ana ruang untuk bersendiri. Melihat satu demi satu ukiran mereka yang hebat kerana dikurniakan kebijaksanaan dan kekreatifan dari Yang Maha Hebat. Namun, semuanya musnah hanya kerana keangkuhan mereka yang tidak mahu mengaku diri sebagai hamba!

Tempoh 3 jam tidak mencukupi untuk menyusuri Petra sepenuhnya. Sekadar pertengahan sahaja yang sempat kami terokai. Apa-apa pun, tempoh itu cukup memberikan sedikit tasyji’ kepada diri sendiri. Apatah lagi apabila di’temani’ oleh Abah di sisi Sony Ericsson w880i dan sedikit perbincangan ilmiah bersama Faiz.

Kata Abah, ” Kakchik anak abah yang baik perlu mendengar dan mentaati kata orang tua. Dah terima tarbiyyah pun sejak dari kecil lagi. Tugas sebagai pemimpin banyak. Jadi cuba bahagikan masa dengan baik dan jangan abaikan pelajaran.” Ringkas dan mudah namun sudah cukup untuk membuatkan ana tersenyum puas dan melangkah dengan yakin untuk mengemudi bahtera PERMATA selama satu sesi lagi serta meneruskan usaha islah nafsak dan wad’u ghairak yang takkan pernah berhenti. Semoga Abah yang sedang berada di Sarawak selamat kembali ke Negeri Sembilan pada esok hari.

Sementara menanti adik-beradik lain yang sedang mendaki bukit, ana dan Faiz bertukar-tukar cerita sebentar. Banyak yang telah kami hadapi dan tempuhi bersama. Samada hal persatuan, usrah, mahupun hal peribadi. Walaupun Faiz sudah boleh berehat sebentar dari urusan persatuan setelah berakhirnya AGM semalam, urusan-urusan lain masih perlu diambil perhatian. Iman, amal, dan hati harus sama-sama terus dijaga dengan baik dari masa ke semasa. Usaha da’wah mesti terus dijana dan ditingkatkan. Kami tidak mahu berusaha menjadi baik sendiri-sendiri, orang-orang sekeliling harus diajak bersama. Segalanya bermula dengan pencarian hakikat diri sebagai seorang hamba. Entahlah, kami memohon kekuatan dan petunjuk dariNya.

gembira melihat mereka bahagia

‘Aqobah sangat panas! Musim sejuk mahupun musim panas, angin dan bahang tetap seperti itu, tidak pernah berubah. Panas-panas pun, itulah yang digemari dan dinanti oleh adik-beradik yang lain terutamanya Faiz. Kami bertolak ke pantai selepas Asar setelah selesai membeli barang-barang keperluan dan makanan di bandar.

Sambil menyiapkan minuman dan BBQ, masing-masing mengambil giliran untuk solat dan menukar pakaian untuk bermain air. Angin malam bertiup tenang, seolah-olah meraikan kehadiran kami. Ana memilih untuk membaca buku sambil memerhatikan keletah mereka semua bermain air laut. Gembira melihat mereka bahagia, terima kasih Negeri Sembilan Blezz Group!

Excited!

P/S : Dilabel sebagai pemimpin yang bersikap terbuka, sejauh manakah keterbukaan ana? Terbuka jangan hanyut, berprinsip jangan jumud, hmm~

Advertisements

7 responses to “145- Menyusuri PETRA ‘Bersama’ Abah

  1. ermm…
    penah dengar orang sebut yg sebenarnya…
    ” aslih nafsak,wad’u ghairak ”
    hee….ke,guane? πŸ˜€

  2. afifahazam says:

    yumakomatsuki ;

    ahhaa,
    aslih dgn islah mana lebih suit ek? islah mcm fiil amar sket kan?
    wad’u ghairak tu maybe lebih tepat k0t sbb ifah sndr pun mcm keliru sikit bile nak tulis wad’u ghoiruk tu
    by the way, nak kena recheck ni
    heee~~
    thanx dear sbb perasan πŸ™‚

  3. afifahazam says:

    yumakomatsuki ;

    ok dah recheck
    yang tepatnye adalah : islah nafsak, wad’u ghairak πŸ™‚

  4. daiayaya says:

    syoknye tgk u all sume sejuk je kn πŸ˜‰

  5. afifahazam says:

    daiayaya ;

    haha, kak yaya nih, tu mcm perli je tuh
    sangat2 panas lah dear sekarang
    nama pun s0ifi kan, hehe πŸ˜‰

  6. shahrul says:

    Begitu jelas antara ilusi dan realiti, namun sukar untuk membezakan dengan hati ini. Kenangan sentiasa berharga dalam menghiburkan hati kita. Teruskan usaha wahai serikandi

  7. afifahazam says:

    shahrul ;

    insha allah, sentiasa mengharapkan iringan do’a dari cikgu Ifah ni~
    terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: