**virtuous**

Allah, sh0w us the right path~

143- Menyibukkan Diri

on July 1, 2010

Ifah bangun awal hari ini, alhamdulillah. Sudah seminggu bangun lewat dari biasa. Siapa suruh jadi kelawar kan? Nasib baik ada burung hantu yang menemani, hmm. Bukan satu kebanggaan pun tapi satu muhasabah untuk tidak mengulanginya lagi. Muhasabah kan munasabah?

Bangun dan melihat sekeliling. Memerhati setiap orang. Mentafsir setiap tindakan.

Credit to Kak Asma', Akhi Aiman, and Asiah Awatiff~

Kak Akma sedang sibuk menaip. Menunaikan tugas sebagai Setiausaha Biro Akademik (BA) mungkin. Faiz masih tidak bangkit dari katil. Bukan sedang tidur tau! Tetapi juga sedang menyiapkan tugasan sebagai Timbalan Exco Biro Kebajikan dan Penempatan (BKP).

Menjenguk Farhana di bilik, sebuah catatan sedang ditulis. Owh, berkaitan kewangan Hari Keluarga Negeri Sembilan minggu depan rasanya. Laporan AGM BKMNS juga sedang disiapkan. Hmm~

Adik sedang bercakap di telefon. Bertanyakan orang-orang tertentu untuk menjadi AJK Unit Persegaran yang bakal Adik uruskan untuk AGM nanti. Sambil tangan Adik lincah menulis sesuatu di buku.

Kak Ceq pula kekal setia di hadapan komputer riba sedari pagi. Sedang menulis laporan juga kah? Ahhaa, jangan salah faham, Kak Ceq sedang berbincang dengan Angah Dayah berkaitan Unit Teknikal dan Persiapan bagi Hari Keluarga Negeri Sembilan di Syria nanti.

‘Azzah? Laporan MUTIARA sedang diusahakan oleh ‘Azzah untuk disempurnakan bagi sesi ini. Panggilan demi panggilan untuk penggunaan PUSkMA pula tidak pernah putus dalam sehari. “Assalamu’alaikum ‘Azzah, hari ni PUSkMA ada orang guna tak?” pertanyaan lazim yang diterima setiap hari, huhu.

Kak Kamilah, Kak Farah, dan Kak Mimi kerap online YM dengan status invisible sejak akhir-akhir ini. Sedang sibuk menguruskan kewangan PERMATA, pengurusan BKMNS, dan pendokumentasian BKMNS ketiga-tiganya. Tumpuan terhadap pengajian juga perlu semakin lebih. Fasal awal ini mungkin fasal terakhir mereka sebelum kembali ke Malaysia.

Adik-adik Ifah yang lain? Amrah, Angah Dayah, dan Adik Zureen juga tidak terkecuali daripada menerima taklifan-demi taklifan. Amrah sebagai AJK Biro Akademik (BA) turut banyak memberikan idea, sumbangan, dan khidmat dalam setiap program yang dirancang. Angah Dayah pula setia dengan tugasnya sebagai Bendahari K.A.M.I

Adik Zureen? Rasanya mungkin dia paling tidak menang tangan antara mereka bertiga. KARISMA, WISMA Negeri Sembilan, dan AGM PERMATA menjadi antara tugas yang perlu diselesaikan dengan baik dan tersusun. Status YM sentiasa dipromosikan dengan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya.

Ifah? Ifah is always be Ifah, nothing much change, except for the better Muslim. Since primary school until now πŸ™‚

Kekadang kasihan melihat kesibukan mereka, kekabutan mereka, kerisauan mereka, dalam usaha untuk menjalankan amanah yang telah diberikan. Namun, ketabahan, kekuatan, dan kesatuan hati kami semua menjadikan banyak urusan dapat dipermudahkan bersama, alhamdulillah.

Buat kamu semua yang di atas, terus bersemangat ya! Ingat, misi kita adalah mardhotillah, yang lain-lain hanyalah sebagai wasilah. Moga semuanya bernilai IBADAH.

~~Menulis kerana sayang, menulis tanda ingatan~

~Here we go Umah Nenas and Umah Honeydew~

Advertisements

6 responses to “143- Menyibukkan Diri

  1. kakKamilah says:

    sume nye adik bradik akk.
    bakal merindui semua.
    mohon doa drpd sume adik2 akk ya.

    y0k kite melaksanakan tanggugjwb n amanah dgn sehabis baik.
    semoga Allah sentiase mempermudahkan.ameen..

    love u~ :p

  2. ow yeay~~
    meski kite nampak mendiamkan diri
    namun di tengah kesibukan masing-masing
    kite masih bergerak
    tidak banyak,takpe lah
    biar sejengkal,janji berganjak..
    sedikit demi sedikit..
    semoga kite sume cekal,tabah dan terus kuat
    dan takkan lelah walau goyah
    kerana masing2 memahami
    akan hakikat jalan yg kite lalui
    adalah bukan jalan yg mudah
    tapi jalan yg panjang dan dugaan tu pasti
    tapi ape yg penting…
    umah honeydew n umah nenas tetap bersama
    mengukir senyuman
    kerana kita tahu…
    kite semua menuju YANG SATU…

    sayang kamu adek… ^__^

  3. afifahazam says:

    kakKamilah ;

    we l0ve u t00 dear sis πŸ˜‰
    sentiasa, sering, dan selalu mend0’akan insha allah
    y0k terus berSAMA2~~

  4. afifahazam says:

    yumakomatsuki ;

    terus bersama
    dalam tersenyum, tertawa, menangis, dan derita
    kekal TABAH untuk Dia Yang Maha Baik

    sayang kam00 sangat2 πŸ™‚

  5. Sakinah says:

    salam ziarah~
    wah sibuk betul akhwat urdun ye
    kami?
    hehe bertungkus lumuus exam
    doakan!
    doa kalian sngt berharge ^_^

  6. afifahazam says:

    Sakinah ;

    wslm wbrkth dik
    hehe, kesibukan kami tu pun ‘exam’ jgk πŸ™‚
    bittaufiq dik, saling mend0’akan ea~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: